Bismillahirrahmanirrahim.
Selalunya dalam mana-mana program tamrin, pasti ada taklifat-taklifat yang diberikan oleh unit Disiplin & Ibadah. Pernahkah antum terfikir mengapa perlu ada taklifat? Adakah ia hanya sebagai pelengkap sesebuah program tamrin? Atau mungkin untuk memenuhkan tentative yang kosong?
Sebenarnya taklifat yang diberikan ada ibrahnya. Suka untuk ana share sesuatu yang ana dapat dari sebuah kitab yang diberi judul Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah karangan Sheikh Dr. Fathi Yakan. Dalam bahagian ketiga ada ditekankan tentang bekalan para dai’e.
Sebagai dai’e, kita tidak lari dari menghadapi jalan dakwah yang panjang dan berliku. Dalam menghadapi cabaran ini, kita perlu kepada suatu bekalan yang akan menentukan keteguhan pendirian kita dalam perjuangan ini. Bekalan yang dimaksudkan ialah pertolongan dan bimbingan dari Allah SWT.
Jika kita singkap kembali sirah Rasulullah SAW, kita dapati baginda yang merupakan seorang nabi yang ma’sum masih menjaga hubungan erat dengan Allah SWT. Allah membimbing baginda dengan pendidikan yang terbaik antaranya melalui peristiwa di Gua Hira’.
Dengan tarbiyyah sebegitu, baginda memperoleh ciri dan sifat yang membolehkannya memikul amanah menyampaikan risalah dengan ciri sebaik-baik umat untuk diikuti oleh manusia seluruhnya.
Sebagai dai’e, kita juga memerlukan bekalan yang dimaksudkan tadi. Ana suka untuk membawa satu hadis Rasulullah berkenaan perkara ini. Baginda bersabda kepada Abi Zar RA dalam nada pertanyaan.
لو أردت سفرا أعددتله عدة؟ قال: نعم قال: فكيف بسفر طريق القيامة؟ ألا أنبئك بما ينفعك ذلك اليوم؟ قال: بلى بأبي أنت وأمي يا رسول الله، قال: صم يوما شديد الحر ليوم النشور وصل ركعتين في ظلمة الليل لوحشة القبور وحج حجة لعظائم العمور وتصدق بصدقة على مسكين أو كلمة حق تقولها أو كلمة شر تسكت عنها.
“Sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?” Jawab Abu Zar: “Ya!” Sabdanya: “Bagaimana pula dengan pengembaraan menuju hari qiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari tersebut?” Jawab Abu Zar: “Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku.” Mendengar jawapan Abu Zar itu baginda pun bersabda: “Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan, sembahyanglah dua raka’at di tengah gelap-gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur, tunaikan haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar (yang menanti), hulurkan sedekahmu untuk si miskin, ungkapkanlah senantiasa kalimah yang benar, diam dan hindarkanlah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yang tercela dan buruk.”
Justeru, kita perlulah menyediakan diri dengan sebarang bekalan yang boleh mendapatkan pertolongan dari Allah SWT di sepanjang jalan dakwah ini. Dekatkan diri denganNya, luangkan masa bersamaNya, mohon pertolongan dariNya. Moga-moga Allah mudahkan jalan menuju redhaNya.
Jadi sekarang antum dah faham mengapa perlu ada taklifat? Sebenarnya taklifat bukan hanya di program tapi kita perlu amalkannya sepanjang hidup. Jom beramal!
2013/02/16
2013/02/10
TAK JAUH tapi LAMA GILA!
Bismillahirrahmanirrahim.
09
Februari 2013
10.35
malam
Saya
buka laptop, prepare item-item yang diperlukan untuk satu mesyuarat yang nak
dibuat esok.
11.43
malam
Mata dah
mengantuk sangat2 dah, sampai terlelap depan laptop.
11.46
malam
Habiskan
ayat terakhir, save file, dan shut down.
11.47
malam
Letak kepala
teruih tidoq lena.
12.02
pagi
Tiba-tiba
terjaga sebab terkejut dengar bunyi letupan kuat. Bunyi apa??
