2011/07/19

Live in Virtue

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana Dia memudahkan usaha saya untuk membina blog yang baru ini. InsyaAllah, tujuan saya tidak lain tidak bukan adalah untuk sama-sama berkongsi ilmu atau apa sahaja yang dirasakan sesuai demi menjadikan kehidupan kita lebih bermanfaat.

Saya suka memudahkan bicara dengan memberikan maksud nama blog ini secara ringkas. 'Live in Virtue' bermakna hidup dalam kemuliaan. Sememangnya fitrah manusia inginkan kemuliaan hidup di dunia ini. Namun, seringkali kita tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mencipta kemuliaan dalam kehidupan kita?

Justeru, saya cuba memulakan satu langkah kecil ini dalam usaha merealisasikan impian kita setiap manusia. Dalam Surah Ali-Imran ayat 110, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..."

Yakin dengan apa yang telah termaktub di dalam al-Quran adalah salah satu kunci kemuliaan dalam kehidupan. Sebagai umat Rasulullah SAW, nabi terakhir utusan Allah SWT, kita wajib untuk beriman dengan isi kandungan al-Quran.


InsyaAllah kita akan sama-sama berkongsi ilmu yang dapat membantu kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Kita akan menyentuh ilmu-ilmu ini sedikit demi sedikit. Seandainya ada yang terkurang atau terlebih, tegurlah saya kerana dari teguran itulah saya dapat mengukuhkan penulisan blog ini. Semoga Allah merahmati kalian dan saya, insyaAllah.

0 comments: