2013/03/09

8 MAC 2008: 5 Tahun Sudah Berlalu


Peristiwa yang bersejarah ini masih lekat di ingatan. Waktu itu saya berada di Tingkatan 4, belajar di SMKA Kedah. Disebabkan dewan sekolah dijadikan sebagai pusat mengundi bagi PRU12, kami dibenarkan untuk pulang ke kampong halaman.

Dalam keluarga saya waktu tu cuma saya sahaja yang belum layak untuk mengundi. Maklumlah, masih muda. Hehe. Tapi hanya seorang sahaja kakak saya yang pulang ke rumah untuk menjalankan tanggungjawab mengundi.

Malam keputusan nak diumumkan tu, kakak saya dah nak pulang ke KL kerana esok hari bekerja. Kami sekeluarga menanti setiap keputusan di setiap negeri dengan penuh debaran. Saya pun apa kurangnya, bersemangatla jugak.

Sambil-sambil menunggu di hadapan kaca TV, abang yang berada di KL selalu meng’update’ keputusan yang dia peroleh dari internet dengan kami. Katanya, internet lagi cepat dapat keputusan dari TV. Mungkin orang-orang kat TV terkejut besar dengan keputusan yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.

Kami tak lekang menonton TV, menunggu keputusan di Kedah.

Sehinggalah last-last minit sebelum nak keluar pi hantar kakak di Stesen Bas Shahab Perdana, barulah tiba saat pengumuman keputusan PRU12 di Kedah.

Semua menanti penuh debaran. Saya juga berdebar.

Akhirnya…


TAKBIR!!!

Alhamdulillah PR menang besar di negeri Kedah! Melompat kami kegembiraan sebaik mendengar keputusan tersebut.

Hati berasa sangat terharu dengan keputusan ni. Ditambah pula dengan kemenangan PR di negeri-negeri lain. Rasa bersyukur yang tak terhingga kepada Allah SWT.

5 tahun sudah pun berlalu. Kenangan tersebut masih kekal dalam ingatan saya. Semoga PRU13 kali ini juga memberi tsunami besar kepada pemerintahan negara, meninggikan martabat Islam di Malaysia.

Undilah pihak yang mahu memartabatkan Islam. Bersama Menerajui Perubahan.

0 comments: