Saya
tertarik dengan satu soalan yang diberikan oleh salah seorang dari mereka.
Soalan ini ditulis di atas kertas yang sangat kecil, kedekut kot ataupun tak
cukup kertas agaknya...hehe…
Soalan : Apakah jaminan kerjaya terhadap bidang ini
(Allied Health Sciences) iaitu apabila kita pilih optometri apabila degree
nanti?
Dalam masa
menunggu giliran saya untuk menjawab soalan tersebut, saya menghantar pesanan
ringkas berkenaan soalan ini kepada rakan-rakan saya melalui Kolony.
“KBOM apa
jaminan kerjaya allied health sc?”
Pada
awalnya, saya kira mungkin tiada yang sempat menjawab soalan ini sebelum saya
memberikan jawapan peribadi kepada adik-adik pelajar. Namun, hampir 10 minit
kemudian, saya menerima satu balasan daripada seorang sahabat.
“c*******8 POPP: xde jminan..jminan dr Allah..tu rezki dr Allah..blaje krna
Allah..huhuhu..xtau la..”
Terdiam
seketika membaca jawapan yang diberikannya. Ya, memang benar apa yang
dikatakannya. Jaminan rezeki itu adalah dari Allah SWT.
Sedar atau
tidak, kita sering membayangkan sesuatu yang kita inginkan berlaku ke atas diri
kita, sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Perkara-perkara ini
termasuklah dalam konteks pelajaran, pekerjaan, perkahwinan dan sebagainya.
Tidak salah
bercita-cita apatah lagi jika cita-cita tersebut dapat memberi sumbangan kepada
Islam. Tetapi, cuba nilai semula cita-cita tersebut. Adakah ia hanya bersifat
sementara di dunia atau boleh memberi saham sehingga ke akhirat kelak? Adakah
ia hanya memberi benefit kepada diri sendiri atau ramai orang di sekeliling
kita?
Dalam
bercita-cita, harus diingat bahawa kita sebagai seorang Islam yakin dan percaya
bahawa kehidupan yang lebih abadi adalah di akhirat kelak. Kita juga wajib
meyakini dan sentiasa ingat bahawa segala yang berlaku ke atas diri kita adalah
ditetapkan oleh qada’ dan qadar Allah SWT.
Berangan-anganlah
setinggi Mat Jenin, tapi jangan jadi macam Mat Jenin, terus mulakan langkah
kaki bila dah punya matlamat dan wawasan. Moga najah! ^_^
"The
clock is running. Make the most of today. Time waits for no man. Yesterday is
history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it is called the
present." - ALICE MORSE EARLE
2 comments:
Allah, tersentap! betul2 dulu masa awal2 nk pilih fisio x yakin sbb prospek kerjaya, tp bila istikharah x bleh tipu diri yg hati saya pada fisio, apa yg mguatkn hujah? Allah bg kekuatan dlm diri :)
alhamdulillah...insyaAllah rezeki tu ada di mana2..yg penting yakin pada Allah :)
Post a Comment