![]() |
| Sepang Gold Coast |
Saya
bertolak dari CFS pukul 11.00 pagi, naik bus, LRT sampai ke KL Sentral. Dari KL
Sentral pula ambil bus ke LCCT sebab kakak dah janji nak ambik dari sana saja,
sebab dia kerja kat situ dan hari tu dia kerja separuh hari.
Dah
sampai, kami pi makan, shopping sikit, pastu teruskan perjalanan balik ke
rumah. Sampai di satu tempat, lebih kurang 4 km lebih lagi nak sampai, ada traffic
jam pulak. Panjang giler kereta beratur sebab kat situ jalan satu lorong
ja.
Tunggu
punya tunggu, nampakla ada beberapa kereta yang lalu dari arah bertentangan
buat isyarat kata ada kemalangan kat depan tu, pastu kereta tak boleh lalu, dan
depa suruh patah balik ikut laluan lain. Waktu tu dalam pukul 4.00 petang macam
tu.
Time tu
rasanya kemalangan tu baru ja berlaku sebab kami sempat mula beratur dekat
tengah2 line, taklah jauh sangat dari puncanya. Tapi disebabkan rasa lapaq yang
amat sangat dan waktu tu tak solat Zohor lagi, kami buat pusingan U, pi cari
masjid nak solat dan isi perut dulu.
Dah lama
makan, sampai perut dah tak boleh nak isi lagi dah sebab penuh sangat2, kami
teruskan perjalanan. Waktu tu dah pukul 7.00 malam. Kami ikut laluan yang sama
ja la sebab memang tu jalan yang paling dekat nak sampai rumah.
Jalan
punya jalan, ingatkan traffic dah ok, tengok2 jam tu tak habis lagi.
Disebabkan dah dekat nak malam, kami proceed ja guna laluan tu walaupun keta
memang sangat banyak dan dok beratur panjang sampai ke belakang.
Dengan
penuh kesabaran, kami harungi jugak ujian tu dan akhirnya Alhamdulillah sampai
di rumah lebih kurang pukul 9.00 malam. Kalau nak diikutkan masa perjalanan
saya dari keluar CFS sampai ke rumah tu, rasanya dah lebih dari cukup sama perjalanan
dari KL ke rumah terchinta di Kedah.
Hmm…mandi,
makan, solat, mengaji, tengok tv sat sampai dah mengantuk. 10.30 malam naik
atas, masuk bilik, prepare untuk meeting online esok sampai terlelap, tidoq sat,
pastu tiba-tiba terjaga. Pasai apa pulak dah?
Sebenaqnya
saya terkejut dengaq bunyi letupan yang saaaangat kuat dan baaaanyak di
sekeliling rumah ni. Maklumlah kawasan perumahan 1Malaysia, esok pula Tahun
Baru China. Jadi jiran2 pakat dok bakaq mercun dan bunga api la.
Disebabkan
rumah depa tu dekat2 saja dan ramai pula, macam2 bunyi dan kekuatan yang saya
dengaq. Macam mana nak lena. Jadi saya mangkit sat, zikir2 sikit, lebih kurang
qiamullail la, baguih jugak depa buat saya terjaga. Hehe.
Pastu
ingatkan nak sambung tidoq sebab baru ja tidoq dalam 15 minit macam tu. Tapi
bertambah rancak la pulak depa ni. Saya pun buat la post ni. Sebenaqnya bukan
nak cerita pasal ni saja. Ada lagi ibrah lain yang saya nak kongsi.
Bila
suasana macam ni, saya tak boleh tidoq 1) disebabkan bunyi yang kuat. 2)
tiba-tiba saya rasa macam tak selamat. Agak2nya lah, macam ni lah kot apa yang
saudara2 seIslam kita di negara2 yang bergolak rasa kan?
Sentiasa
dalam ketakutan, kerisauan. Bila saya dengaq bunyi2 mercun ni saja pun dah rasa
ketaq, apatah lagi depa yang dengaq bunyi2 bom betoi, senjata api, kereta
kebal, jet pejuang. Mesti lagi gerun kan.
Pastu
bayangkan jika kita alami apa yang depa sedang alami sekarang. Mungkin kita pun
akan berada dalam ketakutan dan kerisauan jugak.
Saya bukan
nak mendoakan kita jadi macam tu, na’uzubillahi min zalik. Tapi saya nak kita
hayati keamanan yang Allah bagi pada kita rakyat Malaysia ni sebab tak mustahil
nikmat ni Allah tarik balik suatu hari nanti.
Bila
kita ni diberi nikmat macam ni, kita selalu lupa. Kononnya semua ni adalah
hasil usaha kita sendiri sedangkan yang mengurniakan semua ni adalah Allah SWT.
Dia cuma bagi pinjam keamanan ni pada kita semua.
Saya tak
nafikan ada yang sedar dan bersyukur, tapi tak sedikit yang lupa dan kufur pada
nikmat ni. Cuba lihat apa yang masyarakat hari ni buat. Gejala negative
berlambak2, hiburan melampau2, maksiat berleluasa, kes zina meningkat saban
tahun. Ni lah antara tanda kita tak bersyukur dengan nikmat ni.
Saya
bukanlah baik sangat nak cerita pasal ni, tapi sekurang2nya saya ada kesedaran,
dan saya nak semua orang sedar jugak akan hakikat kebenaran ni.
Allah
Ta’ala boleh ja nak bagi bala’ pada kita, tapi Dia msih sayangkan kita, dan kita
pulak mestilah tak mau dapat bala’ kan? Andai ada ramai ulama’ sekalipun kat
sesebuah tempat tu, tapi jika masih ada orang yang kufur, Allah akan turunkan
jugak bala’ pada tempat tersebut jika Dia kehendaki.
Saya tak
suka nak cerita panjang2, cukuplah sekadar 2 page dalam MS Word ni, dengan
harapan ada yang sedar dan bersyukur dengan nikmat kemanan dan kelapangan yang
Allah bagi ni.
Berbalik
pada isu saudara2 seIslam kita yang dok perang di luaq sana tu, jomlah kita
elakkan dari guna barang2 dari syarikat yang menyokong mereka yang menindas
masyarakat Islam di negara2 tersebut.
Antara
syarikat yang saya dengaq kawan2 yang pi satu forum di kampus baru2 ni habaq
ialah McD, KFC, Nestle, dan L’Oreal. Betoi la kot macam ni eja dia.
Dan
sama2 lah kita doakan saudara2 kita di sana agar kuat dan tabah, dan doakan
moga Islam akan mencapai kemenangan sehingga dapat mengembalikan Khilafah
Islamiyah yang dah lama jatuh sejak tahun 1924 lagi. TAKBIR!!!
1.20
pagi
Save
file, sambung tidoq. /[*(^_^)*]\
2012/11/29
Tutorial: Piano Gadget for Windows Sidebar
Assalamualaikum.
Ada seorang sahabat bertanya kepada saya macam
mana nak letak gajet piano di desktop. Jadi kali ni saya nak bantu sahabat saya
dan siapa-siapa saja yang menginginkan gajet ni di laptop anda.
| Gajet Piano |
Seperti
biasa, kalau nak gajet macam ni, perlu ada internet connection. Tapi jangan
risau, tak lama pun nak download software ni dan ianya percuma.
1.
Copy URL ni di browser anda.
Scroll ke bawah dan pastikan anda dapat website
yang betul.
| Screenshot website |
2.
Klik butang Free Download yang warna biru tu.
3.
Simpan software ni di mana sahaja yang anda
inginkan. Tapi, pastikan ingat nama file dan lokasi. Pastikan juga ia disimpan
dalam format Windows Gadget.
| Simpanan file |
4.
Klik Save dan tunggu sehingga selesai download.
5.
Bila dah habis, buka file yang dah didownload
tadi.
6.
Kemudian klik install.
7.
Sekarang anda boleh besarkan gadget ni dengan
mengklik butang anak panah kat tepi gajet tu. Anda dah boleh mula main piano ni
dengan menggunakan mouse ataupun keyboard.
Selamat
mencuba!
2012/11/24
Buah Beka
Pernah dengar nama buah beka? Pernah tengok rupa dia macam
mana? Pernah makan?
Haha. Mungkin ada di kalangan anda yang pernah mendengar,
melihat, atau merasa buah beka.
Semalam saya ke rumah saudara di Pokok Sena, Kedah. Ketika
kami hendak pulang, Ngah dan seorang sepupu saya memberikan kepada kami sebiji
buah beka.
Tak pernah dengar pun sebelum ni ada buah bernama beka.
Pelik juga namanya. Kata Ngah, buah ni pahit sedikit tapi sedap dibuat kerabu.
Saya pulang ke rumah dan meng’google’ berkenaan khasiat buah
yang pelik ni. Hasilnya saya nak kongsi dengan anda.
Sebenarnya buah beka ni agak terkenal di negeri-negeri
pantai timur, cuma mungkin di sebelah pantai barat ni agak janggal sedikit.
Beka yang mempunyai nama saintifik Oroxylum indicum adalah
daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae.
Ia mempunyai pokok yang besar, batangnya lurus manakala
daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan. Pokok ini turut mengeluarkan
bunga berwarna keunguan. Buahnya pula berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti
parang.
Buahnya yang muda berwarna hijau tetapi apabila masak ia
bertukar kehitaman.
Rasanya seperti yang saya sebut di atas, agak pahit tetapi
sedap dibuat kerabu. Kalau nak dijadikan sebagai ulam, buah beka yang muda
selalunya dibakar bagi mengurangkan rasa pahitnya.
Buah beka juga baik untuk kesihatan. Antara khasiat yang
terdapat dalam buah ini ialah ia boleh mencuci darah.
Bagi mereka yang baru lepas bersalin digalakkan untuk
memakan buah ini kerana ia boleh membantu menambahkan susu ibu.
Rebusan daun beka pula jika diminum boleh mengurangkan demam
atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.
Akarnya pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala
dan selesema. Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum
dipupuk di kepala.
Ha, dah tahu khasiat buah beka. Apa tunggu lagi? Esok
insyaAllah mak ajak buat kerabu beka. Tak sabar nak rasa ni.
2012/11/23
Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
Dalam satu
pertemuan bersama adik-adik Leadership Group (LG) MEDCY, sebuah kumpulan di
bawah kendalian saya dan beberapa rakan yang lain, sebelum peperiksaan akhir
semester satu yang lalu bermula, saya menyentuh tentang cita-cita.
Saya
mengingatkan mereka bahawa cita-cita yang kita perlu bina bukan hanya sekadar
cita-cita duniawi tetapi perlu juga ditanam cita-cita ukhrawi.
Hari ini,
ramai pelajar yang belajar kerana ingin berjaya dalam bidang yang mereka
idamkan. Mereka bercita-cita untuk berjaya dalam bidang masing-masing
seterusnya kejayaan dalam akademik itu akan dibawa ke alam pekerjaan.
Di UIAM,
bahkan di mana-mana pusat pengajian sekalipun, ramai yang belajar
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah dan pointer yang tinggi. Tak kurang
juga yang mengidam-idamkan Anugerah Dekan.
Tak salah
jika ingin menggapai impian sebegitu. Ianya sangat bagus.
Tetapi
ramai yang berhenti bercita-cita bila sudah berjaya dalam akademik ataupun
kerjaya.
Jika hanya
bercita-cita untuk mendapat pointer tinggi, kemudian menjadi seorang doktor
kerana ingin hidup senang atau mungkin dapat membantu orang yang sakit, bagi
saya tak cukup sekadar itu.
Sebagai
seorang yang bergelar Muslim, kita juga sepatutnya mempunyai cita-cita yang
dapat memberi saham akhirat kepada kita.
Jika kita
ingin menjadi doktor, alasannya bukan hanya sekadar ingin membantu orang.
Optimiskan pemikiran.
Sebagai
contoh, di samping mengubati penyakit, kita juga ingin menyampaikan dakwah
kepada pesakit kerana orang yang sakit lebih mudah menerima nasihat apatah lagi
dari seorang doktor yang mereka sangat percayai.
Orang yang
mahu berbisnes, ingin membuka perniagaan baru dan mengaut keuntungan kerana
dari keuntungan tersebut, dia mahu mendermakannya kepada anak-anak yatim dan rakyat
Islam di Palestin.
Tak
kisahlah nak pasang apa-apa mimpi sekalipun, asalkan mimpi itu bisa menjadi
cita-cita, dan cita-cita bukan hanya di dunia tetapi memberi saham untuk
akhirat juga.
BIAR MIMPI
SAMPAI KE BINTANG,
BIAR CECITA
SAMPAI KE AKHIRAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)





