2011/08/31

Kita Belum Merdeka!

Assalamualaikum WBT.

Apa khabar saudara dan saudari sekalian? Moga-moga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah SWT. Di hari raya ini, tidaklah terlalu lewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat hari raya ‘aidulfitri buat semua pembaca. Kuih-kuih raya semua dah habis ke? Dalam menyambut hari raya ini, biarlah bersederhana sahaja, janganlah berlebih-lebihan. Takut-takut nanti timbul masalah lain pula.

Banyaknya kuih

Ei! Tak lalu aku!

Ketika berbual bersama kakak saya yang merupakan anak ketiga dalam keluarga kami tadi, saya menimbulkan satu isu yang telah saya peroleh melalui laman sosial terkenal iaitu Facebook. Tentang bagaimana pemikiran masyarakat dunia sekarang khususnya yang beragama Islam yang telah pun diracuni oleh manusia-manusia yang ingin menghancurkan Islam itu sendiri.

Kemudian timbullah satu perkara berkaitan sejarah yang dilontarkan oleh beliau.

A Famosa
“Perasan dak? Sebenaqnya kan British yang mai jajah Melaka dulu, depa dah bom semua bangunan-bangunan yang dibina oleh masyarakat tempatan. Cuba kita tengok la ni. Kebanyakan bangunan yang masih tinggai kat Melaka tu kebanyakannya bangunan yang dibina oleh British. Dulu Melaka ni kan pusat penyebaran Islam pertama di Asia, mestilah banyak bangunan yang bercirikan Islam dibina. Tapi bila British dan penjajah-penjajah lain mai Melaka, depa nak hapuskan kesan-kesan Islam kat Melaka tu. So, depa bom lah bangunan-bangunan yang sedia ada, depa bina bangunan-bangunan yang bercirikan Negara dan tradisi depa. Tengoklah contoh A Famosa tu. Mana ada kesan Islam pun. Sedangkan Melaka tu pusat penyebaran Islam.”

Lebih kurang begitulah apa yang dikatakan oleh beliau. Tapi, ekstrak di atas sebenarnya ada beberapa penambahan dari saya sendiri. Dan penjajah yang dimaksudkan mungkin bukan British sebenarnya tetapi Portugis. Hmm, kalau ada yang tahu boleh betulkan fakta ini ye.

Bila difikirkan kembali, ada betulnya juga apa yang beliau katakan. Lihatlah rakyat Malaysia sekarang. Masing-masing berbangga dengan Melaka yang menjadi pusat pelancongan bersejarah paling utama di Negara ini. Antara tempat yang begitu sinonim dengan negeri kecil ini sudah tentu Kota A’ Famosa yang menjadi tumpuan pelancong. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pelancong menikmati keindahan kota yang menjadi mercu tanda Melaka.
 
Sedar atau tidak? Kita sebenarnya menunjukkan kebanggaan kita kerana pernah dijajah suatu ketika dahulu. Kita tayangkan pada dunia bahawa inilah Malaysia yang masih kekal kesan peninggalan penjajahnya. Tidakkah ia seakan-akan hendak menyatakan bahawa kita redha dan gembira dengan kehadiran penjajah?

Bangunlah dari tidur wahai pemuda dan pemudi. Pada pendapat saya, lebih layak sekiranya bangunan-bangunan atau apa sahaja kesan peninggalan penjajah ke atas Negara kita dilupuskan. Janganlah kita berbangga dengan hasil tangan orang lain tetapi berbanggalah dengan hasil usaha kita sendiri.

Ada pepatah yang mengatakan ‘orang yang tidak mempelajari sejarah dan mengambil iktibar darinya pasti akan mengulanginya’. Saya kurang bersetuju dengan pendapat ini. Kita semua wajar mempelajari sejarah. Ada sejarah yang perlu kita ulang. Contohnya, sejarah kegemilangan umat Islam dan khilafah Islamiyah.

Ramainya jemaah
Seperkara lagi yang menarik perhatian saya, mengapa kerajaan perlu menghabiskan berjuta wang rakyat untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara gilang-gemilang pada setiap tahun? Apa yang saya Nampak, sambutan sebegini hanyalah membazirkan wang sahaja. Malah penuh dengan kemaksiatan dan kelalaian. Lihat sahaja sambutan yang ditayangkan di kaca televisyen. Mereka menari-nari, bercampur antara lelaki dan perempuan, perempuan tidak menutup aurat… semua ini tidak langsung menggambarkan budaya Islam.

Lebih wajar sekiranya sambutan kemerdekaan ini diisi dengan solat sunat berjemaah yang diimamkan oleh pemimpin Negara sendiri atau ceramah tentang penghayatan kemerdekaan.

Masing-masing punya akal yang boleh digunakan untuk berfikir. Berfikirlah dengan akal yang sihat. Moga-moga anda akan menemui jawapannya.

Fikir-fikirkanlah.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-54.

0 comments: