2012/11/29

Tutorial: Piano Gadget for Windows Sidebar


Assalamualaikum.

Ada seorang sahabat bertanya kepada saya macam mana nak letak gajet piano di desktop. Jadi kali ni saya nak bantu sahabat saya dan siapa-siapa saja yang menginginkan gajet ni di laptop anda.

Gajet Piano
Seperti biasa, kalau nak gajet macam ni, perlu ada internet connection. Tapi jangan risau, tak lama pun nak download software ni dan ianya percuma.

1.       Copy URL ni di browser anda.
Scroll ke bawah dan pastikan anda dapat website yang betul.

Screenshot website 
2.       Klik butang Free Download yang warna biru tu.

3.       Simpan software ni di mana sahaja yang anda inginkan. Tapi, pastikan ingat nama file dan lokasi. Pastikan juga ia disimpan dalam format Windows Gadget.

Simpanan file
4.       Klik Save dan tunggu sehingga selesai download.

5.       Bila dah habis, buka file yang dah didownload tadi.

6.       Kemudian klik install.

7.       Sekarang anda boleh besarkan gadget ni dengan mengklik butang anak panah kat tepi gajet tu. Anda dah boleh mula main piano ni dengan menggunakan mouse ataupun keyboard.

Selamat mencuba!

2012/11/24

Buah Beka

Pernah dengar nama buah beka? Pernah tengok rupa dia macam mana? Pernah makan?

Haha. Mungkin ada di kalangan anda yang pernah mendengar, melihat, atau merasa buah beka.

Semalam saya ke rumah saudara di Pokok Sena, Kedah. Ketika kami hendak pulang, Ngah dan seorang sepupu saya memberikan kepada kami sebiji buah beka.

Tak pernah dengar pun sebelum ni ada buah bernama beka. Pelik juga namanya. Kata Ngah, buah ni pahit sedikit tapi sedap dibuat kerabu.

Saya pulang ke rumah dan meng’google’ berkenaan khasiat buah yang pelik ni. Hasilnya saya nak kongsi dengan anda.

Sebenarnya buah beka ni agak terkenal di negeri-negeri pantai timur, cuma mungkin di sebelah pantai barat ni agak janggal sedikit.

Beka yang mempunyai nama saintifik Oroxylum indicum adalah daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae.

Ia mempunyai pokok yang besar, batangnya lurus manakala daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan. Pokok ini turut mengeluarkan bunga berwarna keunguan. Buahnya pula berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti parang.

Buahnya yang muda berwarna hijau tetapi apabila masak ia bertukar kehitaman.

Rasanya seperti yang saya sebut di atas, agak pahit tetapi sedap dibuat kerabu. Kalau nak dijadikan sebagai ulam, buah beka yang muda selalunya dibakar bagi mengurangkan rasa pahitnya.

Buah beka juga baik untuk kesihatan. Antara khasiat yang terdapat dalam buah ini ialah ia boleh mencuci darah.

Bagi mereka yang baru lepas bersalin digalakkan untuk memakan buah ini kerana ia boleh membantu menambahkan susu ibu.

Rebusan daun beka pula jika diminum boleh mengurangkan demam atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.

Akarnya pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan selesema. Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum dipupuk di kepala.

Ha, dah tahu khasiat buah beka. Apa tunggu lagi? Esok insyaAllah mak ajak buat kerabu beka. Tak sabar nak rasa ni.

2012/11/23

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang


Dalam satu pertemuan bersama adik-adik Leadership Group (LG) MEDCY, sebuah kumpulan di bawah kendalian saya dan beberapa rakan yang lain, sebelum peperiksaan akhir semester satu yang lalu bermula, saya menyentuh tentang cita-cita.

Saya mengingatkan mereka bahawa cita-cita yang kita perlu bina bukan hanya sekadar cita-cita duniawi tetapi perlu juga ditanam cita-cita ukhrawi.

Hari ini, ramai pelajar yang belajar kerana ingin berjaya dalam bidang yang mereka idamkan. Mereka bercita-cita untuk berjaya dalam bidang masing-masing seterusnya kejayaan dalam akademik itu akan dibawa ke alam pekerjaan.

Di UIAM, bahkan di mana-mana pusat pengajian sekalipun, ramai yang belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah dan pointer yang tinggi. Tak kurang juga yang mengidam-idamkan Anugerah Dekan.

Tak salah jika ingin menggapai impian sebegitu. Ianya sangat bagus.

Tetapi ramai yang berhenti bercita-cita bila sudah berjaya dalam akademik ataupun kerjaya.

Jika hanya bercita-cita untuk mendapat pointer tinggi, kemudian menjadi seorang doktor kerana ingin hidup senang atau mungkin dapat membantu orang yang sakit, bagi saya tak cukup sekadar itu.

Sebagai seorang yang bergelar Muslim, kita juga sepatutnya mempunyai cita-cita yang dapat memberi saham akhirat kepada kita.

Jika kita ingin menjadi doktor, alasannya bukan hanya sekadar ingin membantu orang. Optimiskan pemikiran.

Sebagai contoh, di samping mengubati penyakit, kita juga ingin menyampaikan dakwah kepada pesakit kerana orang yang sakit lebih mudah menerima nasihat apatah lagi dari seorang doktor yang mereka sangat percayai.

Orang yang mahu berbisnes, ingin membuka perniagaan baru dan mengaut keuntungan kerana dari keuntungan tersebut, dia mahu mendermakannya kepada anak-anak yatim dan rakyat Islam di Palestin.

Tak kisahlah nak pasang apa-apa mimpi sekalipun, asalkan mimpi itu bisa menjadi cita-cita, dan cita-cita bukan hanya di dunia tetapi memberi saham untuk akhirat juga.

BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG,
BIAR CECITA SAMPAI KE AKHIRAT.

2012/11/07

Min


SEKARANG

“Min, awak join MLM?” Aku bertanya kepada Min sewaktu menaiki tangga ke tingkat atas bangunan sambil mataku meliar-liar melihat sekeliling.

Min tidak menjawab. Aku ternampak kelibat dua orang lelaki menghampiri kami dari luar bangunan.

Belum pun sempat menyambung kata-kata, air kosong sebotol dilempar pada Min. Min basah. Min kesakitan.

“Hoi!” Aku menjerkah Zack dan Paan. Tanpa diduga air teh ais di tangan yang aku beli di kedai mamak sebelum ke sini, aku lemparkan kembali pada mereka berdua.

“Jangan nak tunjuk samseng la kat sini!” Mereka berdua beredar dari situ. Baru puas hati aku. Orang-orang seperti mereka tak boleh dibiarkan saja. Silap-silap, melampau perangai mereka. Mereka ingat mereka mampu lakukan apa sahaja.

“Min, awak ok?” Tumpuanku kembali kepada Min. Aku membantunya ke tepi dan duduk di bangku. Min hanya menahan kesakitan.

“Diorang datang sebab MLM?” Min hanya mendiamkan diri dari tadi. Aku tahu, memang agak sukar baginya untuk menjelaskan perkara sebenar.

*****

SEBULAN YANG LALU

“Min, kau cakap benda ni bagus, lumayan, tolong orang Melayu konon. Tapi sekarang kau tengoklah sendiri. Tengok aku. Apa yang aku dapat? Kau tipu aku. Semua apa yang kau cakap dulu bohong, tak menjadi.” Min tunduk. Kepalanya sakit.

“Sekarang kau bagitahu aku, apa yang kau dah buat dengan duit yang aku laburkan dulu?” Zack mendesak. Jiwa dan fikirannya tidak tenang. Mana tidaknya, duit beribu yang dia kumpul bertahun-tahun hilang sekelip mata dek termakan janji-janji manis Jay.

“Saya tak tahu Zack. Lepas saya kenalkan Abang Jay pada awak, saya terus tak terlibat secara langsung lagi dengan benda ni. Saya tak pernah tahu yang Abang Jay tu penipu.”

“Ah! Kau pun sama ja. Tak payahla nak berlakon depan aku. Aku tahu kau pun bersubahat sekali dengan mamat penipu tu.” Amarah Zack membuak.

“Zack, tolonglah. Betul, saya tak tahu pasal hal ni.” Min merayu.

“Ah, sudahlah!” Zack meninggalkan Min di situ. Kelopak mata Min mula bergenang. Min menangis.

Setelah menyedari dia sudah lama berada di situ, Min pulang ke bilik.

*****

“Min! Saya ada berita baik nak kongsi dengan awak,” aku menegur Min sebaik Min memasuki bilik. Tangannya aku capai.

Min hanya tersenyum kecil, cuba menyembunyikan perasaannya. Matanya masih belum kering.

“Min, awak nangis?” aku terkejut melihat Min berkeadaan sedemikian. Aku merenung matanya.

Min tidak mampu lagi menahan air matanya dari menitis. Min mendakap erat aku dan menangis di bahuku. Aku hanya terdiam, tidak mengerti apa yang sedang berlaku pada Min.

Setelah melihat Min kembali tenang, aku mulakan pertanyaan.

“Awak gaduh dengan Zack lagi ke?” Min diam. Bagiku, diam tanda setuju.

“Zack ni tak habis-habis lagi ke nak kacau orang? Sejak buka sem sampai sekarang dia asyik buat perangai. Apa masalah dia ha?” Aku melepaskan kemarahanku. Geram aku bila hampir setiap hari melihat Min menangis disebabkan Zack.

*****

Tamat kelas Kimia, aku mendapatkan Zack.

“Zack. Kau ni kenapa ha? Suka sangat sakitkan hati Min,” aku menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Eh, kau tanya la dia sendiri,” Zack malas melayan soalanku.

“Aku dah tanya dia berkali-kali. Sekali pun dia tak pernah bagitahu aku. Sekarang kau dah ada depan mata aku, kau cakap kat aku apa punca semua ni?” Zack diam seketika. Berfikir sama ada dia patut menjawab soalanku atau tidak.

“MLM,” Zack terus beredar dari situ setelah memberikan jawapan sepatah sedangkan aku sendiri belum memahami situasi ini sepenuhnya.

“MLM?” Aku terdiam. Otak ligat mencari jalan keluar.

*****

SEKARANG

“Min, cuba awak ceritakan perkara yang sebenarnya pada saya,” aku kembali ke topik asal yang membuatkan Zack tidak puas hati kepada Min. Lama juga Min berdiam. Aku tahu dia sedang mencari kekuatan untuk meluahkan masalah ini padaku.

“Sebenarnya…” Min menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata-kata.

“Saya pernah kenalkan Zack dengan Abang Jay, salah seorang orang kuat MLM yang saya sertai dulu. Lepas dari perkenalan tu, saya terus tak terlibat secara aktif dengan program ni sebab waktu tu cuti sem, saya pulang ke Kedah.”

Aku mula berminat mendengar kisah Min.

“Buka je sem, saya dapat tahu Zack ada masalah dengan Abang Jay. Zack kata dia ditipu.”

“Dengan Abang Jay?”

“Ya. Abang Jay pernah berjanji macam-macam pada Zack. Zack termakan kata-kata manis Abang Jay. Dia laburkan wang beribu ringgit sebab ikut cakap Abang Jay.”

“Jadi sebenarnya Abang Jay memang betul penipu?”

“Itu yang saya belum pasti sebenarnya. Saya cuba hubungi dia tapi sampai sekarang belum ada khabar berita. Saya sendiri tak pasti Abang Jay di mana.”

“Awak ada cuba tanya pada pihak MLM?”

“Dah. Tapi diorang sendiri pun tak tahu di mana dia sekarang,” Min merenung jauh. Aku tahu fikirannya masih serabut.

“Jadi bermakna awak tak bersalah dalam hal ni Min.”

“Entahlah. Saya sendiri tak faham. Salah saya juga sebab kenalkan Abang Jay pada Zack.”

“Sekarang ni apa yang awak nak buat?”

“Saya buntu. Tak tahu nak buat macam mana. Saya cuba bagitahu perkara sebenar pada Zack tapi dia tak nak dengar.”

Aku diam, berfikir sedalam-dalamnya mencari solusi bagi permasalahan ini. Aku tahu Zack salah faham terhadap Min.

*****

“Sekarang ni korang berdua dah ada kat sini. Aku nak korang selesaikan masalah ni sekarang,” aku memandang wajah Zack dan Min satu persatu. Sukar ditafsir.

“Zack, saya minta maaf kalau awak rasa saya yang bersalah dalam hal ni. Mungkin benar semuanya berpunca dari saya sebab kenalkan awak dengan Abang Jay tapi…” Belum sempat Min menghabiskan kata-kata, Zack mencelah.

“Ha, baru nak sedar! Memang semua ni salah kau. Disebabkan kau aku rugi beribu ringgit.” Suasana kembali gamat.

“Hei Zack. Boleh tak kau tolong dengar dulu penjelasan Min. Tolonglah bagi kerjasama kalau nak benda ni selesai,” aku cuba mengawal emosi Zack. Zack diam. Bagiku perangainya tidak matang.

“Sebelum ni, saya tak pernah tahu yang Abang Jay tu penipu. Sepanjang cuti sem, saya tak mengikuti langsung perkembangan MLM sebab saya di Kedah. Saya cuma kenal Abang Jay di program. Saya pun ingat dia jujur tapi tak sangka jadi macam ni.”

“Bila buka sem, saya dapat tahu awak kena tipu dengan dia. Itu pun saya dengar dari Paan. Lepas tu awak serang saya dengan soalan bertubi-tubi.”

“Habis tu kenapa kau tak jawab soalan aku?” Zack mencelah.

“Saya sendiri bingung dengan keadaan waktu tu. Lama-kelamaan baru saya tahu cerita sebenar. Saya cuba hubungi Abang Jay tapi tak dapat. Saya cari dia di program dan pusat, mereka cakap dia dah lama hilangkan diri.” Zack kembali tenang.

“Saya minta maaf, Zack. Sebab saya awak jadi macam ni.” Min tunduk. Zack pula diam.

“Habis tu si Jay tu macam mana? Takkan nak biarkan je?” Zack kembali bertanya. Nadanya kurang sabar.

“Jangan risaulah Zack. Kita masih ada jalan. Lapor ja pada pihak berkuasa. Biar diorang yang uruskan.” Kali ini giliran aku pula mencelah.

“Lepas ni korang dua tolonglah berbaik semula. Aku penat tau tengok korang bergaduh tiap-tiap hari.” Aku cuba memujuk.

“Aku minta maaf Min.” Zack memandang wajah Min.

“Saya juga minta maaf Zack.” Min dan Zack saling memandang.

“Sahabat?”

“Sahabat.” Min dan Zack tersenyum.

“Dah, dah cukup. Ni lah korang. Bila dah berbaik semula aku pula yang korang lupa.” Aku buat-buat merajuk. Mereka berdua hanya tersenyum melihat telatahku.

“Jom minum. Min belanja,” aku mencadangkan. Perut pun sudah mula berirama.

“Err…ok.” Min terkejut tapi tetap menerima cadanganku dengan seukir senyuman.

TAMAT

2012/07/31

Berjalan, melihat, dan mentafsir

Alhamdulillah. Sehingga ke saat ini, kita masih diberi nafas dan nyawa pinjaman dari Allah SWT. Kita masih berada dalam bulan Ramadhan yang mulia. Hari ini 11 hari kita berpuasa, permulaan fasa keampunan Allah.

Ketika pulang dari satu kem yang memerlukan perjalanan pulang selama satu jam, saya duduk di bangku sambil menunggu ketibaan LRT. Di sebelah saya, seorang mak cik tukang sapu yang duduk berehat seketika kerana penat menyapu di bulan puasa.

“Mak cik duduk jap. Letih.. Biasalah bulan puasa ni. Selalu kalau hari biasa tak macam ni. Maklumlah kerja dari pagi sampai petang. ”

“Takpe mak cik. InsyaAllah pahala banyak. Tambah-tambah bulan puasa ni.”

“InsyaAllah amin. Nak ke mana ni?”

“PJ.”

“Dulu mak cik pun macam ni lah. Belajar kat sekolah pondok.”

“Pondok mana tu mak cik?”

“Dekat kampung.”

LRT yang menghala ke arah bertentangan tiba.

“Dulu mak cik pun pakai macam ni. Tapi sekarang ni tak bolehla sebab kerja. Handsock ni pun mak cik pakai sebab mak cik takut. Tengok orang lain biasa je sinting lengan baju yang dah pendek pun.”

“Betul lah tu mak cik.”

“Mak cik tak berani nak bukak handsock ni. Seluar ni pun sebab terpaksa.”

“Takpe mak cik. Asalkan tutup aurat dah cukup.”

“Anak-anak mak cik pun mak cik hantar semua ke sekolah agama.”

LRT yang dinanti-nanti tiba.

“Ok lah mak cik. Minta diri dulu.”

“Ok. Hati-hati.”

Kami bersalaman dan saya mencium tangannya. Sepanjang perjalanan, terngiang-ngiang dialog antara kami yang tak sampai 5 minit pun. Saya berfikir dan berfikir. Ya, ini bukan soal aurat lagi!

Saya yakin ramai yang sudah tahu tentang batas-batas aurat lelaki dan perempuan. Tetapi belum cukup ramai yang mahu melaksanakan apa yang telah diperintahkan. Ya, ini bukan soal tahu tetapi mahu!

Tetapi saya lebih suka melihat kepada konteks yang berbeza. Faktornya bukan pada kefahaman. Dalam situasi tadi sebagai contoh, mak cik tersebut faham tetapi beliau tidak mampu menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

Bagaimana?

Peraturan pemakaian kemeja berlengan pendek ditetapkan oleh pihak tertinggi syarikat. Semua pekerja tidak kira lelaki mahupun perempuan wajib mematuhi peraturan tersebut. Perkara sebegini menjadi sedikit sukar terutama kepada mereka yang mengetahui konsep aurat dalam Islam.

Seharusnya, pihak pentadbiran syarikat tersebut memahami keperluan bagi seorang Muslim dan Muslimah lebih-lebih lagi di negara majoriti umat Islam ini. Namun, lain pula jadinya bila peraturan yang sudah ditetapkan bercanggah dengan etika pemakaian dalam Islam.

Bagi yang benar-benar memahami konsep aurat ini tidaklah sukar untuk mereka mencari jalan keluar dari masalah ini. Lain pula bagi mereka yang tidak memahami dengan betul, mereka tidak dapat lari dari bergelumang dengan dosa saban hari.

Tidakkah kita peka dengan masalah ini?

Sewaktu penjajah menjajah Tanah Melayu, mereka bukan hanya menjajah fizikal kita bahkan mental dan rohani. Bagaimana setelah sekian lama perjuangan memerdekakan Tanah Melayu yang mengorbankan ribuan nyawa umat Islam akhirnya berakhir hanya dengan menandatangani perjanjian?

Pernahkah anda terfikir?

Saya tidak mahu mengupas dengan lebih mendalam isu ini. Saya yakin masing-masing punya pandangan yang mungkin juga bercanggah dengan apa yang bermain di fikiran saya.

Serangan pemikiran yang dilakukan sejak dahulu sehingga ke hari ini oleh golongan yang menentang Islam sudah menampakkan hasil yang memuaskan. Lihat sahajalah di sana sini, pengaruh budaya hitam menular dalam kalangan anak-anak muda Islam.

Hiburan melampau. Batas pergaulan tak dijaga. Zina berleluasa. Macam-macam masalah sosial berlaku.

Dalam kisah di atas pula, kita dapat lihat bagaimana serangan tersebut terbawa-bawa sehingga ke penetapan peraturan pemakaian sebuah syarikat. Mereka menganggap pakaian yang dianjurkan oleh Islam begitu kolot dan tidak kena dengan skop kerja mereka.

Hasilnya, peraturan pemakaian kemeja berlengan pendek dan seluar panjang ditetapkan. Ianya tampak biasa tapi menjadi isu besar jika diselusuri dengan lebih mendalam. Ia membuktikan bahawa golongan yang menentang Islam sudah pun berjaya menawan hati masyarakat Islam.

Wahai saudara-saudara Muslimku. Sedarlah dari terus dibuai mimpi indah mainan tidur. Masih banyak yang perlu kita lakukan. Di negara-negara lain, umat Islam ditindas, diserang secara fizikal.

Ingatlah saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Thailand, Myanmar, Afghanistan, di seluruh pelusuk dunia. Jika tidak ditindas secara fizikal, mental pula yang dituju.

Bangkitlah wahai umat Islam! Sedarlah dari lamunanmu! Jangan biarkan umat Islam tewas! Jauhi ancaman-ancaman luar yang membinasakan!

Moga Islam akan mencapai kemenangan dan kegemilangan sehingga ke akhirnya.

11:20 AM
31/7/2012

2012/04/11

Kebangkitan Rakyat Syria Bhgn 1: Fakta Umum dan Kronologi Ringkas


Fakta Umum Syria

1) Sejarah Ringkas Syria Moden

Selepas Perang Dunia Pertama, Perancis menjajah Syria, bekas kawasan Turki Uthmaniyah sehingga tahun 1946. Pada Februari 1958, Syria bergabung dengan Mesir menjadi Republik Arab Bersatu, tetapi hanya bertahan sehingga September 1961 sahaja. Pada November 1970, Hafiz al-Asad daripada Parti Sosialis Baa’th dan minoriti Alawi berjaya menguasai Syria secara coup d’etat. Semasa Perang Arab-Israel 1967, Israel merampas Bukit Golan. Pada Julai 2000, Bashar al-Asad menggantikan ayahnya sebagai Presiden setelah kematiannya sehingga kini.

2) Geografi

Timur Tengah, bersempadankan Laut Mediterranean, Turki, Iraq, Jordan, Israel dan Lebanon.

Peta Syria
3) Sosial

Penduduk       : 22.7 juta
Etnik               : Arab 90.3%, Kurdis, Armenia dan lain-lain 9.7%
Agama            : Sunnah wal Jamaah 74%, Syiah (Alawi, Druz) 16%, Kristian 10%, Yahudi (komuniti kecil di Daq, al-Qamishili, dan Aleppo)
Negeri             : 14 – Al Hasakah, Al Ladhiqiyah (Latakia), Al Qunaytirah, Ar-Raqqah, AsSuwayda’, Dar’a, Dayr az Zawr, Damshiq (Damascus), Halab, Hamah, Homs, Idlib, Rif Dimashq (Pinggiran Damsyiq), Tartus.

4) Ekonomi

Unit kewangan   : 1 paun Syria = 100 piastres
Industri               : Petroleum, Gas Asli, Pertanian, Pelancongan
PNK per kapita  : US $ 2,790 [Malaysia: US $ 8,373]

5) Politik

Syria diperintah oleh Parti Baa’th. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga Asad yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar. Tiada posisi bagi ahli sunnah wal jamaah.

Kebangkitan Syria

Antagonis
·        Bashar al-Asad
·        Syiah Alawi
Bashar al-Asad
·        Rusia
·        China
·        Iran
·        Israel
·        Hizbullah

Protagonis
·        Majoriti (95%) rakyat Syria
·        Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army): Kumpulan ketenteraan rakyat Syria
·        Majlis Kebangsaan Syria (Syrian National Council): Pakatan pembangkang Syria & kerajaan dalam buangan
·        Jawatankuasa Koordinasi Tempatan Syrian (Local Coordination Committees of Syria): rangkaian wartawan Syria

Figur Utama Kebangkitan

1) Ulama’:
·        Syeikh Abul Huda
·        Dr. Yusuf al- Qaradawi
·        Adnan al-Aroor

2) Kanak-kanak:
·        Hamza al-Khateeb
·        Hamzah Bakur

3) Pemimpin:
·        Burhan Ghalioun (Pengerusi Majlis Kebangsaan Syria)
·        Riad Mousa al-Asaad (bekas Kolonel Tentera Udara Syria dan menjadi Komander Tentera Pembebasan Syria pada Julai 2011)

4) Aktivis:
·        Ibrahim Qashoush (Penulis lirik lagu protes)
·        Haitham al-Maleh (Bekas Hakim)


Kronologi Ringkas Kebangkitan Rakyat Syria

2011 Mac – Permulaan Revolusi Syria

Lebih 15 kanak-kanak lelaki (berumur 10-15 tahun) yang menconteng graffiti di bangunan sekolah: “As-Shaab Yurid Iskaat el Nizam! (Rakyat Mahu Menjatuhkan Rejim!)”. Akhirnya mereka ditangkap oleh pasukan keselamatan Syria, dipenjara, diseksa, dicabut kuku kaki dan tangan, dan dicabul. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga beliau meminta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. Tetapi kerajaan telah meletakkan syarat jika kanak-kanak tersebut ingin dilepaskan, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan, lantas berlakulah kebangkitan rakyat di Syria.


Setiap hari Jumaat akan diadakan demonstrasi besar-besaran dengan pelbagai nama spesifik bagi menyampaikan mesej: Jumaat Khalid al-Walid, Jumaat Kemenangan, Demonstrasi “Hari Maruah” yang diadakan di Damsyik menuntut pembebasan tahanan politik. Kira-kira 35 orang telah ditangkap. Pada satu perhimpunan “Hari Kemarahan” di bandar selatan Dar’a, pasukan keselamatan menembak mati beberapa orang awam, lalu mencetuskan rusuhan ganas dan lebih banyak kematian penduduk awam.

Kerajaan mengumumkan beberapa langkah pendamaian dan membebaskan puluhan tahanan politik dalam usaha untuk mengurangkan tentangan. Presiden Assad menafikan kezaliman kerajaan, dan menuduh penunjuk perasaan sebagai ejen-ejen Israel dan Amerika (kenyataan sama yang diguna pakai oleh Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi).

2011 April – Akta Darurat (sejak 1963) ditarik balik.

2011 Mei – kereta kebal tentera memasuki Dar’a, Banyas, Homs dan pinggir bandar Damsyik dalam usaha untuk menghancurkan protes anti-rejim.

Amerika Syarikat mengetatkan sekatan sebagai respons kepada tindakan zalim kerajaan Syria ke atas penunjuk perasaan. Kesatuan Eropah mengikuti langkah yang sama.

Presiden Assad mengumumkan pengampunan bagi tahanan politik.

2011 Jun – Kerajaan berkata bahawa 120 anggota pasukan keselamatan telah dibunuh oleh “pemberontak bersenjata” di bandar barat laut Jisr al-Shughour. Tentera mengepung bandar dan lebih daripada 10,000 orang melarikan diri ke Turki.

Presiden Assad berikrar untuk memulakan “dialog nasional” berkenaan reformasi.


2011 Jun – Pemerhati nuklear IAEA memutuskan untuk melaporkan Syria kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas dakwaan program rahsia nuklear reaktor program. Perumahan struktur reaktor yang dikatakan telah musnah dalam serangan udara Israel pada tahun 2007.

2011 Julai – Presiden Assad memecat gabenor wilayah utara Hama selepas demonstrasi besar-besaran di sana, akhirnya menghantar tentera untuk memulihkan keadaan pada dengan mengorbankan nyawa orang awam.

Berpuluh-puluh aktivis pembangkang bertemu di Istanbul untuk membentuk pakatan pembangkang.

2011 Ogos – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan sekutunya menyeru kepada Presiden Assad untuk meletak jawatan.

2011 Oktober – Majlis Kebangsaan Syria (Syrian National Council) yang baru dibentuk mengatakan bahawa ia telah menjalinkan satu pakatan bersama aktivis pembangkang dalam dan luar negeri.

Rusia dan China menggunakan kuasa veto bagi menghalang resolusi PBB mengutuk Syria.

2011 November – Liga Arab mengundi untuk menggantung Syria, menuduh ia gagal untuk melaksanakan pelan damai Arab. Pada minggu seterusnya, Liga Arab mengundi untuk mengenakan sekatan ekonomi.

Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army) menyerang pangkalan tentera berhampiran Damsyik dalam serangan yang paling berprofil tinggi sejak protes bermula.

Penyokong kerajaan menyerang kedutaan asing di Syria.


2011 Disember – Angka kematian sudah meningkat lebih 5,000, diumumkan PBB.
Syria bersetuju untuk inisiatif Liga Arab yang membenarkan pemerhati Liga Arab datang ke Syria.

Pengeboman berkembar di luar bangunan keselamatan di Damsyik membunuh 44. Pembangkang mengesyaki serangan dilaksanakan kerajaan.

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Homs untuk menyambut pemerhati Liga Arab.

TV milik kerajaan melaporkan lebih daripada 700 tahanan dibebaskan.

2012 Januari – Pengeboman berani mati membunuh 26 orang di Damsyik. Kerajaan berjanji akan menyerang balas secara kuku besi.

Liga Arab menggantung misi pemantauan kerana keganasan yang semakin teruk.

2012 Februari – Homs yang dihujani bom rejim Bashar al-Asad, Baba Amr antara kawasan yang paling terjejas.

Draf Resolusi Majlis Keselamatan PBB ke atas Syria disekat oleh Rusia dan China.

Dua buah kapal perang Iran berlabuh di Syria.

Bersambung ke Bahagian 2...

Sumber:

Kebangkitan Rakyat Syria Bhgn 2: Apa Yang Kita Perlu Tahu dan Kenyataan Ulama'


Apa Yang Kita Perlu Tahu?

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apakah penyembelihan umat Islam Syria di zaman Hafez Al-Asad?

Hafez al-Asad
- Penyembelihan Hayyul Masyariqah di dalam wilayah Halab:
Berlaku pada pagi hari Raya Adilifitri bertarikh 11 Ogos 1980 ketika penduduk sedang menziarahi sanak-saudara serta jiran tetangga, seorang tentera berpangkat tinggi, Hashim Ma’ala bersama-sama sekumpulan tentera lain mengepung kawasan Masyariqah dan mengarahkan lelaki-lelaki keluar dari rumah, kemudian mereka melepaskan tembakan hingga membunuh 86 orang penduduk, kebanyakkan adalah kanak-kanak.

- Penyembelihan Taman El-Qasr di Halab:
Hari kedua Aidilfitri bersamaan 12 Ogos 1980 juga diketuai oleh Hashim Ma’ala telah memberkas dan mengumpulkan 35 orang penduduk Halab lalu mereka dibunuh beramai-ramai.

- Penyembelihan di Hama:
Pada tahun 1982, oleh sebab ingin menggagalkan usaha pembangkang, Rejim Syria membunuh hampir 46000 ribu penduduk Hama, selama 27 hari.

3) Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?

Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah:

1)      Mereka bertuhankan matahari.
2)      Mereka bertuhankan bulan.
3)      Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
4)      Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.

Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.

Bendera Syria
4) Apakah pandangan ulama’ terhadap fahaman Syiah Nusairi?

Ijma’ Ulama’ Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat.

5) Apakah hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

6) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Selain pelbagai hubungan perniagaan, sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria ($5 billion).

Syria dan Russia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Pada zaman Presiden Hafez Al-Assad ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Rusia.

Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis. Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di perlabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan perlabuhan Russia di utara Eropah disalut oleh air batu, maka perlabuhan Syria menjadi tempat terbaik.


7) Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti-Israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dan lain-lain.

Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi rejim Bashar al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

8) Apakah punca Kebangkitan Rakyat di Syria?

Sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka. apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah "RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN". slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.


9) Bagaimana keadaan rakyat Syria sekarang?

·        Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 9,000 orang rakyatnya sendiri.
·        Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.
·        Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.
·        Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.
·        Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar.
Sebelum berdemonstrasi, penunjuk perasaan akan mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini.

10) Apa yang patut saya buat untuk membantu Rakyat Syria?

·        Membaca doa qunut Nazilah pada setiap ruku’ rakaat terakhir setiap waktu solat
·        Mengambil cakne segala perkembangan terbaru di Syria
·        Menyebarkan maklumat mengenai Kebangkitan di Syria kepada keluarga, kenalan dan masyarakat umum sama ada melalui media massa atau media alternatif
·        Memberi sumbangan derma kepada rakyat Syria melalui saluran yang diyakini
·        Menyertai demonstrasi solidariti untuk rakyat Syria


Kenyataan Ulama’

Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya’aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar:

Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk kita tidak boleh duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, menghalang mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak rakyat. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah. Maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh penduduk secara berleluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria.


Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:

1)      Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri dari melaksanakan arahan rejim.
2)      Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan yang termampu kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan yang diperlukan.
3)      Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.
4)      Wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain melakukan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.
5)      Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini (kerana dua wilayah ini belum menerima tekanan seperti wilayah-wilayah lain)
6)      Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim.


Kenyataan rasmi dari Al-Azhar berkaitan pembunuhan di Syria:

1)      Menuntut umat Islam dan Arab serta Liga Arab bertindak segera menghentikan pertumpahan darah dan kemusnahan di Syria ketika ini
2)      Rakyat Syria tidak memerlukan kenyataan demi kenyataan yang mengutuk tindakan ganas tentera tetapi mereka perlu kepada tindakan berani dan segera dari masyarakat Arab terutama Liga Arab
3)      Menyeru rakyat Syria yang mendukung revolusi untuk bersabar dan meneruskan perjalanan mereka bagi menuntut keadilan dan kebebasan serta membersihkan negara mereka dari kerosakan, kezaliman dan korupsi
4)      Menegaskan bahawa sesiapa yang dibunuh tanpa hak maka dia adalah syahid.
5)      Menyeru kepada tentera yang dijadikan ‘alat’ kepada pemerintah bagi membunuh saudara mereka dari kalangan anak bangsa bahawa keutamaan mereka ialah melindungi rakyat. Mereka perlu tahu bahawa tidak boleh mentaati kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.
6)      Wahai tentera Syria! Kalian sama sekali tidak layak untuk menjawab kelak di hadapan Allah pada Hari Kiamat: “Sesungguhnya kami menerima arahan dan kami terpaksa untuk membunuh saudara-saudara kami” kerana negara zalim itu hanya seketika tetapi negara ditegakkan atas kebenaran itu hingga Kiamat.


Firman Allah: (Jangan kamu menyangka bahawa Allah lupa apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim kerana Dia sengaja melewatkan azabnya pada hari mata manusia akan terbeliak) Surah Ibrahim: Ayat 42

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali as-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya Sahih.

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi pula telah mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Syria yang terbunuh menetang kekejaman rejim Basyar Asaad adalah seorang yang SYAHID.

Kembali ke Bahagian 1...

Sumber:

2012/04/10

Membuat Minus One Music


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua?

Hari ni saya nak berkongsi tentang satu software yang boleh anda gunakan untuk meng-edit lagu atau suara. Antara perkara yang paling mudah untuk dibuat menggunakan software ni ialah membuat lagu minus one dari mp3 sedia ada yang mempunyai central voice (suara penyanyi dapat didengari dari kedua-dua belah kiri dan kanan speaker/headphone).

Software yang saya maksudkan ialah Audacity. Anda boleh download sahaja di http://audacity.sourceforge.net/ secara percuma di internet dan terus boleh mula meng-edit music yang anda mahukan.

Di sini saya sediakan tutorial tentang cara membuat minus one music menggunakan software ini.



Kekurangan software ini ialah, kualiti music minus one yang dihasilkan tidaklah begitu baik. Anda mungkin masih dapat mendengar suara penyanyi sayup-sayup sahaja di belakang kerana software ini cuma mengurangkan amplitude suara penyanyi, tidak membuangnya secara total.

p/s: Kalau nak edit pun jangan sampai lupa tanggungjawab2 yang lain ye..

Selamat mencuba. ^_^

Virtual Piano

Assalamualaikum wbt. Apa khabar?

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu meluangkan masa sejenak untuk membuka laptop, connect broadband, buka facebook, check email, and last but not least playing the virtual piano. Best sebenarnya buat benda-benda macam ni especially piano tu. Saya yakin mungkin ada yang tak pernah tahu atau dengar apa itu virtual piano. Jadi, post saya kali ini berkisar tentang sejenis online instrument yang dinamakan virtual piano.

Real Piano
Dalam bahasa mudah, virtual piano bermaksud piano maya. Kita bermain piano di alam maya, iaitu di internet melalui PC, bukan dengan menekan key-key piano yang sebenar tetapi dengan menekan keyboard yang telah tersedia bersama PC atau laptop.

Apa yang best sangat main virtual piano ni? Bagi orang-orang yang sangat meminati music terutama piano tapi tak mampu nak beli real piano atau nak masuk kelas piano atau pendek kata tidak mempunyai instrument piano, bolehlah melepaskan keinginan dengan cara ni. Bunyi yang dihasilkan oleh virtual piano ni boleh dikatakan 99% sama dengan real piano. Cuma yang menjadi kekurangannya ialah, key yang terdapat dalam virtual piano tidaklah sebanyak real piano.

Disebabkan bunyi yang dihasilkan oleh virtual piano ni hampir sama dengan real piano, music yang dimainkan juga sedap bunyinya. Lagu penuh pertama yang saya berjaya mainkan ialah Titanic versi mudah dan lagu kedua Song of The Secret Garden. Best!

Virtual Piano
Kat mana nak cari virtual piano ni? Bagi yang nak try, saya sarankan anda ke laman web http://www.virtualpiano.net/. Setakat ni inilah yang paling best bunyinya dan paling banyak key yang saya jumpa di internet. Kalau ada sesiapa yang terjumpa mana-mana website yang lebih best, ayuh kongsikan dengan saya. Virtual piano yang saya bagi di atas tak perlu dimuat turun, hanya mainkan terus di laptop.

Dalam website ni juga ada disertakan beberapa simple music sheet tapi tak banyak pun. Kalau nak dapatkan lebih banyak virtual piano music sheet, boleh cuba di https://www.facebook.com/VirtualPiano atau http://virtualpianosheet.blogspot.com/ atau search sahaja melalui Google.

Lagi satu tip untuk anda. Sekiranya anda ingin menjimatkan kos online broadband tapi still nak main virtual piano ni, anda cuma perlu buka website virtual piano tu, kemudian disconnect broadband. Tapi bunyi yang dihasilkan berkemungkinan akan jadi lambat sikit.

p/s: Nak main tu janganlah sampai melalaikan pula ye.

Selamat Mencuba! ^__^