2014/01/09

Applied Chemistry :: Macam Best Je :: Apakah?

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTu9_wxZ1cPC7rXzgXR0eQnqWasoewiSXiYBHoW7xkqhzeaAtU06g
Ya Allah…dah bersawang rupanya blog ni! Hehe

Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada Nor Shahida yang menghantar emel bertanyakan tentang bidang Applied Chemistry ni. Barulah timbul kerajinan nak cuci sawang ni. Jom kita cuci!

Alhamdulillah selesai satu semester di Kuantan. Sem yang amat mencabar, banyak benda baru yang saya belajar. Awal-awal masuk tempat baru macam biasalah, seperti kera masuk kampung. Dah habis satu sem ni, insyaAllah dah makin expert. Tapi bab jalan, jangan tanyalah, tak cukup explore lagi satu Kuantan ni!

http://1.bp.blogspot.com/-YvGkV6iWPek/T2_JXEGvGsI/AAAAAAAAARk/rNy5KaImONw/s1600/25032012435.jpg

Kali ni, saya nak cerita serba sedikit tentang bidang Applied Chem. Di UIA Kuantan, program ini adalah program terbaru bagi kemasukan September 2013, termasuk satu lagi bidang baru yang lain iaitu Physics. App Chem bernaung di bawah Department of Chemistry, Kulliyyah of Science (KoS). KoS setakat ni menyediakan empat program iaitu Biotechnology, Computational & Theoretical Science (CTS), Applied Chemistry, dan Physics, dan insyaAllah akan ditambah lagi pada kemasukan yang akan datang, September 2014. Jom kita nantikan!

SUBJEK

Program empat tahun sepenuh masa ni termasuklah lectures, labs, concentration, internship, dan final year project. Di UIA, setiap pelajar dikehendaki mengambil subjek-subjek yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

  1. University Required Courses
  2. Kulliyyah Required Courses
  3. Department Required Courses

University Required Courses adalah subjek-subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar UIA, tidak kira bidang pengajian apa sekalipun. Kulliyyah Required Courses adalah subjek-subjek khusus yang ditetapkan oleh Kulliyyah masing-masing. Department Required Courses pula yang ditetapkan oleh department. Contohnya pelajar App Chem, wajib ambil subjek yang dah ditetapkan oleh UIA, Kuliyyah of Science, dan Department of Chemistry.


Subjek yang paling banyak sudah tentulah yang ditetapkan oleh department sebab pihak department lebih tau subjek apa yang perlu diambil oleh pelajar untuk bidang pengajian tersebut. Jangan risau, subjek banyak pun, ada 4 tahun untuk dihabiskan.

Antara subjek yang khusus untuk pelajar App Chem ialah Organic Chemistry, Inorganic Chemistry, Mathematics for Chemists, Analytical Chemistry, Physical Chemistry, Polymer Chemistry, Natural Product Chemistry, Environmental Chemistry, Organometallic & Bioinorganic Chemistry, dan macam-macam ‘Chemistry’ lagi la. Nak cerita lebih pun xtau sebab banyak yang belum belajar lagi.

Biasanya untuk setiap subjek akan ada lecture dan lab. Waktu awal sem dulu, lab ada setiap minggu, dan setiap subjek yang namanya ‘Chemistry’ tu ada lab session. Kalau nak dibandingkan dengan pelajar-pelajar dari program lain di KoS, kamilah yang paling banyak lab waktu awal sem dulu. Sebab tu lah kami antara yang ‘pergh’ sibuk dalam KoS. Kata lecturers, “biar kita habis lab awal, nanti hujung-hujung boleh fokus pada exam.”

http://wallpoper.com/images/00/34/34/72/chemistry_00343472.png

CONCENTRATION COURSES

Saya ada sebut tentang concentration di awal sub-topik di atas. Concentration ni adalah kepekatan, err, ataupun major subjek yang kita akan ambil di tahun 3 pengajian. Di UIA Kuantan, pelajar App Chem disediakan dengan tiga pilihan concentration iaitu:

  1. Halal Haram Chemistry
  2. Occupational Safety and Health Management
  3. Medicinal Chemistry

Secara ringkasnya, Halal Haram Chemistry lebih fokus kepada food ingredients and processing, antaranya termasuklah emulsifiers, flavours dan fragrance yang ada dalam makanan. Occupational lebih kepada industrial seperti hygiene dan toxicology. Medicinal pula lebih kepada hal-hal berkaitan kesihatan seperti drug interactions dan medicinal plants. Concentration courses ni akan diambil bermula pada sem 2 tahun 3 sehinggalah ke tahun 4. Boleh pilih satu concentration saja ya.


Huu…itulah serba sedikit tentang bidang Applied Chemistry di UIA Kuantan. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya, jangan segan-silu, tinggalkan komen di bawah atau emel saya di hakimahismail92@gmail.com.

Selamat beristirahat! (^_^)//

5 comments:

Anonymous said...

applied chemistry ni dari asasi sains hayat ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Nak tanya, bagaimana dengan peluang pekerjaan ? and ape jenis pekerjaan yg boleh diceburi ? Thanks !

nursyahidah mohamad said...

Peluang pkerjaan ntuk kos ni??

naqib malem said...

Assalamualaikum... Nak tanye... Bidang app chem ni... X de pluang nak sambong phd ke... Sbb kat uni yg lain saye tgk x de pon diberi pluang utk sambong phd... Dan.. Nak tanye brape bayaran setahun utk course ni.. Lagi.. Ape subjek university required course... N... Besar x pluang pekerjaan utk bidang ni

Cik Kim said...

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih atas soalan-soalan yang telah diberikan. Saya cuba menjawab kesemua soalan.

1. Adakah Applied Chemistry dari asasi Sains Hayat?
Bagi pelajar asasi UIAM, terdapat dua aliran asasi yang boleh memohon bidang ini iaitu Sains Hayat atau Sains Fizik.

2. Apakah peluang pekerjaan bagi bidang ini?
Pemegang ijazah dalam bidang ini boleh memohon pekerjaan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Sains secara umum atau Kimia secara khusus. Antaranya ialah sebagai ahli kimia di syarikat atau organisasi kerajaan mahupun swasta, di mana bidang tugas adalah berkaitan dengan analisis bahan kimia, pemprosesan makanan, pembuatan daripada bahan neutral atau sintetik, kosmetik, farmaseutikal, Research and Development, Quality Control, pengurusan makmal dan sebagainya. Selain itu, mereka juga boleh memohon sebagai guru atau pensyarah Kimia atau Sains di institusi-institusi pengajian tertentu.

3. Adakah peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini?
Ada. Ada kalanya peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tidak diiklankan secara umum di laman web rasmi sesebuah universiti tetapi maklumat disebarkan dalam kalangan pelajar bidang yang berkaitan sahaja. Maklumat ini dikeluarkan daripada pensyarah-pensyarah universiti.

4. Berapakah bayaran setahun bagi bidang ini?
Yuran pengajian berbeza mengikut institusi pengajian. Anda boleh merujuk kepada institusi yang diminati untuk mengetahui lebih lanjut tentang yuran pengajian.

5. Apakah subjek yang perlu diambil bagi bidang ini?
Antara subjek yang perlu dipelajari ialah Organic Chemistry, Inorganic Chemistry, Analytical Chemistry, Physical Chemistry, dan Environmental Chemistry. Subjek-subjek lain yang berkaitan dengan bidang pengkhususan (concentration) juga perlu diambil.

Jika ada pertanyaan, emelkan ke hakimahismail92@gmail.com. InsyaAllah saya cuba menjawab soalan-soalan tersebut sekadar yang mampu. Terima kasih.