2013/06/24

"Korang ni PEL***R kan??"

Hari ini saya mula ulangkaji untuk peperiksaan MUET yang bakal saya duduki pada bulan Julai nanti. Perpustakaan awam di Alor Setar menjadi pilihan tempat belajar saya kerana sepi dari deruan kereta dan renovation di bangunan City Plaza sebelah ni.

Sebelum saya ke sini, saya sempat berjalan-jalan di sekitar kawasan pekan yang pada awalnya masih sunyi tapi kini sudah mula dipenuhi manusia muda belasan tahun yang sudah pulang dari sekolah.

http://4.bp.blogspot.com/-UsMj8Bv9M
40/UGrhpGhnEHI/AAAAAAAAF7
A/dXjGTk7Ru64/s1600/makan.jpg
Saya menyinggahi sebuah restoran untuk memenuhkan ruang kosong di dalam perut. Sambil melahap makanan yang sudah tersedia di atas meja, tiba-tiba datang seorang lelaki yang langsung tidak saya kenali menghampiri dan duduk di hadapan saya.

Saya kaget. Berseorang makan di restoran yang masih lengang, saya tenangkan diri, berpura-pura relax.

Dia mula menceritakan masalahnya. Tapi saya juga tidak faham apa yang dituturkannya. Berdasarkan pandangan saya, lelaki ini seperti sedang mabuk. Entah apa yang dikatakannya, saya hanya membalas kata-katanya dengan mendiamkan diri.

Cuma satu kata-katanya yang saya masih ingat.

“You kalau buka tudung ni pun, joget jugak kan?”

Pergh! Sindirannya sungguh mengena. Saya tidak mengiakannya, saya juga tidak menidakkannya.

http://3.bp.blogspot.com/_1x2iDimAUc8/TP
Tum8Tgr9I/AAAAAAAAACQ/vvevAfC
REWo/s1600/kartun-2.jpg
Jujur ingin saya katakan, memang ada segelintir wanita yang bertudung labuh bila tudungnya dicabut, joget juga. Ya, memang ada yang suka menari! Tapi tari-menari hanya pada tempatnya, bukan ikut daan saja.

Peristiwa seperti ini bukanlah kali pertama dalam hidup saya. Pernah sebelum ini, saya bersama rakan-rakan sedang makan di sebuah restoran sambil bersembang-sembang.

Tidak semena-mena, datang seorang wanita meminta wang RM1 daripada kami. Katanya hendak membeli makanan.

Belum pun sempat menunjukkan apa-apa reaksi, dia menyambung kata-katanya:

“Eh, korang ni pelacur kan? Pakai je tudung, tapi pelacur!”

Astaghfirullah alazim…

Bergoncang hati mendengar kata-katanya.

Tapi, macam mana mereka boleh berfikir sedemikian terhadap golongan seperti kami?

Saya merasakan mungkin ada di antara kita yang mempelopori fitnah terhadap kaum muslimah yang bertudung labuh sedikit berbanding orang lain. Mungkin benar ada yang bertudung litup tapi hakikatnya seorang pelacur! Na’uzubillah.

http://data.whicdn.com/images/28868788/0_large.jpg
Mungkin juga kerana sikap segolongan dari kita yang sukar untuk didekati masyarakat. Kita menganggap diri kita terlalu suci sehingga tidak boleh sesiapa pun mendekati kita.

Sahabat-sahabat, ingatlah. Dugaan seperti ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah Nabi Muhammad SAW lalui dalam misi menyampaikan dakwah pada sekalian manusia suatu ketika dahulu.

Tidak lengkaplah kehidupan seorang pendakwah jika tidak didatangi dengan ujian dan cabaran. InsyaAllah ujian-ujian seperti inilah yang akan menjadikan kita lebih kuat dalam menempuh ranjau di medan dakwah.


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, 29:2-3)