2013/09/21

Kenapa Kimia Gunaan?

Selalunya, bila bersembang-sembang dengan senior yang ada di Kuantan ni, salah satu soalan yang menjadi suatu kemestian untuk ditanya ialah bidang yang saya ambil.

Course apa?”

Applied Chemistry.”

“Oh, course baru tu ea? Oh, batch korang dah bukak…”

“A’ah, first batch.”

“Oh… Best tak? Belajar apa ea?”

“Belajar Chemistry la. Organic Chemistry, Inorganic Chemistry, Mathematics, Physics…”

“Oh, bestnye!”

Kalau  ditanya tentang sebab mengapa kami memilih bidang ini, jawapan yang mungkin hadir hanya dua atau lebih.

  1. Sebab minat Chemistry.
  2. Sebab tak minat Biology.

Ops…betoi ka?

Kalau tanya saya, sebab yang pertama tu sangat valid. Sebab yang kedua tu pula agak kejam. Secara asasnya, saya bukanlah tidak meminati Bio, tapi kalau diberi peluang untuk memilih antara kedua-dua subjek ini, pastinya saya akan pilih Chemistry.

Dulu saya pernah bercita-cita nak jadi seorang ahli forensik. Maklumlah, banyak sangat tengok cerita CSI kat tv. Dan saya pernah suarakan hasrat saya ni pada mak saya. Pada mulanya dia macam berat nak benarkan sebab dalam tv tu asyik bekerja dengan mayat saja, tapi setelah saya menunjukkan minat saya yang betul-betul mendalam, barulah dia membenarkan.

Tapi, cita-cita saya nak jadi CSI ni berubah bila saya belajar di peringkat yang lebih tinggi. Tambahan pula, bila saya buat sedikit kajian dan pembacaan berkenaan bidang Sains Forensik ini di Malaysia, saya dapati peluang pekerjaannya sangat sedikit!

Ada mahasiswa yang dah habis belajar di bidang ini tapi tak boleh kerja sebagai CSI. Sebabnya sistem kemasukan yang berbeza dengan negara luar. Setahu saya, kalau nak jadi ahli forensik, kena masuk melalui Akademi Polis. Kebanyakan pelajar Sains pula berkaca mata. Orang yang rabun langsung tidak layak untuk menganggotai pasukan polis, walaupun hanya sebagai seorang ahli forensik.

Tapi itu cerita beberapa tahun dahulu. Saya pun tak pasti sama ada ianya masih kekal begitu ataupun sudah dipinda.

Applied Chemistry vs Pure Chemistry

Secara mudah, Kimia Tulen lebih fokus terhadap teori dalam Kimia manakala Kimia Gunaan lebih kepada aplikasi Kimia di lapangan. Mudahnya, saya bagi satu analogi.

Ada dua orang yang bernama A dan B di satu kedai makan. Mereka diberi semangkuk laksa dan diminta untuk menyediakan semangkuk laksa yang sama. A tahu dan faham resepi dan cara penyediaannya, tapi B tahu dan faham resepi dan cara penyediaannya serta mampu untuk memasak laksa yang sama.


Peluang Pekerjaan

Berdasarkan maklumat dan perkongsian yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah dan senior-senior berpengalaman kepada kami, peluang pekerjaan bagi bidang Kimia Gunaan ini sangat luas.

Pada masa sekarang, hampir kesemua industri dan bidang yang ada di negara kita memerlukan khidmat profesional dalam bidang Kimia. Contohnya, bidang perkapalan, perindustrian, pemakanan, pendidikan, pertanian, perikanan, perhutanan, dan banyak lagi.

Jadi, peluang pekerjaannya sangat luas! InsyaAllah, rezeki itu semuanya telah ditentukan olehNya. Kita hanyalah perlu berdoa dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk masa depan kita.

Pesanan saya, kalau nak pilih bidang yang hendak diceburi, pilihlah bidang yang paling diminati dan yakin boleh dibawa. Buat sesuatu yang kita tak minat sangat membosankan, tapi buat sesuatu yang kita suka dan minat sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika kita ikhlaskan niat kerana Allah.


Selamat sore! (^_^)

2013/09/06

Saya dah masuk Kuantan!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Ha, apa khabar semua? Dah lama sungguh saya tak update cerita-cerita baru di blog ni kan. Maklumlah, sepanjang cuti hari tu, susah sikit nak buka internet.

Baiklah, kali ni saya nak mulakan dengan cerita yang paling baru. Saya dah masuk ke UIAM Kuantan! Dan, bidang yang saya dapat…jeng, jeng, jeng…


Yea… Alhamdulillah. Dapat jugak apa yang saya minta hari tu. Kira rezeki la, batch kami cuma ada dalam 40 orang saja untuk bidang ni, dan kamilah batch pertama untuk bidang baru ni.

Hm, nak mai Kuantan ni bukannya dekat. Jauh gila dari Kedah nu. Petang 2hb naik bas dari Aloq Staq, 6 jam baru sampai KL. Singgah di rumah abang sat di Wangsa Maju dan tidoq di sana satu malam. Esoknya 3hb, pagi-pagi lagi dah kena keluaq bertolak ke Kuantan untuk pendaftaran.

Hari pendaftaran taklah penat sangat cuma sebab nak kena angkut barang dari parking ke mahallah. Saya dapat Mahallah Maimunah, dekat sangat dengan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Ditemani dengan 3 orang roommates yang mai dari serata ceruk, saya dapat compartment yang paling besaq! Hehe, depa pakat dok jeles kat saya.

3 hari pertama di sini, kami kena hadir Ta’aruf Programme. Memang standard la dengaq briefing tu, briefing ni. Tapi, bosan-bosan pun tetap kena dengaq sebab ni lah yang kami akan hadapi sepanjang 4 tahun di sini.

Hari terakhir Ta’aruf Programme, kami ada special briefing on Kulliyah. Dari Grand Hall, kami naik bas ke bangunan Kulliyah of Science. Jauh sangat ka sampai kena naik bas? Memang jauh. Kalau nak jalan tu memang boleh, tapi takut sampai-sampai satgi orang dah habis briefing pun.

Hari ni, ada Tilawah Placement Test (TPT) tapi saya tak payah pi pun sebab dulu dah lulus ujian ni di CFS. Jadi, ni lah masa untuk berehat sat sebelum mula kuliah minggu depan. Tak sabaq rasanya nak merasai kehidupan sebagai pelajar di sini.

Oh, ya. Kalau nak tau lagi pasal Applied Chemistry, insyaAllah saya akan cuba update dari masa ke semasa di blog ni. Buleh la share information penting dengan hampa kan.


Jumpa lagi, wassalam.