Apa Yang Kita Perlu Tahu?
1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak
kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah
Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun
1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh
oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap
rakyat Syria.
2) Apakah penyembelihan umat Islam Syria di zaman
Hafez Al-Asad?
Hafez al-Asad |
- Penyembelihan Hayyul Masyariqah di dalam wilayah
Halab:
Berlaku pada pagi hari Raya
Adilifitri bertarikh 11 Ogos 1980 ketika penduduk sedang menziarahi
sanak-saudara serta jiran tetangga, seorang tentera berpangkat tinggi, Hashim
Ma’ala bersama-sama sekumpulan tentera lain mengepung kawasan Masyariqah dan
mengarahkan lelaki-lelaki keluar dari rumah, kemudian mereka melepaskan
tembakan hingga membunuh 86 orang penduduk, kebanyakkan adalah kanak-kanak.
- Penyembelihan Taman El-Qasr di Halab:
Hari kedua Aidilfitri bersamaan
12 Ogos 1980 juga diketuai oleh Hashim Ma’ala telah memberkas dan mengumpulkan
35 orang penduduk Halab lalu mereka dibunuh beramai-ramai.
- Penyembelihan di Hama:
Pada tahun 1982, oleh sebab ingin
menggagalkan usaha pembangkang, Rejim Syria membunuh hampir 46000 ribu penduduk
Hama, selama 27 hari.
3) Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim
mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?
Rejim Asad sebenarnya berpegang
kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam
sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Di dalam Syiah Nusairi, mereka
mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang
terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah:
1)
Mereka bertuhankan matahari.
2)
Mereka bertuhankan bulan.
3)
Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
4)
Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan
kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada
rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.
Itulah diantara aqidah sesat
Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.
Bendera Syria |
4) Apakah pandangan ulama’ terhadap fahaman Syiah
Nusairi?
Ijma’ Ulama’ Sunni telah
mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul
kiblat.
5) Apakah hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran
menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin
Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat
kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria
melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera
Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
6) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga
mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Selain pelbagai hubungan
perniagaan, sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi
sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak
sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga,
Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria ($5 billion).
Syria dan Russia telah memiliki
hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Pada zaman Presiden Hafez
Al-Assad ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan
ketenteraan dari Rusia.
Syria menggunakan alat
persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis. Manakala Rusia dibenarkan
menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di perlabuhan Syria. Ini kerana selama
6 bulan perlabuhan Russia di utara Eropah disalut oleh air batu, maka
perlabuhan Syria menjadi tempat terbaik.
7) Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat
mereka bertindak sebagai anti-Israel, US, Barat dan memberi ruang dan
kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan
fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan
Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dan lain-lain.
Selama 43 tahun Bukit Golan
diduduki oleh Israel tetapi rejim Bashar al-Assad dan ayahnya tidak pernah
membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk
Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan.
Assad mendapat imbalan yang besar
dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan
yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk
Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza.
Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
8) Apakah punca Kebangkitan Rakyat di Syria?
Sekumpulan kanak2 dalam 28 orang
bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka. apa yang ditulis
oleh kanak2 ini ialah "RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN". slogan ini telah
dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan
Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut
kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga
minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah
meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi
wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini
merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.
9) Bagaimana keadaan rakyat Syria sekarang?
·
Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang
lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 9,000 orang rakyatnya sendiri.
·
Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak
berdosa telah cedera.
·
Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana
bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.
·
Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki
akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.
·
Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana
kekejaman Rejim Bashar.
Sebelum berdemonstrasi, penunjuk perasaan akan mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini.
Sebelum berdemonstrasi, penunjuk perasaan akan mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini.
10) Apa yang patut saya buat untuk membantu Rakyat
Syria?
·
Membaca doa qunut Nazilah pada setiap ruku’ rakaat
terakhir setiap waktu solat
·
Mengambil cakne segala perkembangan terbaru di Syria
·
Menyebarkan maklumat mengenai Kebangkitan di Syria
kepada keluarga, kenalan dan masyarakat umum sama ada melalui media massa atau
media alternatif
·
Memberi sumbangan derma kepada rakyat Syria melalui
saluran yang diyakini
·
Menyertai demonstrasi solidariti untuk rakyat Syria
Kenyataan Ulama’
Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad
Abul Huda Al-Ya’aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim
Basyar:
Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya
rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di
tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk kita tidak
boleh duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang
lemah, menghalang mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak rakyat.
Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah. Maka kami
mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan
bagi menghapuskan mereka yang membunuh penduduk secara berleluasa demi
menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs,
Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria.
Ramai penduduk yang sudah
disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad
penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:
1)
Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan
diri dari melaksanakan arahan rejim.
2)
Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera
yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib
bagi rakyat memberikan bantuan yang termampu kepada pasukan tentera yang
berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan yang
diperlukan.
3)
Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan
kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.
4)
Wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan
selain melakukan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.
5)
Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai
kebangkitan ini (kerana dua wilayah ini belum menerima tekanan seperti
wilayah-wilayah lain)
6)
Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli
politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim.
Kenyataan rasmi dari Al-Azhar berkaitan pembunuhan
di Syria:
1)
Menuntut umat Islam dan Arab serta Liga Arab bertindak segera
menghentikan pertumpahan darah dan kemusnahan di Syria ketika ini
2)
Rakyat Syria tidak memerlukan kenyataan demi kenyataan yang
mengutuk tindakan ganas tentera tetapi mereka perlu kepada tindakan berani dan
segera dari masyarakat Arab terutama Liga Arab
3)
Menyeru rakyat Syria yang mendukung revolusi untuk bersabar
dan meneruskan perjalanan mereka bagi menuntut keadilan dan kebebasan serta
membersihkan negara mereka dari kerosakan, kezaliman dan korupsi
4)
Menegaskan bahawa sesiapa yang dibunuh tanpa hak maka dia
adalah syahid.
5)
Menyeru kepada tentera yang dijadikan ‘alat’ kepada pemerintah
bagi membunuh saudara mereka dari kalangan anak bangsa bahawa keutamaan mereka
ialah melindungi rakyat. Mereka perlu tahu bahawa tidak boleh mentaati kepada
makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.
6)
Wahai tentera Syria! Kalian sama sekali tidak layak untuk
menjawab kelak di hadapan Allah pada Hari Kiamat: “Sesungguhnya kami menerima
arahan dan kami terpaksa untuk membunuh saudara-saudara kami” kerana negara
zalim itu hanya seketika tetapi negara ditegakkan atas kebenaran itu hingga
Kiamat.
Firman Allah: (Jangan kamu menyangka bahawa Allah lupa apa
yang dilakukan oleh orang-orang zalim kerana Dia sengaja melewatkan azabnya
pada hari mata manusia akan terbeliak) Surah Ibrahim: Ayat 42
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali
as-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar
mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan
menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia
syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid;
atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
Hadis ini dikeluarkan oleh Abu
Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam
al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya
Sahih.
Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi pula
telah mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Syria yang terbunuh menetang kekejaman
rejim Basyar Asaad adalah seorang yang SYAHID.
Kembali ke Bahagian 1...
Sumber:
0 comments:
Post a Comment