Ketika karangan
ini ditulis, perut terasa lapar yang teramat, roommates semua tiada di bilik,
hanya saya menanti kiosk dan kafe dibuka semula.
Bila disebut
tentang ujian hidup, ramai yang dah biasa dengar. Mungkin selalu tonton
rancangan Imam Muda di Astro dan tertarik dengan lagu yang merakamkan vokal-vokal
peserta musim ke-2 rancangan itu. (Haha..mengarut).
Ketika sahabat-sahabat
Pre-Medic yang lain sibuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke Kuliyyah
of Medicine (KOM), Kuantan Campus, saya hanya mampu tersenyum. Senyum kerana
bangga dengan mereka yang layak meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang
doktor.
Berlainan dengan
saya, diberi 3 pilihan untuk menyambung pengajian sama ada di bidang Allied
Health Sciences, Bioscience, atau Nursing. Sukar menerima kenyataan yang saya
sudah duga sejak awal lagi. CGPA yang rendah tidak cukup membawa saya untuk bersama
dengan rakan-rakan ke KOM.
Namun, 3
pilihan sudah cukup banyak bagi saya kerana cabangnya sangat luas. Allied
sahaja mempunyai 6 kursus pengkhususan; Dietetic, Radiography, Audiology,
Optometry, Physiology, Biomedical. Bioscience pula dua; Biotechnology dan Applied
Chemistry.
Setelah diberi
pilihan yang tiga ini, saya perlu membuat pemilihan berdasarkan minat dan
kecenderungan yang ada pada saya. Dengan hanya diberi masa beberapa minit untuk
berfikir, saya membuat keputusan untuk memilih Applied Chemistry dengan
mengambil borang Bioscience.
Saya maklumkan
perkara ini kepada mak melalui telefon.
Saya : Mak, cek tak boleh ambik Medic, pointer
tak cukup. Depa bagi cek pilihan, lepas tu cek pilih Kimia. Takpa dak mak?
Mak : Ha? Oh…ikut adik la nak ambik apa. Adik
yang nak mengaji.
Saya : Dak la, kot la mak tak bagi ka…hehe…lepas
tu, borang pi Mesir hat under kementerian keluaq dah.
Mak : Habis tu nak pi ka?
Saya : Tak tau. Cek habaq ja. Sebab nak pi tu
kena guna duit sendiri dulu. Hm, takpalah. Nantila dulu bincang dengan abang
tengok.
Mak : Hm, nanti la tanya abang dulu lagu
mana.
http://luluvikar.files.wordpress.com/2006/08/alazhar-cairo.jpg |
Keesokan pagi,
lebih kurang pukul 7.00 pagi, mak tiba-tiba telefon. Nasib baik saya tak tidur
lepas Subuh hari tu. Hehe…
Mak : Ni bapak nak cakap.
Saya : OK
Bapak : Awat pasai apa, pointer tak cukup tak
boleh sambung Medic ka?
Saya : Hmm…macam tu la.
Bapak : Lepas tu nak sambung Mesir?
Saya : Tak tau la, cek habaq ja. Tak kesah
pun.
Bapak : Tak payah pi lah. Mengaji kat sini pun tak
pa, ambik Kimia tu. Lagipun kat sana tak tau lagi boleh dapat ka dak biasiswa
kalau pi dulu. Sementara nak dapat tu, banyak juga perbelanjaan.
Saya : Hmm cek pun pikiaq macam tu jugak. OK
ja.
Semalam
abang pula telefon. Perkara yang sama diutarakan. Wah, nampaknya berita ni dah
tersebar luas, haha. Tapi, abang pun cakap belajar sahaja di sini, lebih
terjamin. Dan pesanan terakhir sebelum perbualan kami dihentikan, cuba cari
biasiswa tengok kat internet.
http://i1.cpcache.com/product_zoom/452844546/medical_student_ceramic_travel_mug.jpg?height=460&width=460&padToSquare=true |
Terkesan dengan Mirash, seorang sahabat merangkap roommate saya dalam meeting society baru-baru ni. Dia
seorang yang sangat tabah. Berada di bidang Allied, dia sebenarnya sangat
meminati Medic dan berusaha ke arah Medic.
Hakikat yang
agak sukar diterimanya, pointer agak tinggi tapi masih belum cukup
melayakkannya untuk mengambil borang Medic. Berkali-kali dia ke department,
bertanya dan berbincang, masih belum ada jawapan yang melegakan hatinya.
Mid-Semester
Exam baru-baru ni, pencapaiannya agak kurang memberangsangkan membuatkan
cita-citanya semakin kabur. Namun, dia tidak pernah mengaku kalah. Baginya,
biarlah dia berusaha selagi boleh kerana antara sifat seorang mukmin itu ialah
tidak mudah berputus asa.
Rupa-rupanya,
bukan saya sahaja yang sedang diuji. Saya bertambah yakin dengan janji Allah, “Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah, 2:286),
dan segala yang berlaku itu adalah terbaik buat diri hamba.
Doakan yang
terbaik buat saya dan rakan-rakan yang menghadapi semester akhir di CFS IIUM
ini.
“Kamu
diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah
perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia
baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi
kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, 2:216)