2013/04/12

“Apa Jaminan Kerjaya Bidang Ni..?”

Baru-baru ni saya dijemput untuk memberikan briefing sciences programmes yg ada di CFS IIUM ni kepada adik-adik Persijilan DQ-UIAM Gen13 yang buat lawatan ke sini. Setelah memberi penerangan kepada mereka, tibalah sesi soal jawab.

Saya tertarik dengan satu soalan yang diberikan oleh salah seorang dari mereka. Soalan ini ditulis di atas kertas yang sangat kecil, kedekut kot ataupun tak cukup kertas agaknya...hehe…

Soalan   : Apakah jaminan kerjaya terhadap bidang ini (Allied Health Sciences) iaitu apabila kita pilih optometri apabila degree nanti?



Dalam masa menunggu giliran saya untuk menjawab soalan tersebut, saya menghantar pesanan ringkas berkenaan soalan ini kepada rakan-rakan saya melalui Kolony.

“KBOM apa jaminan kerjaya allied health sc?”

Pada awalnya, saya kira mungkin tiada yang sempat menjawab soalan ini sebelum saya memberikan jawapan peribadi kepada adik-adik pelajar. Namun, hampir 10 minit kemudian, saya menerima satu balasan daripada seorang sahabat.

“c*******8 POPP: xde jminan..jminan dr Allah..tu rezki dr Allah..blaje krna Allah..huhuhu..xtau la..”

Terdiam seketika membaca jawapan yang diberikannya. Ya, memang benar apa yang dikatakannya. Jaminan rezeki itu adalah dari Allah SWT.

Sedar atau tidak, kita sering membayangkan sesuatu yang kita inginkan berlaku ke atas diri kita, sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Perkara-perkara ini termasuklah dalam konteks pelajaran, pekerjaan, perkahwinan dan sebagainya.

Tidak salah bercita-cita apatah lagi jika cita-cita tersebut dapat memberi sumbangan kepada Islam. Tetapi, cuba nilai semula cita-cita tersebut. Adakah ia hanya bersifat sementara di dunia atau boleh memberi saham sehingga ke akhirat kelak? Adakah ia hanya memberi benefit kepada diri sendiri atau ramai orang di sekeliling kita?

http://4.bp.blogspot.com/-G7HURhuQr78/TWtzr5m_POI/AAAAAAAAAHs/s73-t4yUsqI/s400/belajarkeranaALLAH.jpg

Dalam bercita-cita, harus diingat bahawa kita sebagai seorang Islam yakin dan percaya bahawa kehidupan yang lebih abadi adalah di akhirat kelak. Kita juga wajib meyakini dan sentiasa ingat bahawa segala yang berlaku ke atas diri kita adalah ditetapkan oleh qada’ dan qadar Allah SWT.

Berangan-anganlah setinggi Mat Jenin, tapi jangan jadi macam Mat Jenin, terus mulakan langkah kaki bila dah punya matlamat dan wawasan. Moga najah! ^_^

"The clock is running. Make the most of today. Time waits for no man. Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it is called the present." - ALICE MORSE EARLE


http://1.bp.blogspot.com/-q_kM8EpRuEQ/T3bfsy9nIMI/AAAAAAAAAE8/IA9y-g5pTdo/s1600/2215531528_96e9a587a6_z.jpg

2013/04/10

Hujan kan Rahmat Allah..??


10 April 2013, 6:18 PM

Hujan lebat mencurah-curah turun dari langit membasahi bumi CFS IIUM. Aku duduk di satu sudut di bilikku, merenung ke luar jendela, menghayati pemandangan luar. Hujan lebat, ditambah dengan kilat dan guruh, bersama angin yang kadangkala membuas, mengisi ruang luar kediaman Mahallah Khadijah.

Aku terkenang pada peristiwa di waktu itu, sewaktu aku masih di Darul Quran. Suatu petang, aku ditugaskan oleh kakak-kakak senior untuk mengendalikan satu majlis berbuka puasa yang kami selalu anjurkan saban minggu.

Aku menjadi MC. Tugas yang tidak mudah bagi insan yang cetek pengalaman seperti aku. Tapi, aku harus laluinya kerana aku tahu, sebuah pengalaman tidak akan disebut pengalaman melainkan apabila kita sudah mengalaminya. Nak cari pengalaman mesti alaminya dulu.

Tiba suatu ketika, hujan renyai-renyai mula turun. Teringat aku pada sebuah kisah yang aku baca dari sebuah buku mengisahkan tentang seorang yang bernama Juha. Secara kasar, Juha ini seorang yang kelihatan bodoh tapi cerdik sebenarnya.

Kisah yang dipaparkan itu aku ceritakan kepada sahabat-sahabatku.

http://1.bp.blogspot.com/-OxhkKviNOow/TmjCIFbjr8I/AAAAAAAAAXY/H9BXc_vIS5s/s1600/rain1.jpg

Suatu hari, hujan lebat mencurah-curah turun. Juha sedang berada di jendela rumahnya. Kelihatan dua orang pemuda yang sudah basah ditimpa hujan berlari-lari mencari tempat berteduh. Juha yang melihat kejadian tersebut menegur mereka.

“Bodohla korang ni. Hujan tu kan rahmat Allah. Buat apa lari dari rahmat Allah?”

Kedua-dua pemuda tadi hanya terdiam membenarkan apa yang dikatakan oleh Juha sebentar tadi dalam hati.

‘Bodoh dia kata kat kita? Basahlah kalau tunggu ja dalam hujan.Tapi, betul jugak apa yang Juha cakap tu. Ish, tak boleh jadi ni, kena cari jalan macam mana nak balas balik apa yang Juha cakap tadi.’

Beberapa hari kemudian, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi. Kedua-dua pemuda itu sedang duduk minum kopi di warung Pak Leman. Kelihatan Juha sedang berlari-lari anak mencari tempat berteduh setelah basah disimbah hujan.

“Eh, Juha! Buat apa kau lari? Hujan tu kan rahmat Allah? Takkan kau lari dari dari rahmat Allah?”

Otak Juha ligat mencari jawapan bagi membalas kata-kata pemuda tadi.

“Aku bukan lari dari rahmat Allah. Aku takut terpijak rahmat Allah!”

http://www.bubblews.com/assets/images/news/1619654435_1353746851.gif

Begitulah Juha, sentiasa mencari alasan tapi kadangkala benar apa yang dikatakannya tu. Fikir-fikirkan dan Senyum… ^_^ 

2013/04/04

Fenomena Dapat Result Exam...Hampa Macam ni Tak?

Sebulan selepas exam. Biasanya dalam tempoh inilah lecturer akan pulangkan kertas jawapan dan markah yang student dapat. Kadang-kadang ada tambahan info; carry marks, percentage, berapa orang yang failed atau dapat A dan banyak lagi.

http://3.bp.blogspot.com/-DmHVM2-gFkE/TfdfSryDkCI/AAAAAAAABkI/-VUaGsxiuMc/s1600/exam-results.jpg

Kali ini saya nak berkongsi satu situasi yang biasanya berlaku dalam tempoh sebulan ini.

A             : (Tengok markah dia dapat A-)
B             : (Tengok markah dia dapat E)
A             : B, hang dapat berapa? Nak tengok…
B             : Tak mau la, sikit ja. Rendah lagi dari hang.
A             : Hmm…aku pun dapat sikit ja...sedih…(sambil memuncungkan muka)
B             : Sikit apanya! Dapat A- banyak la tu! (dalam hati rasa nak sepak ja A ni)

Pernah mengalami situasi macam ni? Mungkin pernah kan, sama ada di tempat B atau mungkin juga di tempat A tapi tak perasan. Kalau lihat pada situasi di atas, kita dapat ringkaskan yang A ni sangat menyampah dan B akan rasa seperti direndah-rendahkan pula oleh A.

Sedar atau tak, kita selalu tak puas hati dengan apa yang kita dapat. Fitrah manusia kot, sentiasa nak lebih daripada apa yang diberi. Orang bagi A- nak A, orang bagi betis ayam nak paha ayam (betis ayam??? Ada ke?)

http://2.bp.blogspot.com/_O_SpcikSVVo/TAt0tpa6VCI/AAAAAAAAASA/R8wYjso4w0o/s1600/angry_baby.jpg

Tak salah nak lebih tapi biarlah sesuai dengan apa yang kita ada. Contohnya, kalau nak A kenala berusaha cara nak dapat A. Tapi kalau setakat usaha macam nak dapat D, lebih baik lupakan ja apa yang diinginkan tu.

Orang berjaya bukannya lahir-lahir ke dunia terus berjaya. Nak berjaya perlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan mungkin harta. Kadang-kadang juga perlu gagal dulu sebelum berjaya. Orang yang cipta lampu mentol (tak ingat nama apa), sebelum dia berjaya hasilkan lampu mentol, beratus kali dia gagal dulu sebelum berjaya.

Ketidakpuasan hati kita ni sebenarnya menunjukkan bahawa kita ni tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT. Sepatutnya, selitkanlah sedikit rasa bersyukur dalam diri kepada Allah SWT kerana sekurang-kurangnya kita masih diberi nikmat yang lebih berbanding orang lain.

Saya tak berniat nak mengarang panjang-panjang entri kali ni. Cukuplah saya ringkaskan dengan pesanan yang saya tujukan khas buat insan-insan A dan B dalam situasi di atas.

http://3.bp.blogspot.com/_4iWuUPiPLDY/S7ST6qpyqaI/AAAAAAAAAbY/bZfqHWeSeAo/s1600/thinkpositive-add.jpg

Jika anda A:
  • Bersyukurlah pada Allah SWT kerana markah anda masih boleh dibanggakan, sekurang-kurang tak failed.
  • Think positive dengan mengambil kira mungkin Allah taknak anda dapat A sebab takut nanti anda riyak/`ujub.
  • Mungkin usaha anda masih belum mencukupi untuk anda dapat lebih dari itu.
  • Kenali si B dulu sebelum bertanya soalan-soalan killer macam ni, sama ada dia boleh terima atau tak dan agak dia dapat berapa. Seboleh-bolehnya elakkan dari bertanya soalan macam ni. Takut ada yang sakit hati.

Buat si B pula:
  • Bersabar dan terima apa yang anda dapat dengan hati yang terbuka walaupun dah berusaha teruk-teruk. Mungkin Allah suka tengok anda berusaha bermati-matian.
  • Jangan menyampah dengan si A, mungkin dia ada matlamat yang tinggi untuk dia capai yang anda tak tahu pun.
  • Mungkin usaha anda juga masih belum mencukupi untuk anda dapat lebih dari itu.
  • Kalau si A tanya, jawab ja ‘alhamdulillah’ sambil tersenyum. Mungkin dengan cara ni anda boleh tenangkan jiwa anda.


Satu lagi pesanan tambahan untuk semua, kegagalan untuk mendapat empat mendatar dalam exam tidak sama sekali sudahpun menentukan bahawa anda tidak mampu berjaya di masa hadapan. Semuanya adalah ketentuan dari Allah. Yang penting, ingat pesanan orang tua-tua, ‘rajin dan usaha tangga kejayaan’.

http://madahannan.files.wordpress.com/2012/04/ilmu-bukan-pada-pointer.jpg?w=604&h=562