Ketika pulang
dari satu kem yang memerlukan perjalanan pulang selama satu jam, saya duduk di
bangku sambil menunggu ketibaan LRT. Di sebelah saya, seorang mak cik tukang
sapu yang duduk berehat seketika kerana penat menyapu di bulan puasa.
“Mak cik
duduk jap. Letih.. Biasalah bulan puasa ni. Selalu kalau hari biasa tak macam
ni. Maklumlah kerja dari pagi sampai petang. ”
“Takpe mak
cik. InsyaAllah pahala banyak. Tambah-tambah bulan puasa ni.”
“InsyaAllah
amin. Nak ke mana ni?”
“PJ.”
“Dulu mak
cik pun macam ni lah. Belajar kat sekolah pondok.”
“Pondok
mana tu mak cik?”
“Dekat
kampung.”
LRT yang
menghala ke arah bertentangan tiba.
“Dulu mak
cik pun pakai macam ni. Tapi sekarang ni tak bolehla sebab kerja. Handsock ni
pun mak cik pakai sebab mak cik takut. Tengok orang lain biasa je sinting
lengan baju yang dah pendek pun.”
“Betul lah
tu mak cik.”
“Mak cik
tak berani nak bukak handsock ni. Seluar ni pun sebab terpaksa.”
“Takpe mak
cik. Asalkan tutup aurat dah cukup.”
“Anak-anak
mak cik pun mak cik hantar semua ke sekolah agama.”
LRT yang
dinanti-nanti tiba.
“Ok lah mak
cik. Minta diri dulu.”
“Ok.
Hati-hati.”
Kami
bersalaman dan saya mencium tangannya. Sepanjang perjalanan, terngiang-ngiang
dialog antara kami yang tak sampai 5 minit pun. Saya berfikir dan berfikir. Ya,
ini bukan soal aurat lagi!
Saya yakin
ramai yang sudah tahu tentang batas-batas aurat lelaki dan perempuan. Tetapi
belum cukup ramai yang mahu melaksanakan apa yang telah diperintahkan. Ya, ini
bukan soal tahu tetapi mahu!
Tetapi saya
lebih suka melihat kepada konteks yang berbeza. Faktornya bukan pada kefahaman.
Dalam situasi tadi sebagai contoh, mak cik tersebut faham tetapi beliau tidak
mampu menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
Bagaimana?
Peraturan
pemakaian kemeja berlengan pendek ditetapkan oleh pihak tertinggi syarikat.
Semua pekerja tidak kira lelaki mahupun perempuan wajib mematuhi peraturan
tersebut. Perkara sebegini menjadi sedikit sukar terutama kepada mereka yang
mengetahui konsep aurat dalam Islam.
Seharusnya,
pihak pentadbiran syarikat tersebut memahami keperluan bagi seorang Muslim dan
Muslimah lebih-lebih lagi di negara majoriti umat Islam ini. Namun, lain pula
jadinya bila peraturan yang sudah ditetapkan bercanggah dengan etika pemakaian
dalam Islam.
Bagi yang
benar-benar memahami konsep aurat ini tidaklah sukar untuk mereka mencari jalan
keluar dari masalah ini. Lain pula bagi mereka yang tidak memahami dengan
betul, mereka tidak dapat lari dari bergelumang dengan dosa saban hari.
Tidakkah
kita peka dengan masalah ini?
Sewaktu
penjajah menjajah Tanah Melayu, mereka bukan hanya menjajah fizikal kita bahkan
mental dan rohani. Bagaimana setelah sekian lama perjuangan memerdekakan Tanah
Melayu yang mengorbankan ribuan nyawa umat Islam akhirnya berakhir hanya dengan
menandatangani perjanjian?
Pernahkah
anda terfikir?
Saya tidak
mahu mengupas dengan lebih mendalam isu ini. Saya yakin masing-masing punya
pandangan yang mungkin juga bercanggah dengan apa yang bermain di fikiran saya.
Serangan
pemikiran yang dilakukan sejak dahulu sehingga ke hari ini oleh golongan yang
menentang Islam sudah menampakkan hasil yang memuaskan. Lihat sahajalah di sana
sini, pengaruh budaya hitam menular dalam kalangan anak-anak muda Islam.
Hiburan
melampau. Batas pergaulan tak dijaga. Zina berleluasa. Macam-macam masalah
sosial berlaku.
Dalam kisah
di atas pula, kita dapat lihat bagaimana serangan tersebut terbawa-bawa
sehingga ke penetapan peraturan pemakaian sebuah syarikat. Mereka menganggap
pakaian yang dianjurkan oleh Islam begitu kolot dan tidak kena dengan skop
kerja mereka.
Hasilnya,
peraturan pemakaian kemeja berlengan pendek dan seluar panjang ditetapkan.
Ianya tampak biasa tapi menjadi isu besar jika diselusuri dengan lebih
mendalam. Ia membuktikan bahawa golongan yang menentang Islam sudah pun berjaya
menawan hati masyarakat Islam.
Wahai
saudara-saudara Muslimku. Sedarlah dari terus dibuai mimpi indah mainan tidur.
Masih banyak yang perlu kita lakukan. Di negara-negara lain, umat Islam
ditindas, diserang secara fizikal.
Ingatlah
saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Thailand, Myanmar, Afghanistan, di
seluruh pelusuk dunia. Jika tidak ditindas secara fizikal, mental pula yang
dituju.
Bangkitlah
wahai umat Islam! Sedarlah dari lamunanmu! Jangan biarkan umat Islam tewas!
Jauhi ancaman-ancaman luar yang membinasakan!
Moga Islam
akan mencapai kemenangan dan kegemilangan sehingga ke akhirnya.
11:20
AM
31/7/2012
3 comments:
Hello semua,
Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya mula jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menghubungi Encik Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jenis Kelamin: .........
3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Telefon: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Yang tapak adakah anda di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
Derek Email osmanloanserves@gmail.com
Halo,
Ini untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.
Notis!! Notis!! Notis!!
Adakah anda ingin membiayai semula perniagaan anda? Adakah anda memerlukan pinjaman Dalam Talian yang tulen untuk mendapatkan Bil anda? Memulakan perniagaan baru? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? atau Pinjaman Perniagaan, Mohon pinjaman cepat dan mudah untuk memulakan pembiayaan baharu projek anda pada kadar faedah termurah 1.5%. Hubungi kami melalui e-mel:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
PERKHIDMATAN KAMI
* Pinjaman Rumah
* Pinjaman Kenderaan
* Pinjaman Gadai Janji
* Pinjaman Perniagaan
* Kenderaan Kewangan
* Pinjaman peribadi
Adakah anda memerlukan sejumlah besar modal untuk memulakan cadangan atau pengembangan perniagaan anda? Adakah bank atau broker menolak Permohonan Pinjaman kerana Skor Kredit Rendah atau Kekurangan Cagaran? Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami untuk kemungkinan kerjasama perniagaan. Kami menawarkan perkhidmatan pinjaman terjamin untuk kedua-dua warganegara dan bukan warganegara.
Hubungi kami hari ini melalui e-mel: [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
Post a Comment