2013/04/10

Hujan kan Rahmat Allah..??


10 April 2013, 6:18 PM

Hujan lebat mencurah-curah turun dari langit membasahi bumi CFS IIUM. Aku duduk di satu sudut di bilikku, merenung ke luar jendela, menghayati pemandangan luar. Hujan lebat, ditambah dengan kilat dan guruh, bersama angin yang kadangkala membuas, mengisi ruang luar kediaman Mahallah Khadijah.

Aku terkenang pada peristiwa di waktu itu, sewaktu aku masih di Darul Quran. Suatu petang, aku ditugaskan oleh kakak-kakak senior untuk mengendalikan satu majlis berbuka puasa yang kami selalu anjurkan saban minggu.

Aku menjadi MC. Tugas yang tidak mudah bagi insan yang cetek pengalaman seperti aku. Tapi, aku harus laluinya kerana aku tahu, sebuah pengalaman tidak akan disebut pengalaman melainkan apabila kita sudah mengalaminya. Nak cari pengalaman mesti alaminya dulu.

Tiba suatu ketika, hujan renyai-renyai mula turun. Teringat aku pada sebuah kisah yang aku baca dari sebuah buku mengisahkan tentang seorang yang bernama Juha. Secara kasar, Juha ini seorang yang kelihatan bodoh tapi cerdik sebenarnya.

Kisah yang dipaparkan itu aku ceritakan kepada sahabat-sahabatku.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMEVLD7bZm-rDSLdDDOi-rw1u1ahhsyyaAZIaC-jMBQ_baFg8OyTGNXYlXSllFVAzpLr09ac2TEbyTzig7J9IFL09fslZ2KhIZH3rclTQf8PANDPi7OR7CBuKdbXJZSncHdFlcB0iVsxE/s1600/rain1.jpg

Suatu hari, hujan lebat mencurah-curah turun. Juha sedang berada di jendela rumahnya. Kelihatan dua orang pemuda yang sudah basah ditimpa hujan berlari-lari mencari tempat berteduh. Juha yang melihat kejadian tersebut menegur mereka.

“Bodohla korang ni. Hujan tu kan rahmat Allah. Buat apa lari dari rahmat Allah?”

Kedua-dua pemuda tadi hanya terdiam membenarkan apa yang dikatakan oleh Juha sebentar tadi dalam hati.

‘Bodoh dia kata kat kita? Basahlah kalau tunggu ja dalam hujan.Tapi, betul jugak apa yang Juha cakap tu. Ish, tak boleh jadi ni, kena cari jalan macam mana nak balas balik apa yang Juha cakap tadi.’

Beberapa hari kemudian, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi. Kedua-dua pemuda itu sedang duduk minum kopi di warung Pak Leman. Kelihatan Juha sedang berlari-lari anak mencari tempat berteduh setelah basah disimbah hujan.

“Eh, Juha! Buat apa kau lari? Hujan tu kan rahmat Allah? Takkan kau lari dari dari rahmat Allah?”

Otak Juha ligat mencari jawapan bagi membalas kata-kata pemuda tadi.

“Aku bukan lari dari rahmat Allah. Aku takut terpijak rahmat Allah!”

http://www.bubblews.com/assets/images/news/1619654435_1353746851.gif

Begitulah Juha, sentiasa mencari alasan tapi kadangkala benar apa yang dikatakannya tu. Fikir-fikirkan dan Senyum… ^_^ 

0 comments: