2012/04/04

GenerasiKu


Dah bersarang nampaknya blog saya ni. Tarikh update terakhir: Khamis, 16 Februari 2012. Maklumlah, agak sibuk sebenarnya akhir-akhir ni. Persoalannya, sibuk sangat ke???

Baru-baru ni saya bersama-sama 3 orang rakan yang bolehlah dikatakan agak rapat, sebab satu kelas, makan sambil lepak-lepak kat kafe mahallah. Sembang punya sembang, keluarlah satu perkongsian tentang video terbaru, waktu tu la, yang diupload ke youtube. Mungkin korang pun dah tengok video ni. Tajuk video ni adalah MY GENERASI.



Sengaja saya kongsikan dengan korang di sini. Mengimbau kenangan waktu zaman kecik-kecik dulu, sangat best! Inilah generasi 80-90an. Ataupun yang orang sebut generasi Y.

Bila fikir-fikir balik sebenarnya banyak sangat perbezaan antara generasi masa dulu dengan generasi sekarang. Kalau dulu main batu seremban, tuju tin, toi dan aci ligan, budak-budak sekarang main PSP, Angry Bird, Counter Strike, Fast and Furious… Jarang sekali nak jumpa permainan-permainan tradisi tu lagi melainkan di kampung-kampung.

Apa masalahnya kalau keadaan dah berubah? Sekarang kan zaman teknologi, kenalah ikut peredaran zaman.

Ya betul. Tapi perlu ada batasannya. Nak main apa tak kesah tapi yang penting kena bergaul juga dengan masyarakat dan kawan-kawan yang lain. Jangan asyik terperuk je depan desktop. Sekali sekala lakukanlah aktiviti luar rumah pula. Keluarkan toksik-toksik yang ada pada lapisan kulit melalui peluh. Jangan pula sampai tak kenal jiran sebelah rumah sendiri.

Lepas generasi Y, generasi apa pula? Z ke? Lepas Z? Wallahua’lam.

0 comments: