2013/10/24

Pilihanraya Kampus 2013

http://i.imgur.com/loxvl.png

Menghampiri PRK 2013 yang merupakan PRK kali pertama saya di UIAM Kuantan, saya mula memikirkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan PRK yang biasa saya dengar menjelang musim PRK.

Nak mengundi, mestilah kena tau info-info berkaitan PRK.

Antara yang hadir di minda ialah Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Saya yakin, masih ramai mahasiswa yang tidak mengenali siapakah Pro-M dan Pro-A, bagaimana cara mereka bergerak, apa dasar mereka dsb.

Saya mula mencari maksud Pro-M dan Pro-A melalui internet. Nak cari sumber buku, macam tak ada ja dalam rak. Berdasarkan sumber yang saya peroleh, inilah hasil yang saya ingin kongsikan dengan anda.

*****

SIAPA PRO-ASPIRASI?

Di sesetengah IPTA, nama gerakan ini sudah pun ditukar. Misalnya di UM, nama gerakan ini kini lebih dikenali sebagai Penggerak. Namun, semangat perjuangan dan matlamat gerakan ini tetap sama iaitu mendukung ASPIRASI universiti dan juga dasar-dasar oleh “the government of the day” yang berkait rapat dengan mahasiswa. Di USM sendiri misalnya, nama ASPIRASI begitu kuat dan telah mencapai banyak kejayaan dalam pilihanraya kampus khususnya selepas tahun 2000. Adakah aspirasi terus menjadi pilihan kerana prinsip perjuangannya yang sentiasa bersama dengan arus kepimpinan universiti dan pada masa yang sama tetap memperjuangkan agenda dan kepentingan para pelajar. Benarkah? Apakah sebenarnya ASPIRASI? Dan siapakah pula pendokong-pendokong PRO-ASPIRASI? Persoalan-persoalan ini sering ditanyakan malah menimbulkan perdebatan yang hangat dalam kalangan mahasiswa.

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS_QcwFz5-AKiQ4yCTD4hY4xL2I7fdBMGs_JOzIU16N3euGyOxE

Di UiTM khususnya, label aspirasi sememangnya utuh dan tidak asing lagi. Media arus perdana juga melabel kuat bahawa UiTM adalah tunjang PRO-ASPIRASI mahasiswa. ASPIRASI bermakna semangat. Tetapi di sebalik nama ASPIRASI itu sendiri, yang di gembar gemburkan oleh media arus perdana, amat jelas bahawa ia berkait rapat dengan agenda yang penuh tersembunyi. Bagi kalangan mahasiswa yang celik, tidak salah mendukung ASPIRASI kerajaan tetapi usah sesekali menyebabkan maruah mahasiswa tergadai. Mahasiswa harus memahami apa yang dimaksudkan dengan “maruah mahasiswa” itu sendiri kerana ia berkait rapat dengan corak pemikiran dan kelantangan idea yang telus tanpa memihak kepada mana-mana pihak. “Berani kerana benar, takut kerana salah.”

SIAPA PRO-MAHASISWA?

Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan ensitiv dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus-kampus. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2010/01/pro-m-uiam.jpg

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli (genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA! “Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!”

PRO-MAHASISWA mempunyai imejnya yang tersendiri iaitu:

1. INTELEK – Bertindak berdasarkan hujah yang benar dan tepat serta sentiasa analisis dan kritis dalam menilai sesuatu keadaan dan fakta.
2. RESPONSIF – sentiasa peka, ensitive serta mempunyai inisiatif dalam isu-isu yang berhubung dengan keintelektualan, kebajikan, dan kemaslahatan mahasiswa.
3. ENERGETIK – sentiasa lantang, bersemangat, aktif, tangkas, dan cergas dalam bertindak dan memperjuangkan isu-isu berhubung mahasiswa.


*****

Rasanya dah faham kot serba sedikit tentang Pro-M dan Pro-A. Bila dah tau, bolehla pilih mana yang berkenan di hati.

Pada PRK yang lepas, timbul masalah berkaitan sistem e-voting yang pertama kali dijalankan di UIAM sehingga menyebabkan pengundian semula terpaksa dilakukan. (Rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/13442-sikap-mahasiswa-dalam-isu-pilihan-raya-kampus-uia untuk info tambahan)

Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang lagi, PRK pada tahun ini kembali dijalankan menggunakan sistem pengundian manual, sama seperti proses pengundian dalam Pilihanraya Umum.

http://bm.malaysia-chronicle.com/media/k2/items/cache/7203dbca38bf6ab3f36ab578cc9ebeed_XL.jpg

Dalam PRK 2012, secara keseluruhannya Pro-A menguasai hampir keseluruhan IPTA kecuali UM, UKM, dan UIAM yang dimenangi oleh Pro-M. (Rujuk Analisis Keputusan Pilihanraya Kampus 2001-2013 di http://hasbiemuda.wordpress.com/2012/09/26/analisis-keputusan-pilihanraya-kampus-2001-2012/)

http://3.bp.blogspot.com/-WeHeRqnnIJM/UGMnPs9mUYI/AAAAAAAADXc/eszVJetETic/s1600/image.jpg

Namun, ada beberapa perkara yang masih menimbulkan tanda tanya kepada saya.
  • PRK pada musim midsem exam. Saya sendiri ada exam pada 30hb, tarikh PRK di UIAM.
  • PRK pada hari kuliah. 30hb tidak diisytiharkan sebagai hari cuti.

Suasana PRK di UIAM Kuantan kali ini sangat sepi. Mungkin faktor di atas memberi sumbangan besar kepada keadaan ini.

Walau bagaimanapun, pengundian tetap perlu dilakukan untuk memastikan kerusi-kerusi yang dipertandingkan diberikan kepada calon yang paling layak, supaya kebajikan para pelajar dapat dijaga dengan sebaiknya.


Saya pilih untuk mengundi. Anda bagaimana?


2013/09/21

Kenapa Kimia Gunaan?

Selalunya, bila bersembang-sembang dengan senior yang ada di Kuantan ni, salah satu soalan yang menjadi suatu kemestian untuk ditanya ialah bidang yang saya ambil.

Course apa?”

Applied Chemistry.”

“Oh, course baru tu ea? Oh, batch korang dah bukak…”

“A’ah, first batch.”

“Oh… Best tak? Belajar apa ea?”

“Belajar Chemistry la. Organic Chemistry, Inorganic Chemistry, Mathematics, Physics…”

“Oh, bestnye!”

Kalau  ditanya tentang sebab mengapa kami memilih bidang ini, jawapan yang mungkin hadir hanya dua atau lebih.

  1. Sebab minat Chemistry.
  2. Sebab tak minat Biology.

Ops…betoi ka?

Kalau tanya saya, sebab yang pertama tu sangat valid. Sebab yang kedua tu pula agak kejam. Secara asasnya, saya bukanlah tidak meminati Bio, tapi kalau diberi peluang untuk memilih antara kedua-dua subjek ini, pastinya saya akan pilih Chemistry.

Dulu saya pernah bercita-cita nak jadi seorang ahli forensik. Maklumlah, banyak sangat tengok cerita CSI kat tv. Dan saya pernah suarakan hasrat saya ni pada mak saya. Pada mulanya dia macam berat nak benarkan sebab dalam tv tu asyik bekerja dengan mayat saja, tapi setelah saya menunjukkan minat saya yang betul-betul mendalam, barulah dia membenarkan.

Tapi, cita-cita saya nak jadi CSI ni berubah bila saya belajar di peringkat yang lebih tinggi. Tambahan pula, bila saya buat sedikit kajian dan pembacaan berkenaan bidang Sains Forensik ini di Malaysia, saya dapati peluang pekerjaannya sangat sedikit!

Ada mahasiswa yang dah habis belajar di bidang ini tapi tak boleh kerja sebagai CSI. Sebabnya sistem kemasukan yang berbeza dengan negara luar. Setahu saya, kalau nak jadi ahli forensik, kena masuk melalui Akademi Polis. Kebanyakan pelajar Sains pula berkaca mata. Orang yang rabun langsung tidak layak untuk menganggotai pasukan polis, walaupun hanya sebagai seorang ahli forensik.

Tapi itu cerita beberapa tahun dahulu. Saya pun tak pasti sama ada ianya masih kekal begitu ataupun sudah dipinda.

Applied Chemistry vs Pure Chemistry

Secara mudah, Kimia Tulen lebih fokus terhadap teori dalam Kimia manakala Kimia Gunaan lebih kepada aplikasi Kimia di lapangan. Mudahnya, saya bagi satu analogi.

Ada dua orang yang bernama A dan B di satu kedai makan. Mereka diberi semangkuk laksa dan diminta untuk menyediakan semangkuk laksa yang sama. A tahu dan faham resepi dan cara penyediaannya, tapi B tahu dan faham resepi dan cara penyediaannya serta mampu untuk memasak laksa yang sama.


Peluang Pekerjaan

Berdasarkan maklumat dan perkongsian yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah dan senior-senior berpengalaman kepada kami, peluang pekerjaan bagi bidang Kimia Gunaan ini sangat luas.

Pada masa sekarang, hampir kesemua industri dan bidang yang ada di negara kita memerlukan khidmat profesional dalam bidang Kimia. Contohnya, bidang perkapalan, perindustrian, pemakanan, pendidikan, pertanian, perikanan, perhutanan, dan banyak lagi.

Jadi, peluang pekerjaannya sangat luas! InsyaAllah, rezeki itu semuanya telah ditentukan olehNya. Kita hanyalah perlu berdoa dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk masa depan kita.

Pesanan saya, kalau nak pilih bidang yang hendak diceburi, pilihlah bidang yang paling diminati dan yakin boleh dibawa. Buat sesuatu yang kita tak minat sangat membosankan, tapi buat sesuatu yang kita suka dan minat sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika kita ikhlaskan niat kerana Allah.


Selamat sore! (^_^)

2013/09/06

Saya dah masuk Kuantan!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Ha, apa khabar semua? Dah lama sungguh saya tak update cerita-cerita baru di blog ni kan. Maklumlah, sepanjang cuti hari tu, susah sikit nak buka internet.

Baiklah, kali ni saya nak mulakan dengan cerita yang paling baru. Saya dah masuk ke UIAM Kuantan! Dan, bidang yang saya dapat…jeng, jeng, jeng…


Yea… Alhamdulillah. Dapat jugak apa yang saya minta hari tu. Kira rezeki la, batch kami cuma ada dalam 40 orang saja untuk bidang ni, dan kamilah batch pertama untuk bidang baru ni.

Hm, nak mai Kuantan ni bukannya dekat. Jauh gila dari Kedah nu. Petang 2hb naik bas dari Aloq Staq, 6 jam baru sampai KL. Singgah di rumah abang sat di Wangsa Maju dan tidoq di sana satu malam. Esoknya 3hb, pagi-pagi lagi dah kena keluaq bertolak ke Kuantan untuk pendaftaran.

Hari pendaftaran taklah penat sangat cuma sebab nak kena angkut barang dari parking ke mahallah. Saya dapat Mahallah Maimunah, dekat sangat dengan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Ditemani dengan 3 orang roommates yang mai dari serata ceruk, saya dapat compartment yang paling besaq! Hehe, depa pakat dok jeles kat saya.

3 hari pertama di sini, kami kena hadir Ta’aruf Programme. Memang standard la dengaq briefing tu, briefing ni. Tapi, bosan-bosan pun tetap kena dengaq sebab ni lah yang kami akan hadapi sepanjang 4 tahun di sini.

Hari terakhir Ta’aruf Programme, kami ada special briefing on Kulliyah. Dari Grand Hall, kami naik bas ke bangunan Kulliyah of Science. Jauh sangat ka sampai kena naik bas? Memang jauh. Kalau nak jalan tu memang boleh, tapi takut sampai-sampai satgi orang dah habis briefing pun.

Hari ni, ada Tilawah Placement Test (TPT) tapi saya tak payah pi pun sebab dulu dah lulus ujian ni di CFS. Jadi, ni lah masa untuk berehat sat sebelum mula kuliah minggu depan. Tak sabaq rasanya nak merasai kehidupan sebagai pelajar di sini.

Oh, ya. Kalau nak tau lagi pasal Applied Chemistry, insyaAllah saya akan cuba update dari masa ke semasa di blog ni. Buleh la share information penting dengan hampa kan.


Jumpa lagi, wassalam.

2013/07/02

‘LENDIK’

Hari Khamis lepas saya ke aloq staq lagi, studied at the library as a preparation for my MUET speaking test today.

While I was ironing my baju kurung, before taking a bus to the town, I suddenly remembered a regular word used by school students during my school time years before.


And the word is…you guessed it right! It’s ‘LENDIK’!

Apo ko bondo nyo pulak eh..?

Saya pun tak tahu macam mana this weird word boleh muncul dalam kamus bahasa Melayu budak-budak sekolah masa tu. And I think the word is only known by Kedahians.

Selalunya perkataan ni selalu dikaitkan dengan aktiviti menggosok baju. Kalau seseorang tu gosok baju terlalu lama, lebih dari biasa orang gosok dalam 5 minit utk sehelai baju, then we might say, “Wei, tak payahla nak lendik sangat kan baju tu…satgi duduk ghedot jugak…”

Lendik ni adalah keadaan di mana baju yang digosok tu terlalu lendik sampai takdak line-line asing di baju tu. Macam tu la kot.

Hmm what’s the point I'm saying this silly thing? Haha!

It doesn’t matter if you want to add some new words to your own informal dictionary, but don't ever use it in formal writing or speaking because it’s a wrong usage!

Apa yang sering menjadi kerisauan ialah, bila muncul perkataan-perkataan asing macam ni, ada pelajar yang menyalahgunakannya dalam karangan Bahasa Melayu di sekolah, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Perkara ini bukan sahaja akan memberi efek tidak baik kepada pelajar tersebut dengan mengurangkan markah penguasaan bahasa dalam peperiksaan mereka, bahkan memberi kesan negatif juga terhadap institusi perbendaharaan bahasa.

Bahasa Rojak

Rojakkk...!!!
Satu lagi masalah besar yang sedang melanda rakyat Malaysia ialah penggunaan bahasa rojak. Hmm, bunyi macam sedap tapi hakikatnya inilah salah satu punca rosaknya bahasa di negara kita.

Ada segolongan masyarakat yang suka mencampuradukkan bahasa dalam perbualan mereka.

Mungkin nak menyatakan kepelbagaian bahasa di Malaysia? Atau mungkin juga nak menunjukkan bahawa mereka boleh bertutur dalam pelbagai bahasa? Ada juga yang memberi alasan “nak belajar guna bahasa lain…”

Tak salah jika kita cuba untuk bertutur menggunakan bahasa yang pelbagai. Tapi, silalah belajar bertutur menggunakan satu bahasa sahaja dalam satu ayat yang penuh.

Instead of using, “Semalam I went to the kantin sekolah and I saw sorang pekerja dia tengah sapu the floor.”
We can use, “Yesterday I went to the school canteen and I saw one of the workers was sweeping the floor.”
Ataupun boleh guna bahasa Malaysia, “Semalam saya ke kantin sekolah dan saya nampak seorang pekerja dia tengah sapu lantai.”

Dah macam OhMyEnglish! pulak dah. Haha..


Bukankah bahasa jiwa bangsa?

2013/06/24

"Korang ni PEL***R kan??"

Hari ini saya mula ulangkaji untuk peperiksaan MUET yang bakal saya duduki pada bulan Julai nanti. Perpustakaan awam di Alor Setar menjadi pilihan tempat belajar saya kerana sepi dari deruan kereta dan renovation di bangunan City Plaza sebelah ni.

Sebelum saya ke sini, saya sempat berjalan-jalan di sekitar kawasan pekan yang pada awalnya masih sunyi tapi kini sudah mula dipenuhi manusia muda belasan tahun yang sudah pulang dari sekolah.

http://4.bp.blogspot.com/-UsMj8Bv9M
40/UGrhpGhnEHI/AAAAAAAAF7
A/dXjGTk7Ru64/s1600/makan.jpg
Saya menyinggahi sebuah restoran untuk memenuhkan ruang kosong di dalam perut. Sambil melahap makanan yang sudah tersedia di atas meja, tiba-tiba datang seorang lelaki yang langsung tidak saya kenali menghampiri dan duduk di hadapan saya.

Saya kaget. Berseorang makan di restoran yang masih lengang, saya tenangkan diri, berpura-pura relax.

Dia mula menceritakan masalahnya. Tapi saya juga tidak faham apa yang dituturkannya. Berdasarkan pandangan saya, lelaki ini seperti sedang mabuk. Entah apa yang dikatakannya, saya hanya membalas kata-katanya dengan mendiamkan diri.

Cuma satu kata-katanya yang saya masih ingat.

“You kalau buka tudung ni pun, joget jugak kan?”

Pergh! Sindirannya sungguh mengena. Saya tidak mengiakannya, saya juga tidak menidakkannya.

http://3.bp.blogspot.com/_1x2iDimAUc8/TP
Tum8Tgr9I/AAAAAAAAACQ/vvevAfC
REWo/s1600/kartun-2.jpg
Jujur ingin saya katakan, memang ada segelintir wanita yang bertudung labuh bila tudungnya dicabut, joget juga. Ya, memang ada yang suka menari! Tapi tari-menari hanya pada tempatnya, bukan ikut daan saja.

Peristiwa seperti ini bukanlah kali pertama dalam hidup saya. Pernah sebelum ini, saya bersama rakan-rakan sedang makan di sebuah restoran sambil bersembang-sembang.

Tidak semena-mena, datang seorang wanita meminta wang RM1 daripada kami. Katanya hendak membeli makanan.

Belum pun sempat menunjukkan apa-apa reaksi, dia menyambung kata-katanya:

“Eh, korang ni pelacur kan? Pakai je tudung, tapi pelacur!”

Astaghfirullah alazim…

Bergoncang hati mendengar kata-katanya.

Tapi, macam mana mereka boleh berfikir sedemikian terhadap golongan seperti kami?

Saya merasakan mungkin ada di antara kita yang mempelopori fitnah terhadap kaum muslimah yang bertudung labuh sedikit berbanding orang lain. Mungkin benar ada yang bertudung litup tapi hakikatnya seorang pelacur! Na’uzubillah.

http://data.whicdn.com/images/28868788/0_large.jpg
Mungkin juga kerana sikap segolongan dari kita yang sukar untuk didekati masyarakat. Kita menganggap diri kita terlalu suci sehingga tidak boleh sesiapa pun mendekati kita.

Sahabat-sahabat, ingatlah. Dugaan seperti ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah Nabi Muhammad SAW lalui dalam misi menyampaikan dakwah pada sekalian manusia suatu ketika dahulu.

Tidak lengkaplah kehidupan seorang pendakwah jika tidak didatangi dengan ujian dan cabaran. InsyaAllah ujian-ujian seperti inilah yang akan menjadikan kita lebih kuat dalam menempuh ranjau di medan dakwah.


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, 29:2-3)

2013/04/12

“Apa Jaminan Kerjaya Bidang Ni..?”

Baru-baru ni saya dijemput untuk memberikan briefing sciences programmes yg ada di CFS IIUM ni kepada adik-adik Persijilan DQ-UIAM Gen13 yang buat lawatan ke sini. Setelah memberi penerangan kepada mereka, tibalah sesi soal jawab.

Saya tertarik dengan satu soalan yang diberikan oleh salah seorang dari mereka. Soalan ini ditulis di atas kertas yang sangat kecil, kedekut kot ataupun tak cukup kertas agaknya...hehe…

Soalan   : Apakah jaminan kerjaya terhadap bidang ini (Allied Health Sciences) iaitu apabila kita pilih optometri apabila degree nanti?



Dalam masa menunggu giliran saya untuk menjawab soalan tersebut, saya menghantar pesanan ringkas berkenaan soalan ini kepada rakan-rakan saya melalui Kolony.

“KBOM apa jaminan kerjaya allied health sc?”

Pada awalnya, saya kira mungkin tiada yang sempat menjawab soalan ini sebelum saya memberikan jawapan peribadi kepada adik-adik pelajar. Namun, hampir 10 minit kemudian, saya menerima satu balasan daripada seorang sahabat.

“c*******8 POPP: xde jminan..jminan dr Allah..tu rezki dr Allah..blaje krna Allah..huhuhu..xtau la..”

Terdiam seketika membaca jawapan yang diberikannya. Ya, memang benar apa yang dikatakannya. Jaminan rezeki itu adalah dari Allah SWT.

Sedar atau tidak, kita sering membayangkan sesuatu yang kita inginkan berlaku ke atas diri kita, sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Perkara-perkara ini termasuklah dalam konteks pelajaran, pekerjaan, perkahwinan dan sebagainya.

Tidak salah bercita-cita apatah lagi jika cita-cita tersebut dapat memberi sumbangan kepada Islam. Tetapi, cuba nilai semula cita-cita tersebut. Adakah ia hanya bersifat sementara di dunia atau boleh memberi saham sehingga ke akhirat kelak? Adakah ia hanya memberi benefit kepada diri sendiri atau ramai orang di sekeliling kita?

http://4.bp.blogspot.com/-G7HURhuQr78/TWtzr5m_POI/AAAAAAAAAHs/s73-t4yUsqI/s400/belajarkeranaALLAH.jpg

Dalam bercita-cita, harus diingat bahawa kita sebagai seorang Islam yakin dan percaya bahawa kehidupan yang lebih abadi adalah di akhirat kelak. Kita juga wajib meyakini dan sentiasa ingat bahawa segala yang berlaku ke atas diri kita adalah ditetapkan oleh qada’ dan qadar Allah SWT.

Berangan-anganlah setinggi Mat Jenin, tapi jangan jadi macam Mat Jenin, terus mulakan langkah kaki bila dah punya matlamat dan wawasan. Moga najah! ^_^

"The clock is running. Make the most of today. Time waits for no man. Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it is called the present." - ALICE MORSE EARLE


http://1.bp.blogspot.com/-q_kM8EpRuEQ/T3bfsy9nIMI/AAAAAAAAAE8/IA9y-g5pTdo/s1600/2215531528_96e9a587a6_z.jpg

2013/04/10

Hujan kan Rahmat Allah..??


10 April 2013, 6:18 PM

Hujan lebat mencurah-curah turun dari langit membasahi bumi CFS IIUM. Aku duduk di satu sudut di bilikku, merenung ke luar jendela, menghayati pemandangan luar. Hujan lebat, ditambah dengan kilat dan guruh, bersama angin yang kadangkala membuas, mengisi ruang luar kediaman Mahallah Khadijah.

Aku terkenang pada peristiwa di waktu itu, sewaktu aku masih di Darul Quran. Suatu petang, aku ditugaskan oleh kakak-kakak senior untuk mengendalikan satu majlis berbuka puasa yang kami selalu anjurkan saban minggu.

Aku menjadi MC. Tugas yang tidak mudah bagi insan yang cetek pengalaman seperti aku. Tapi, aku harus laluinya kerana aku tahu, sebuah pengalaman tidak akan disebut pengalaman melainkan apabila kita sudah mengalaminya. Nak cari pengalaman mesti alaminya dulu.

Tiba suatu ketika, hujan renyai-renyai mula turun. Teringat aku pada sebuah kisah yang aku baca dari sebuah buku mengisahkan tentang seorang yang bernama Juha. Secara kasar, Juha ini seorang yang kelihatan bodoh tapi cerdik sebenarnya.

Kisah yang dipaparkan itu aku ceritakan kepada sahabat-sahabatku.

http://1.bp.blogspot.com/-OxhkKviNOow/TmjCIFbjr8I/AAAAAAAAAXY/H9BXc_vIS5s/s1600/rain1.jpg

Suatu hari, hujan lebat mencurah-curah turun. Juha sedang berada di jendela rumahnya. Kelihatan dua orang pemuda yang sudah basah ditimpa hujan berlari-lari mencari tempat berteduh. Juha yang melihat kejadian tersebut menegur mereka.

“Bodohla korang ni. Hujan tu kan rahmat Allah. Buat apa lari dari rahmat Allah?”

Kedua-dua pemuda tadi hanya terdiam membenarkan apa yang dikatakan oleh Juha sebentar tadi dalam hati.

‘Bodoh dia kata kat kita? Basahlah kalau tunggu ja dalam hujan.Tapi, betul jugak apa yang Juha cakap tu. Ish, tak boleh jadi ni, kena cari jalan macam mana nak balas balik apa yang Juha cakap tadi.’

Beberapa hari kemudian, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi. Kedua-dua pemuda itu sedang duduk minum kopi di warung Pak Leman. Kelihatan Juha sedang berlari-lari anak mencari tempat berteduh setelah basah disimbah hujan.

“Eh, Juha! Buat apa kau lari? Hujan tu kan rahmat Allah? Takkan kau lari dari dari rahmat Allah?”

Otak Juha ligat mencari jawapan bagi membalas kata-kata pemuda tadi.

“Aku bukan lari dari rahmat Allah. Aku takut terpijak rahmat Allah!”

http://www.bubblews.com/assets/images/news/1619654435_1353746851.gif

Begitulah Juha, sentiasa mencari alasan tapi kadangkala benar apa yang dikatakannya tu. Fikir-fikirkan dan Senyum… ^_^ 

2013/04/04

Fenomena Dapat Result Exam...Hampa Macam ni Tak?

Sebulan selepas exam. Biasanya dalam tempoh inilah lecturer akan pulangkan kertas jawapan dan markah yang student dapat. Kadang-kadang ada tambahan info; carry marks, percentage, berapa orang yang failed atau dapat A dan banyak lagi.

http://3.bp.blogspot.com/-DmHVM2-gFkE/TfdfSryDkCI/AAAAAAAABkI/-VUaGsxiuMc/s1600/exam-results.jpg

Kali ini saya nak berkongsi satu situasi yang biasanya berlaku dalam tempoh sebulan ini.

A             : (Tengok markah dia dapat A-)
B             : (Tengok markah dia dapat E)
A             : B, hang dapat berapa? Nak tengok…
B             : Tak mau la, sikit ja. Rendah lagi dari hang.
A             : Hmm…aku pun dapat sikit ja...sedih…(sambil memuncungkan muka)
B             : Sikit apanya! Dapat A- banyak la tu! (dalam hati rasa nak sepak ja A ni)

Pernah mengalami situasi macam ni? Mungkin pernah kan, sama ada di tempat B atau mungkin juga di tempat A tapi tak perasan. Kalau lihat pada situasi di atas, kita dapat ringkaskan yang A ni sangat menyampah dan B akan rasa seperti direndah-rendahkan pula oleh A.

Sedar atau tak, kita selalu tak puas hati dengan apa yang kita dapat. Fitrah manusia kot, sentiasa nak lebih daripada apa yang diberi. Orang bagi A- nak A, orang bagi betis ayam nak paha ayam (betis ayam??? Ada ke?)

http://2.bp.blogspot.com/_O_SpcikSVVo/TAt0tpa6VCI/AAAAAAAAASA/R8wYjso4w0o/s1600/angry_baby.jpg

Tak salah nak lebih tapi biarlah sesuai dengan apa yang kita ada. Contohnya, kalau nak A kenala berusaha cara nak dapat A. Tapi kalau setakat usaha macam nak dapat D, lebih baik lupakan ja apa yang diinginkan tu.

Orang berjaya bukannya lahir-lahir ke dunia terus berjaya. Nak berjaya perlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan mungkin harta. Kadang-kadang juga perlu gagal dulu sebelum berjaya. Orang yang cipta lampu mentol (tak ingat nama apa), sebelum dia berjaya hasilkan lampu mentol, beratus kali dia gagal dulu sebelum berjaya.

Ketidakpuasan hati kita ni sebenarnya menunjukkan bahawa kita ni tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT. Sepatutnya, selitkanlah sedikit rasa bersyukur dalam diri kepada Allah SWT kerana sekurang-kurangnya kita masih diberi nikmat yang lebih berbanding orang lain.

Saya tak berniat nak mengarang panjang-panjang entri kali ni. Cukuplah saya ringkaskan dengan pesanan yang saya tujukan khas buat insan-insan A dan B dalam situasi di atas.

http://3.bp.blogspot.com/_4iWuUPiPLDY/S7ST6qpyqaI/AAAAAAAAAbY/bZfqHWeSeAo/s1600/thinkpositive-add.jpg

Jika anda A:
  • Bersyukurlah pada Allah SWT kerana markah anda masih boleh dibanggakan, sekurang-kurang tak failed.
  • Think positive dengan mengambil kira mungkin Allah taknak anda dapat A sebab takut nanti anda riyak/`ujub.
  • Mungkin usaha anda masih belum mencukupi untuk anda dapat lebih dari itu.
  • Kenali si B dulu sebelum bertanya soalan-soalan killer macam ni, sama ada dia boleh terima atau tak dan agak dia dapat berapa. Seboleh-bolehnya elakkan dari bertanya soalan macam ni. Takut ada yang sakit hati.

Buat si B pula:
  • Bersabar dan terima apa yang anda dapat dengan hati yang terbuka walaupun dah berusaha teruk-teruk. Mungkin Allah suka tengok anda berusaha bermati-matian.
  • Jangan menyampah dengan si A, mungkin dia ada matlamat yang tinggi untuk dia capai yang anda tak tahu pun.
  • Mungkin usaha anda juga masih belum mencukupi untuk anda dapat lebih dari itu.
  • Kalau si A tanya, jawab ja ‘alhamdulillah’ sambil tersenyum. Mungkin dengan cara ni anda boleh tenangkan jiwa anda.


Satu lagi pesanan tambahan untuk semua, kegagalan untuk mendapat empat mendatar dalam exam tidak sama sekali sudahpun menentukan bahawa anda tidak mampu berjaya di masa hadapan. Semuanya adalah ketentuan dari Allah. Yang penting, ingat pesanan orang tua-tua, ‘rajin dan usaha tangga kejayaan’.

http://madahannan.files.wordpress.com/2012/04/ilmu-bukan-pada-pointer.jpg?w=604&h=562

2013/03/30

Medic ke Applied Chemistry: Sebuah Perjalanan


Ketika karangan ini ditulis, perut terasa lapar yang teramat, roommates semua tiada di bilik, hanya saya menanti kiosk dan kafe dibuka semula.

Bila disebut tentang ujian hidup, ramai yang dah biasa dengar. Mungkin selalu tonton rancangan Imam Muda di Astro dan tertarik dengan lagu yang merakamkan vokal-vokal peserta musim ke-2 rancangan itu. (Haha..mengarut).

Ketika sahabat-sahabat Pre-Medic yang lain sibuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke Kuliyyah of Medicine (KOM), Kuantan Campus, saya hanya mampu tersenyum. Senyum kerana bangga dengan mereka yang layak meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang doktor.

Berlainan dengan saya, diberi 3 pilihan untuk menyambung pengajian sama ada di bidang Allied Health Sciences, Bioscience, atau Nursing. Sukar menerima kenyataan yang saya sudah duga sejak awal lagi. CGPA yang rendah tidak cukup membawa saya untuk bersama dengan rakan-rakan ke KOM.


http://2.bp.blogspot.com/-_1pEzz_ZUjQ/Tkz6kGJQnjI/AAAAAAAAAbs/Wd8agjsAZas/s1600/cgpa.jpg

Namun, 3 pilihan sudah cukup banyak bagi saya kerana cabangnya sangat luas. Allied sahaja mempunyai 6 kursus pengkhususan; Dietetic, Radiography, Audiology, Optometry, Physiology, Biomedical. Bioscience pula dua; Biotechnology dan Applied Chemistry.

Setelah diberi pilihan yang tiga ini, saya perlu membuat pemilihan berdasarkan minat dan kecenderungan yang ada pada saya. Dengan hanya diberi masa beberapa minit untuk berfikir, saya membuat keputusan untuk memilih Applied Chemistry dengan mengambil borang Bioscience.

Saya maklumkan perkara ini kepada mak melalui telefon.

Saya       : Mak, cek tak boleh ambik Medic, pointer tak cukup. Depa bagi cek pilihan, lepas tu cek pilih Kimia. Takpa dak mak?
Mak       : Ha? Oh…ikut adik la nak ambik apa. Adik yang nak mengaji.
Saya       : Dak la, kot la mak tak bagi ka…hehe…lepas tu, borang pi Mesir hat under kementerian keluaq dah.
Mak       : Habis tu nak pi ka?
Saya       : Tak tau. Cek habaq ja. Sebab nak pi tu kena guna duit sendiri dulu. Hm, takpalah. Nantila dulu bincang dengan abang tengok.
Mak       : Hm, nanti la tanya abang dulu lagu mana.


http://luluvikar.files.wordpress.com/2006/08/alazhar-cairo.jpg
Saya sebetulnya tidaklah berharap sangat untuk ke Mesir. Maklumlah bakal berjauhan dengan keluarga. Lagi pula, nak kena guna duit sendiri lagi. Keluarga saya bukannya senang sangat, banyak nak pakai duit tu.

Keesokan pagi, lebih kurang pukul 7.00 pagi, mak tiba-tiba telefon. Nasib baik saya tak tidur lepas Subuh hari tu. Hehe…

Mak       : Ni bapak nak cakap.
Saya       : OK
Bapak    : Awat pasai apa, pointer tak cukup tak boleh sambung Medic ka?
Saya       : Hmm…macam tu la.
Bapak    : Lepas tu nak sambung Mesir?
Saya       : Tak tau la, cek habaq ja. Tak kesah pun.
Bapak    : Tak payah pi lah. Mengaji kat sini pun tak pa, ambik Kimia tu. Lagipun kat sana tak tau lagi boleh dapat ka dak biasiswa kalau pi dulu. Sementara nak dapat tu, banyak juga perbelanjaan.
Saya       : Hmm cek pun pikiaq macam tu jugak. OK ja.

Semalam abang pula telefon. Perkara yang sama diutarakan. Wah, nampaknya berita ni dah tersebar luas, haha. Tapi, abang pun cakap belajar sahaja di sini, lebih terjamin. Dan pesanan terakhir sebelum perbualan kami dihentikan, cuba cari biasiswa tengok kat internet.

http://i1.cpcache.com/product_zoom/452844546/medical_student_ceramic_travel_mug.jpg?height=460&width=460&padToSquare=true
Focus saya sekarang sememangnya tertumpu kepada pencarian biasiswa. Walaupun sekarang dah masuk waktu-waktu akhir permohonan biasiswa, usaha tetap perlu dilakukan.

Terkesan dengan Mirash, seorang sahabat merangkap roommate saya dalam meeting society baru-baru ni. Dia seorang yang sangat tabah. Berada di bidang Allied, dia sebenarnya sangat meminati Medic dan berusaha ke arah Medic.

Hakikat yang agak sukar diterimanya, pointer agak tinggi tapi masih belum cukup melayakkannya untuk mengambil borang Medic. Berkali-kali dia ke department, bertanya dan berbincang, masih belum ada jawapan yang melegakan hatinya.

Mid-Semester Exam baru-baru ni, pencapaiannya agak kurang memberangsangkan membuatkan cita-citanya semakin kabur. Namun, dia tidak pernah mengaku kalah. Baginya, biarlah dia berusaha selagi boleh kerana antara sifat seorang mukmin itu ialah tidak mudah berputus asa.


http://2.bp.blogspot.com/_CJW5TC3dK9Q/S7B6jYf2zNI/AAAAAAAABGA/3J-98W88f44/s1600/cara-belajar-leap-camp.jpg

Rupa-rupanya, bukan saya sahaja yang sedang diuji. Saya bertambah yakin dengan janji Allah, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah, 2:286), dan segala yang berlaku itu adalah terbaik buat diri hamba.

Doakan yang terbaik buat saya dan rakan-rakan yang menghadapi semester akhir di CFS IIUM ini.

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, 2:216)

2013/03/09

8 MAC 2008: 5 Tahun Sudah Berlalu


Peristiwa yang bersejarah ini masih lekat di ingatan. Waktu itu saya berada di Tingkatan 4, belajar di SMKA Kedah. Disebabkan dewan sekolah dijadikan sebagai pusat mengundi bagi PRU12, kami dibenarkan untuk pulang ke kampong halaman.

Dalam keluarga saya waktu tu cuma saya sahaja yang belum layak untuk mengundi. Maklumlah, masih muda. Hehe. Tapi hanya seorang sahaja kakak saya yang pulang ke rumah untuk menjalankan tanggungjawab mengundi.

Malam keputusan nak diumumkan tu, kakak saya dah nak pulang ke KL kerana esok hari bekerja. Kami sekeluarga menanti setiap keputusan di setiap negeri dengan penuh debaran. Saya pun apa kurangnya, bersemangatla jugak.

Sambil-sambil menunggu di hadapan kaca TV, abang yang berada di KL selalu meng’update’ keputusan yang dia peroleh dari internet dengan kami. Katanya, internet lagi cepat dapat keputusan dari TV. Mungkin orang-orang kat TV terkejut besar dengan keputusan yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.

Kami tak lekang menonton TV, menunggu keputusan di Kedah.

Sehinggalah last-last minit sebelum nak keluar pi hantar kakak di Stesen Bas Shahab Perdana, barulah tiba saat pengumuman keputusan PRU12 di Kedah.

Semua menanti penuh debaran. Saya juga berdebar.

Akhirnya…


TAKBIR!!!

Alhamdulillah PR menang besar di negeri Kedah! Melompat kami kegembiraan sebaik mendengar keputusan tersebut.

Hati berasa sangat terharu dengan keputusan ni. Ditambah pula dengan kemenangan PR di negeri-negeri lain. Rasa bersyukur yang tak terhingga kepada Allah SWT.

5 tahun sudah pun berlalu. Kenangan tersebut masih kekal dalam ingatan saya. Semoga PRU13 kali ini juga memberi tsunami besar kepada pemerintahan negara, meninggikan martabat Islam di Malaysia.

Undilah pihak yang mahu memartabatkan Islam. Bersama Menerajui Perubahan.

2013/02/16

KENAPA mesti ada TAKLIFAT?

Bismillahirrahmanirrahim.

Selalunya dalam mana-mana program tamrin, pasti ada taklifat-taklifat yang diberikan oleh unit Disiplin & Ibadah. Pernahkah antum terfikir mengapa perlu ada taklifat? Adakah ia hanya sebagai pelengkap sesebuah program tamrin? Atau mungkin untuk memenuhkan tentative yang kosong?

Sebenarnya taklifat yang diberikan ada ibrahnya. Suka untuk ana share sesuatu yang ana dapat dari sebuah kitab yang diberi judul Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah karangan Sheikh Dr. Fathi Yakan. Dalam bahagian ketiga ada ditekankan tentang bekalan para dai’e.

Sebagai dai’e, kita tidak lari dari menghadapi jalan dakwah yang panjang dan berliku. Dalam menghadapi cabaran ini, kita perlu kepada suatu bekalan yang akan menentukan keteguhan pendirian kita dalam perjuangan ini. Bekalan yang dimaksudkan ialah pertolongan dan bimbingan dari Allah SWT.

Jika kita singkap kembali sirah Rasulullah SAW, kita dapati baginda yang merupakan seorang nabi yang ma’sum masih menjaga hubungan erat dengan Allah SWT. Allah membimbing baginda dengan pendidikan yang terbaik antaranya melalui peristiwa di Gua Hira’.

Dengan tarbiyyah sebegitu, baginda memperoleh ciri dan sifat yang membolehkannya memikul amanah menyampaikan risalah dengan ciri sebaik-baik umat untuk diikuti oleh manusia seluruhnya.

Sebagai dai’e, kita juga memerlukan bekalan yang dimaksudkan tadi. Ana suka untuk membawa satu hadis Rasulullah berkenaan perkara ini. Baginda bersabda kepada Abi Zar RA dalam nada pertanyaan.

لو أردت سفرا أعددتله عدة؟ قال: نعم قال: فكيف بسفر طريق القيامة؟ ألا أنبئك بما ينفعك ذلك اليوم؟ قال: بلى بأبي أنت وأمي يا رسول الله، قال: صم يوما شديد الحر ليوم النشور وصل ركعتين في ظلمة الليل لوحشة القبور وحج حجة لعظائم العمور وتصدق بصدقة على مسكين أو كلمة حق تقولها أو كلمة شر تسكت عنها.

“Sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?” Jawab Abu Zar: “Ya!” Sabdanya: “Bagaimana pula dengan pengembaraan menuju hari qiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari tersebut?” Jawab Abu Zar: “Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku.” Mendengar jawapan Abu Zar itu baginda pun bersabda: “Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan, sembahyanglah dua raka’at di tengah gelap-gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur, tunaikan haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar (yang menanti), hulurkan sedekahmu untuk si miskin, ungkapkanlah senantiasa kalimah yang benar, diam dan hindarkanlah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yang tercela dan buruk.”

Justeru, kita perlulah menyediakan diri dengan sebarang bekalan yang boleh mendapatkan pertolongan dari Allah SWT di sepanjang jalan dakwah ini. Dekatkan diri denganNya, luangkan masa bersamaNya, mohon pertolongan dariNya. Moga-moga Allah mudahkan jalan menuju redhaNya.

Jadi sekarang antum dah faham mengapa perlu ada taklifat? Sebenarnya taklifat bukan hanya di program tapi kita perlu amalkannya sepanjang hidup. Jom beramal!

2013/02/10

TAK JAUH tapi LAMA GILA!



Bismillahirrahmanirrahim.

09 Februari 2013

10.35 malam
Saya buka laptop, prepare item-item yang diperlukan untuk satu mesyuarat yang nak dibuat esok.

11.43 malam
Mata dah mengantuk sangat2 dah, sampai terlelap depan laptop.

11.46 malam
Habiskan ayat terakhir, save file, dan shut down.

11.47 malam
Letak kepala teruih tidoq lena.

12.02 pagi
Tiba-tiba terjaga sebab terkejut dengar bunyi letupan kuat. Bunyi apa??

Sepang Gold Coast
Hari ni hari sambutan Tahun Baru China bagi mereka yang beragama Buddha. Kebetulan kali ni cuti lama sampai empat hari, jadi saya buat keputusan untuk balik ke rumah kakak di Sg. Pelek, kat area Sepang.

Saya bertolak dari CFS pukul 11.00 pagi, naik bus, LRT sampai ke KL Sentral. Dari KL Sentral pula ambil bus ke LCCT sebab kakak dah janji nak ambik dari sana saja, sebab dia kerja kat situ dan hari tu dia kerja separuh hari.

Dah sampai, kami pi makan, shopping sikit, pastu teruskan perjalanan balik ke rumah. Sampai di satu tempat, lebih kurang 4 km lebih lagi nak sampai, ada traffic jam pulak. Panjang giler kereta beratur sebab kat situ jalan satu lorong ja.

Tunggu punya tunggu, nampakla ada beberapa kereta yang lalu dari arah bertentangan buat isyarat kata ada kemalangan kat depan tu, pastu kereta tak boleh lalu, dan depa suruh patah balik ikut laluan lain. Waktu tu dalam pukul 4.00 petang macam tu.

Time tu rasanya kemalangan tu baru ja berlaku sebab kami sempat mula beratur dekat tengah2 line, taklah jauh sangat dari puncanya. Tapi disebabkan rasa lapaq yang amat sangat dan waktu tu tak solat Zohor lagi, kami buat pusingan U, pi cari masjid nak solat dan isi perut dulu.

Dah lama makan, sampai perut dah tak boleh nak isi lagi dah sebab penuh sangat2, kami teruskan perjalanan. Waktu tu dah pukul 7.00 malam. Kami ikut laluan yang sama ja la sebab memang tu jalan yang paling dekat nak sampai rumah.

Jalan punya jalan, ingatkan traffic dah ok, tengok2 jam tu tak habis lagi. Disebabkan dah dekat nak malam, kami proceed ja guna laluan tu walaupun keta memang sangat banyak dan dok beratur panjang sampai ke belakang.

Dengan penuh kesabaran, kami harungi jugak ujian tu dan akhirnya Alhamdulillah sampai di rumah lebih kurang pukul 9.00 malam. Kalau nak diikutkan masa perjalanan saya dari keluar CFS sampai ke rumah tu, rasanya dah lebih dari cukup sama perjalanan dari KL ke rumah terchinta di Kedah.

Hmm…mandi, makan, solat, mengaji, tengok tv sat sampai dah mengantuk. 10.30 malam naik atas, masuk bilik, prepare untuk meeting online esok sampai terlelap, tidoq sat, pastu tiba-tiba terjaga. Pasai apa pulak dah?

Sebenaqnya saya terkejut dengaq bunyi letupan yang saaaangat kuat dan baaaanyak di sekeliling rumah ni. Maklumlah kawasan perumahan 1Malaysia, esok pula Tahun Baru China. Jadi jiran2 pakat dok bakaq mercun dan bunga api la.


Disebabkan rumah depa tu dekat2 saja dan ramai pula, macam2 bunyi dan kekuatan yang saya dengaq. Macam mana nak lena. Jadi saya mangkit sat, zikir2 sikit, lebih kurang qiamullail la, baguih jugak depa buat saya terjaga. Hehe.

Pastu ingatkan nak sambung tidoq sebab baru ja tidoq dalam 15 minit macam tu. Tapi bertambah rancak la pulak depa ni. Saya pun buat la post ni. Sebenaqnya bukan nak cerita pasal ni saja. Ada lagi ibrah lain yang saya nak kongsi.

Bila suasana macam ni, saya tak boleh tidoq 1) disebabkan bunyi yang kuat. 2) tiba-tiba saya rasa macam tak selamat. Agak2nya lah, macam ni lah kot apa yang saudara2 seIslam kita di negara2 yang bergolak rasa kan?


Sentiasa dalam ketakutan, kerisauan. Bila saya dengaq bunyi2 mercun ni saja pun dah rasa ketaq, apatah lagi depa yang dengaq bunyi2 bom betoi, senjata api, kereta kebal, jet pejuang. Mesti lagi gerun kan.

Pastu bayangkan jika kita alami apa yang depa sedang alami sekarang. Mungkin kita pun akan berada dalam ketakutan dan kerisauan jugak.

Saya bukan nak mendoakan kita jadi macam tu, na’uzubillahi min zalik. Tapi saya nak kita hayati keamanan yang Allah bagi pada kita rakyat Malaysia ni sebab tak mustahil nikmat ni Allah tarik balik suatu hari nanti.

Bila kita ni diberi nikmat macam ni, kita selalu lupa. Kononnya semua ni adalah hasil usaha kita sendiri sedangkan yang mengurniakan semua ni adalah Allah SWT. Dia cuma bagi pinjam keamanan ni pada kita semua.

Saya tak nafikan ada yang sedar dan bersyukur, tapi tak sedikit yang lupa dan kufur pada nikmat ni. Cuba lihat apa yang masyarakat hari ni buat. Gejala negative berlambak2, hiburan melampau2, maksiat berleluasa, kes zina meningkat saban tahun. Ni lah antara tanda kita tak bersyukur dengan nikmat ni.

hiburan melampau
anak haram bercambah

Saya bukanlah baik sangat nak cerita pasal ni, tapi sekurang2nya saya ada kesedaran, dan saya nak semua orang sedar jugak akan hakikat kebenaran ni.

Allah Ta’ala boleh ja nak bagi bala’ pada kita, tapi Dia msih sayangkan kita, dan kita pulak mestilah tak mau dapat bala’ kan? Andai ada ramai ulama’ sekalipun kat sesebuah tempat tu, tapi jika masih ada orang yang kufur, Allah akan turunkan jugak bala’ pada tempat tersebut jika Dia kehendaki.

tsunami di acheh 2004

Saya tak suka nak cerita panjang2, cukuplah sekadar 2 page dalam MS Word ni, dengan harapan ada yang sedar dan bersyukur dengan nikmat kemanan dan kelapangan yang Allah bagi ni.

Berbalik pada isu saudara2 seIslam kita yang dok perang di luaq sana tu, jomlah kita elakkan dari guna barang2 dari syarikat yang menyokong mereka yang menindas masyarakat Islam di negara2 tersebut.

Antara syarikat yang saya dengaq kawan2 yang pi satu forum di kampus baru2 ni habaq ialah McD, KFC, Nestle, dan L’Oreal. Betoi la kot macam ni eja dia.


Dan sama2 lah kita doakan saudara2 kita di sana agar kuat dan tabah, dan doakan moga Islam akan mencapai kemenangan sehingga dapat mengembalikan Khilafah Islamiyah yang dah lama jatuh sejak tahun 1924 lagi. TAKBIR!!!

1.20 pagi
Save file, sambung tidoq. /[*(^_^)*]\