https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTu9_wxZ1cPC7rXzgXR0eQnqWasoewiSXiYBHoW7xkqhzeaAtU06g |
Ya Allah…dah bersawang rupanya blog
ni! Hehe
Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima
kasih kepada Nor Shahida yang menghantar emel bertanyakan tentang bidang
Applied Chemistry ni. Barulah timbul kerajinan nak cuci sawang ni. Jom kita cuci!
Alhamdulillah selesai satu semester
di Kuantan. Sem yang amat mencabar, banyak benda baru yang saya belajar. Awal-awal
masuk tempat baru macam biasalah, seperti kera masuk kampung. Dah habis satu sem
ni, insyaAllah dah makin expert. Tapi bab jalan, jangan tanyalah, tak
cukup explore lagi satu Kuantan ni!
Kali ni, saya nak cerita serba
sedikit tentang bidang Applied Chem. Di UIA Kuantan, program ini adalah program
terbaru bagi kemasukan September 2013, termasuk satu lagi bidang baru yang lain
iaitu Physics. App Chem bernaung di bawah Department of Chemistry, Kulliyyah of
Science (KoS). KoS setakat ni menyediakan empat program iaitu Biotechnology,
Computational & Theoretical Science (CTS), Applied Chemistry, dan Physics,
dan insyaAllah akan ditambah lagi pada kemasukan yang akan datang, September
2014. Jom kita nantikan!
SUBJEK
Program empat tahun sepenuh masa ni
termasuklah lectures, labs, concentration, internship, dan final year project. Di UIA, setiap pelajar dikehendaki mengambil subjek-subjek yang telah
ditetapkan oleh pihak universiti, yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
- University Required Courses
- Kulliyyah Required Courses
- Department Required Courses
University Required Courses adalah
subjek-subjek yang wajib diambil oleh setiap pelajar UIA, tidak kira bidang
pengajian apa sekalipun. Kulliyyah Required Courses adalah subjek-subjek khusus
yang ditetapkan oleh Kulliyyah masing-masing. Department Required Courses pula
yang ditetapkan oleh department. Contohnya pelajar App Chem, wajib ambil subjek
yang dah ditetapkan oleh UIA, Kuliyyah of Science, dan Department of Chemistry.
Subjek yang paling banyak sudah
tentulah yang ditetapkan oleh department sebab pihak department lebih tau
subjek apa yang perlu diambil oleh pelajar untuk bidang pengajian tersebut. Jangan
risau, subjek banyak pun, ada 4 tahun untuk dihabiskan.
Antara subjek yang khusus untuk
pelajar App Chem ialah Organic Chemistry, Inorganic Chemistry, Mathematics for
Chemists, Analytical Chemistry, Physical Chemistry, Polymer Chemistry, Natural
Product Chemistry, Environmental Chemistry, Organometallic & Bioinorganic
Chemistry, dan macam-macam ‘Chemistry’ lagi la. Nak cerita lebih pun xtau sebab
banyak yang belum belajar lagi.
Biasanya untuk setiap subjek akan
ada lecture dan lab. Waktu awal sem dulu, lab ada setiap minggu, dan setiap
subjek yang namanya ‘Chemistry’ tu ada lab session. Kalau nak dibandingkan
dengan pelajar-pelajar dari program lain di KoS, kamilah yang paling banyak lab
waktu awal sem dulu. Sebab tu lah kami antara yang ‘pergh’ sibuk dalam KoS. Kata
lecturers, “biar kita habis lab awal, nanti hujung-hujung boleh fokus pada exam.”
http://wallpoper.com/images/00/34/34/72/chemistry_00343472.png |
CONCENTRATION COURSES
Saya ada sebut tentang concentration
di awal sub-topik di atas. Concentration ni adalah kepekatan, err, ataupun
major subjek yang kita akan ambil di tahun 3 pengajian. Di UIA Kuantan, pelajar
App Chem disediakan dengan tiga pilihan concentration iaitu:
- Halal Haram Chemistry
- Occupational Safety and Health Management
- Medicinal Chemistry
Secara ringkasnya, Halal Haram
Chemistry lebih fokus kepada food ingredients and processing, antaranya
termasuklah emulsifiers, flavours dan fragrance yang ada dalam makanan. Occupational
lebih kepada industrial seperti hygiene dan toxicology. Medicinal pula lebih
kepada hal-hal berkaitan kesihatan seperti drug interactions dan medicinal
plants. Concentration courses ni akan diambil bermula pada sem 2 tahun 3
sehinggalah ke tahun 4. Boleh pilih satu concentration saja ya.
Untuk maklumat lanjut, boleh juga
kalau nak layari http://www.iium.edu.my/science/programmes-courses/undergraduate-programmes/program-offered/bachelor-chemistry-bchem.
Huu…itulah serba sedikit tentang
bidang Applied Chemistry di UIA Kuantan. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya,
jangan segan-silu, tinggalkan komen di bawah atau emel saya di hakimahismail92@gmail.com.
Selamat beristirahat! (^_^)//
11 comments:
applied chemistry ni dari asasi sains hayat ke?
Assalamualaikum. Nak tanya, bagaimana dengan peluang pekerjaan ? and ape jenis pekerjaan yg boleh diceburi ? Thanks !
Peluang pkerjaan ntuk kos ni??
Assalamualaikum... Nak tanye... Bidang app chem ni... X de pluang nak sambong phd ke... Sbb kat uni yg lain saye tgk x de pon diberi pluang utk sambong phd... Dan.. Nak tanye brape bayaran setahun utk course ni.. Lagi.. Ape subjek university required course... N... Besar x pluang pekerjaan utk bidang ni
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih atas soalan-soalan yang telah diberikan. Saya cuba menjawab kesemua soalan.
1. Adakah Applied Chemistry dari asasi Sains Hayat?
Bagi pelajar asasi UIAM, terdapat dua aliran asasi yang boleh memohon bidang ini iaitu Sains Hayat atau Sains Fizik.
2. Apakah peluang pekerjaan bagi bidang ini?
Pemegang ijazah dalam bidang ini boleh memohon pekerjaan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Sains secara umum atau Kimia secara khusus. Antaranya ialah sebagai ahli kimia di syarikat atau organisasi kerajaan mahupun swasta, di mana bidang tugas adalah berkaitan dengan analisis bahan kimia, pemprosesan makanan, pembuatan daripada bahan neutral atau sintetik, kosmetik, farmaseutikal, Research and Development, Quality Control, pengurusan makmal dan sebagainya. Selain itu, mereka juga boleh memohon sebagai guru atau pensyarah Kimia atau Sains di institusi-institusi pengajian tertentu.
3. Adakah peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini?
Ada. Ada kalanya peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tidak diiklankan secara umum di laman web rasmi sesebuah universiti tetapi maklumat disebarkan dalam kalangan pelajar bidang yang berkaitan sahaja. Maklumat ini dikeluarkan daripada pensyarah-pensyarah universiti.
4. Berapakah bayaran setahun bagi bidang ini?
Yuran pengajian berbeza mengikut institusi pengajian. Anda boleh merujuk kepada institusi yang diminati untuk mengetahui lebih lanjut tentang yuran pengajian.
5. Apakah subjek yang perlu diambil bagi bidang ini?
Antara subjek yang perlu dipelajari ialah Organic Chemistry, Inorganic Chemistry, Analytical Chemistry, Physical Chemistry, dan Environmental Chemistry. Subjek-subjek lain yang berkaitan dengan bidang pengkhususan (concentration) juga perlu diambil.
Jika ada pertanyaan, emelkan ke hakimahismail92@gmail.com. InsyaAllah saya cuba menjawab soalan-soalan tersebut sekadar yang mampu. Terima kasih.
Assalamualaikum, sis 😁
Saya lepasan spm 2016 dan baru sahaja ditawarkan program asasi sains fizikal di UIA. Saya bercadang untuk memohon jurusan berkaitan kimia untuk program degree nanti. Tetapi,kebanyakan blog2 menyatakan bahawa pelajar asasi sains fizikal di UIA lebih menjurus kepada mathematics dan program degree yg ditawarkan di UIA untuk pelajar asasi sains fizikal adalah seperti pure mathematics, statistics dan sebagainya. Tetapi saya berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang applied chemistry di UIA untuk degree nanti. Jadi, bolehkah saya, pelajar asasi sains fizikal menyambung pelajaran dalam bidang applied chemistry? Boleh saya tahu sis mengambil jurusan apa sebelum menyambung pelajaran dalam bidang kimia gunaan? Saya berasa sangat risau sekiranya saya tidak dapat menyambung degree dalam jurusan berkaitan kimia sekiranya saya mengambil jurusan sains fizikal 😭😭
boleh je sis..jgn risau..kwn sy pun asasi phy sc n skrg smbung app chem..
Saya pun dari phy sc,alhamdulillah dah habis degree in app chem.satu batch dengan cik kim
Maybe u should hv a consultation with any of your lecturers in Chemistry. There are maybe somethings that u hv to correct before u decide to quit. First thing first find the source of your failure. Maybe at your time management, or the way u studied. May this messagge help u dear. May Allah ease your ways
Hai, boleh saya tahu apa perbezaan antara Kima Gunaan dan Kimia Industri? Saya masih confuse antara dua ni :((
Post a Comment