Bismillahirrahmanirrahim.
Malam ini saya nak menulis lagi. Bermakna ada
isu menarik yang saya ingin ketengahkan bersama.
Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam tadi dimulakan
dengan berita tentang kemalangan maut yang telah meragut 7 nyawa di Perak,
sejam sebelum detik tahun baru 2012 bermula. Sedih dan pilu juga kerana
mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia masih muda, berumur dalam lingkungan
17-22 tahun. Takdir Allah SWT telah menetapkan bahawa hidup mereka begitu
singkat. Bagaimanalah pula dengan kita?
Saya tertarik kepada laporan berkenaan sambutan
tahun baru di seluruh negara. Di Dataran Merdeka dan I-City Shah Alam, berpuluh
ribu orang yang hadir bagi menyambut kedatangan tahun baru 2012. Pelbagai
lapisan masyarakat yang hadir semalam. Ada yang datang bersama keluarga,
kawan-kawan, mahupun pasangan kekasih. Masing-masing memenuhkan ruang di
kedua-kedua tempat tersebut.
Bukan hanya rakyat biasa yang hadir, beberapa
orang menteri turut menjayakan dan meraikan sambutan tersebut.
Sebenarnya, apa yang ada pada sambutan begini
sehinggakan begitu ramai yang hadir?
Perkara yang menjadi keutamaan bagi memenuhkan
acara sementara menunggu ketibaan tahun baru semestinya adalah rangkaian
lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi tempatan. Biasanya lagu ini
adalah lagu yang melalaikan.
Saya begitu tertarik apabila melihat wajah
barisan menteri juga turut sama bernyanyi, menari ke kiri dan ke kanan, dan bersuka
ria dalam rakaman sambutan tersebut.
Tiba-tiba saya terfikir.
Beginikah sikap orang yang sedang dan mungkin
akan terus memimpin masyarakat dan negara saya?
Apa yang mereka tahu adalah berhibur, berhibur,
dan berhibur. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja perayaan atau sambutan
yang mereka anjurkan.
Salahkah nak berhibur?
Hiburan memang tiada salahnya. Tetapi sekiranya
ia sampai boleh melalaikan dan membazirkan wang sahaja, lebih baik ia
ditinggalkan.
Ini kata saya:
Saya tidak mahu dipimpin oleh golongan yang
hanya mementingkan keseronokan jasadiyah tetapi meminggirkan keseronokan
ruhiyyah.
Saya tidak suka dipimpin oleh golongan yang
hanya mementingkan pangkat dan harta kekayaan sehinggakan gejala rasuah mahupun
seks bebas masih berleluasa.
Saya juga benci melihat negara saya semakin
maju kerana kemajuan yang dikecapi hanyalah maju teknologi tetapi minda,
pemikiran serta nilai Islamikanya masih di takuk lama malah semakin mundur.
Media sebenarnya memainkan peranan yang amat
penting dalam jiwa pemimpin mahupun sesiapa sahaja yang inginkan publisiti. Di
mana ada media, di situ ada menteri. Di mana ada menteri, di situ ada media.
Pendek kata, media dan menteri memang tak dapat dipisahkan.
Zizan Raja Lawak |
Setahu saya, semalam di SACC Mall, Shah Alam
ada satu sambutan tahun baru yang lain sikit daripada sambutan di I-City. Ada
sesi bual bicara antara Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak sementara
menanti detik 12 malam. Lebih kurang 7 ribu orang juga yang hadir. Saya rasa
berita ini lebih hangat daripada berita di I-City. Tapi, seperti yang saya
katakan di atas, media tak dapat dipisahkan daripada menteri. Mungkin kerana tiada
menteri yang datang, tiada media yang sudi untuk membuat liputan.
Kalau anda rasa saya sedang berkempen sempena
pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi, anda silap. Saya hanya
menyatakan ketidakpuasan dan kesedihan hati terhadap pemimpin-pemimpin di
negara saya.
Kalau anda rasa isi yang saya nak sampaikan
kali ini berbelit-belit, anda bijak kerana saya sudah mengantuk dan sudah mahu tidur. Selamat malam. :)
0 comments:
Post a Comment