2013/10/24

Pilihanraya Kampus 2013

http://i.imgur.com/loxvl.png

Menghampiri PRK 2013 yang merupakan PRK kali pertama saya di UIAM Kuantan, saya mula memikirkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan PRK yang biasa saya dengar menjelang musim PRK.

Nak mengundi, mestilah kena tau info-info berkaitan PRK.

Antara yang hadir di minda ialah Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Saya yakin, masih ramai mahasiswa yang tidak mengenali siapakah Pro-M dan Pro-A, bagaimana cara mereka bergerak, apa dasar mereka dsb.

Saya mula mencari maksud Pro-M dan Pro-A melalui internet. Nak cari sumber buku, macam tak ada ja dalam rak. Berdasarkan sumber yang saya peroleh, inilah hasil yang saya ingin kongsikan dengan anda.

*****

SIAPA PRO-ASPIRASI?

Di sesetengah IPTA, nama gerakan ini sudah pun ditukar. Misalnya di UM, nama gerakan ini kini lebih dikenali sebagai Penggerak. Namun, semangat perjuangan dan matlamat gerakan ini tetap sama iaitu mendukung ASPIRASI universiti dan juga dasar-dasar oleh “the government of the day” yang berkait rapat dengan mahasiswa. Di USM sendiri misalnya, nama ASPIRASI begitu kuat dan telah mencapai banyak kejayaan dalam pilihanraya kampus khususnya selepas tahun 2000. Adakah aspirasi terus menjadi pilihan kerana prinsip perjuangannya yang sentiasa bersama dengan arus kepimpinan universiti dan pada masa yang sama tetap memperjuangkan agenda dan kepentingan para pelajar. Benarkah? Apakah sebenarnya ASPIRASI? Dan siapakah pula pendokong-pendokong PRO-ASPIRASI? Persoalan-persoalan ini sering ditanyakan malah menimbulkan perdebatan yang hangat dalam kalangan mahasiswa.

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS_QcwFz5-AKiQ4yCTD4hY4xL2I7fdBMGs_JOzIU16N3euGyOxE

Di UiTM khususnya, label aspirasi sememangnya utuh dan tidak asing lagi. Media arus perdana juga melabel kuat bahawa UiTM adalah tunjang PRO-ASPIRASI mahasiswa. ASPIRASI bermakna semangat. Tetapi di sebalik nama ASPIRASI itu sendiri, yang di gembar gemburkan oleh media arus perdana, amat jelas bahawa ia berkait rapat dengan agenda yang penuh tersembunyi. Bagi kalangan mahasiswa yang celik, tidak salah mendukung ASPIRASI kerajaan tetapi usah sesekali menyebabkan maruah mahasiswa tergadai. Mahasiswa harus memahami apa yang dimaksudkan dengan “maruah mahasiswa” itu sendiri kerana ia berkait rapat dengan corak pemikiran dan kelantangan idea yang telus tanpa memihak kepada mana-mana pihak. “Berani kerana benar, takut kerana salah.”

SIAPA PRO-MAHASISWA?

Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan ensitiv dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus-kampus. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2010/01/pro-m-uiam.jpg

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli (genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA! “Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!”

PRO-MAHASISWA mempunyai imejnya yang tersendiri iaitu:

1. INTELEK – Bertindak berdasarkan hujah yang benar dan tepat serta sentiasa analisis dan kritis dalam menilai sesuatu keadaan dan fakta.
2. RESPONSIF – sentiasa peka, ensitive serta mempunyai inisiatif dalam isu-isu yang berhubung dengan keintelektualan, kebajikan, dan kemaslahatan mahasiswa.
3. ENERGETIK – sentiasa lantang, bersemangat, aktif, tangkas, dan cergas dalam bertindak dan memperjuangkan isu-isu berhubung mahasiswa.


*****

Rasanya dah faham kot serba sedikit tentang Pro-M dan Pro-A. Bila dah tau, bolehla pilih mana yang berkenan di hati.

Pada PRK yang lepas, timbul masalah berkaitan sistem e-voting yang pertama kali dijalankan di UIAM sehingga menyebabkan pengundian semula terpaksa dilakukan. (Rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/13442-sikap-mahasiswa-dalam-isu-pilihan-raya-kampus-uia untuk info tambahan)

Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang lagi, PRK pada tahun ini kembali dijalankan menggunakan sistem pengundian manual, sama seperti proses pengundian dalam Pilihanraya Umum.

http://bm.malaysia-chronicle.com/media/k2/items/cache/7203dbca38bf6ab3f36ab578cc9ebeed_XL.jpg

Dalam PRK 2012, secara keseluruhannya Pro-A menguasai hampir keseluruhan IPTA kecuali UM, UKM, dan UIAM yang dimenangi oleh Pro-M. (Rujuk Analisis Keputusan Pilihanraya Kampus 2001-2013 di http://hasbiemuda.wordpress.com/2012/09/26/analisis-keputusan-pilihanraya-kampus-2001-2012/)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0ZgUYXMk7Tq84IpegEHq1igdPxckXQ1DrMcR5wSwDrTc49kh6zCW0IKrDpsbqdNctk-prh6QwH6KXStHXuwL49OvHFWrmsn2kTDQ3VxgtzQj2icZ5SAovPkyEIJ03wYMCc0-5hkIlE9o/s1600/image.jpg

Namun, ada beberapa perkara yang masih menimbulkan tanda tanya kepada saya.
  • PRK pada musim midsem exam. Saya sendiri ada exam pada 30hb, tarikh PRK di UIAM.
  • PRK pada hari kuliah. 30hb tidak diisytiharkan sebagai hari cuti.

Suasana PRK di UIAM Kuantan kali ini sangat sepi. Mungkin faktor di atas memberi sumbangan besar kepada keadaan ini.

Walau bagaimanapun, pengundian tetap perlu dilakukan untuk memastikan kerusi-kerusi yang dipertandingkan diberikan kepada calon yang paling layak, supaya kebajikan para pelajar dapat dijaga dengan sebaiknya.


Saya pilih untuk mengundi. Anda bagaimana?


0 comments: