Hari ini
saya mula ulangkaji untuk peperiksaan MUET yang bakal saya duduki pada bulan
Julai nanti. Perpustakaan awam di Alor Setar menjadi pilihan tempat belajar
saya kerana sepi dari deruan kereta dan renovation di bangunan City Plaza
sebelah ni.
Sebelum
saya ke sini, saya sempat berjalan-jalan di sekitar kawasan pekan yang pada
awalnya masih sunyi tapi kini sudah mula dipenuhi manusia muda belasan tahun
yang sudah pulang dari sekolah.
http://4.bp.blogspot.com/-UsMj8Bv9M 40/UGrhpGhnEHI/AAAAAAAAF7 A/dXjGTk7Ru64/s1600/makan.jpg |
Saya kaget.
Berseorang makan di restoran yang masih lengang, saya tenangkan diri, berpura-pura
relax.
Dia mula
menceritakan masalahnya. Tapi saya juga tidak faham apa yang dituturkannya.
Berdasarkan pandangan saya, lelaki ini seperti sedang mabuk. Entah apa yang
dikatakannya, saya hanya membalas kata-katanya dengan mendiamkan diri.
Cuma satu
kata-katanya yang saya masih ingat.
“You kalau
buka tudung ni pun, joget jugak kan?”
Pergh!
Sindirannya sungguh mengena. Saya tidak mengiakannya, saya juga tidak
menidakkannya.
http://3.bp.blogspot.com/_1x2iDimAUc8/TP Tum8Tgr9I/AAAAAAAAACQ/vvevAfC REWo/s1600/kartun-2.jpg |
Peristiwa
seperti ini bukanlah kali pertama dalam hidup saya. Pernah sebelum ini, saya
bersama rakan-rakan sedang makan di sebuah restoran sambil bersembang-sembang.
Tidak
semena-mena, datang seorang wanita meminta wang RM1 daripada kami. Katanya
hendak membeli makanan.
Belum pun
sempat menunjukkan apa-apa reaksi, dia menyambung kata-katanya:
“Eh, korang
ni pelacur kan? Pakai je tudung, tapi pelacur!”
Astaghfirullah
alazim…
Bergoncang
hati mendengar kata-katanya.
Tapi, macam
mana mereka boleh berfikir sedemikian terhadap golongan seperti kami?
Saya
merasakan mungkin ada di antara kita yang mempelopori fitnah terhadap kaum
muslimah yang bertudung labuh sedikit berbanding orang lain. Mungkin benar ada
yang bertudung litup tapi hakikatnya seorang pelacur! Na’uzubillah.
http://data.whicdn.com/images/28868788/0_large.jpg |
Sahabat-sahabat,
ingatlah. Dugaan seperti ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan apa
yang telah Nabi Muhammad SAW lalui dalam misi menyampaikan dakwah pada sekalian
manusia suatu ketika dahulu.
Tidak
lengkaplah kehidupan seorang pendakwah jika tidak didatangi dengan ujian dan
cabaran. InsyaAllah ujian-ujian seperti inilah yang akan menjadikan kita lebih
kuat dalam menempuh ranjau di medan dakwah.
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya
tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, 29:2-3)
0 comments:
Post a Comment