2013/03/30

Medic ke Applied Chemistry: Sebuah Perjalanan


Ketika karangan ini ditulis, perut terasa lapar yang teramat, roommates semua tiada di bilik, hanya saya menanti kiosk dan kafe dibuka semula.

Bila disebut tentang ujian hidup, ramai yang dah biasa dengar. Mungkin selalu tonton rancangan Imam Muda di Astro dan tertarik dengan lagu yang merakamkan vokal-vokal peserta musim ke-2 rancangan itu. (Haha..mengarut).

Ketika sahabat-sahabat Pre-Medic yang lain sibuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke Kuliyyah of Medicine (KOM), Kuantan Campus, saya hanya mampu tersenyum. Senyum kerana bangga dengan mereka yang layak meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang doktor.

Berlainan dengan saya, diberi 3 pilihan untuk menyambung pengajian sama ada di bidang Allied Health Sciences, Bioscience, atau Nursing. Sukar menerima kenyataan yang saya sudah duga sejak awal lagi. CGPA yang rendah tidak cukup membawa saya untuk bersama dengan rakan-rakan ke KOM.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhebCvvsfBvkk0lQxoztaf4QjW-dSHjubTf6OE-xni1yECtEQR-ngyMJ9PvmYYql70ZFdTeXlllBrc_oY1ZvVVIwypGOKgyYMmhPoYVlQ-G1Q7rK2S9h85Z3cU7Th5NUIV8pWEwOhd62Q/s1600/cgpa.jpg

Namun, 3 pilihan sudah cukup banyak bagi saya kerana cabangnya sangat luas. Allied sahaja mempunyai 6 kursus pengkhususan; Dietetic, Radiography, Audiology, Optometry, Physiology, Biomedical. Bioscience pula dua; Biotechnology dan Applied Chemistry.

Setelah diberi pilihan yang tiga ini, saya perlu membuat pemilihan berdasarkan minat dan kecenderungan yang ada pada saya. Dengan hanya diberi masa beberapa minit untuk berfikir, saya membuat keputusan untuk memilih Applied Chemistry dengan mengambil borang Bioscience.

Saya maklumkan perkara ini kepada mak melalui telefon.

Saya       : Mak, cek tak boleh ambik Medic, pointer tak cukup. Depa bagi cek pilihan, lepas tu cek pilih Kimia. Takpa dak mak?
Mak       : Ha? Oh…ikut adik la nak ambik apa. Adik yang nak mengaji.
Saya       : Dak la, kot la mak tak bagi ka…hehe…lepas tu, borang pi Mesir hat under kementerian keluaq dah.
Mak       : Habis tu nak pi ka?
Saya       : Tak tau. Cek habaq ja. Sebab nak pi tu kena guna duit sendiri dulu. Hm, takpalah. Nantila dulu bincang dengan abang tengok.
Mak       : Hm, nanti la tanya abang dulu lagu mana.


http://luluvikar.files.wordpress.com/2006/08/alazhar-cairo.jpg
Saya sebetulnya tidaklah berharap sangat untuk ke Mesir. Maklumlah bakal berjauhan dengan keluarga. Lagi pula, nak kena guna duit sendiri lagi. Keluarga saya bukannya senang sangat, banyak nak pakai duit tu.

Keesokan pagi, lebih kurang pukul 7.00 pagi, mak tiba-tiba telefon. Nasib baik saya tak tidur lepas Subuh hari tu. Hehe…

Mak       : Ni bapak nak cakap.
Saya       : OK
Bapak    : Awat pasai apa, pointer tak cukup tak boleh sambung Medic ka?
Saya       : Hmm…macam tu la.
Bapak    : Lepas tu nak sambung Mesir?
Saya       : Tak tau la, cek habaq ja. Tak kesah pun.
Bapak    : Tak payah pi lah. Mengaji kat sini pun tak pa, ambik Kimia tu. Lagipun kat sana tak tau lagi boleh dapat ka dak biasiswa kalau pi dulu. Sementara nak dapat tu, banyak juga perbelanjaan.
Saya       : Hmm cek pun pikiaq macam tu jugak. OK ja.

Semalam abang pula telefon. Perkara yang sama diutarakan. Wah, nampaknya berita ni dah tersebar luas, haha. Tapi, abang pun cakap belajar sahaja di sini, lebih terjamin. Dan pesanan terakhir sebelum perbualan kami dihentikan, cuba cari biasiswa tengok kat internet.

http://i1.cpcache.com/product_zoom/452844546/medical_student_ceramic_travel_mug.jpg?height=460&width=460&padToSquare=true
Focus saya sekarang sememangnya tertumpu kepada pencarian biasiswa. Walaupun sekarang dah masuk waktu-waktu akhir permohonan biasiswa, usaha tetap perlu dilakukan.

Terkesan dengan Mirash, seorang sahabat merangkap roommate saya dalam meeting society baru-baru ni. Dia seorang yang sangat tabah. Berada di bidang Allied, dia sebenarnya sangat meminati Medic dan berusaha ke arah Medic.

Hakikat yang agak sukar diterimanya, pointer agak tinggi tapi masih belum cukup melayakkannya untuk mengambil borang Medic. Berkali-kali dia ke department, bertanya dan berbincang, masih belum ada jawapan yang melegakan hatinya.

Mid-Semester Exam baru-baru ni, pencapaiannya agak kurang memberangsangkan membuatkan cita-citanya semakin kabur. Namun, dia tidak pernah mengaku kalah. Baginya, biarlah dia berusaha selagi boleh kerana antara sifat seorang mukmin itu ialah tidak mudah berputus asa.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEHYAz_xn7CGQ79kvz1jn9P839bKg5WxSguMTxwf6eC-uo8rJiZDRfrLJoLzRVMNkULYKaAkRDwb-C6lK4fz295guz8UHpVxOFzh0DwEafL6lk2tRFDRdQKk-na6RcHweXLuGxVXTu2aJR/s1600/cara-belajar-leap-camp.jpg

Rupa-rupanya, bukan saya sahaja yang sedang diuji. Saya bertambah yakin dengan janji Allah, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah, 2:286), dan segala yang berlaku itu adalah terbaik buat diri hamba.

Doakan yang terbaik buat saya dan rakan-rakan yang menghadapi semester akhir di CFS IIUM ini.

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, 2:216)

0 comments: