Selalunya, bila bersembang-sembang dengan
senior yang ada di Kuantan ni, salah satu soalan yang menjadi suatu kemestian
untuk ditanya ialah bidang yang saya ambil.
“Course apa?”
“Applied Chemistry.”
“Oh, course baru tu ea? Oh, batch
korang dah bukak…”
“A’ah, first batch.”
“Oh… Best tak? Belajar apa ea?”
“Belajar Chemistry la. Organic
Chemistry, Inorganic Chemistry, Mathematics, Physics…”
“Oh, bestnye!”
Kalau ditanya tentang sebab mengapa kami memilih
bidang ini, jawapan yang mungkin hadir hanya dua atau lebih.
- Sebab minat Chemistry.
- Sebab tak minat Biology.
Ops…betoi ka?
Kalau tanya saya, sebab yang pertama tu
sangat valid. Sebab yang kedua tu pula agak kejam. Secara asasnya, saya
bukanlah tidak meminati Bio, tapi kalau diberi peluang untuk memilih antara
kedua-dua subjek ini, pastinya saya akan pilih Chemistry.
Dulu saya pernah bercita-cita nak jadi
seorang ahli forensik. Maklumlah, banyak sangat tengok cerita CSI kat tv. Dan saya
pernah suarakan hasrat saya ni pada mak saya. Pada mulanya dia macam berat nak
benarkan sebab dalam tv tu asyik bekerja dengan mayat saja, tapi setelah saya
menunjukkan minat saya yang betul-betul mendalam, barulah dia membenarkan.
Tapi, cita-cita saya nak jadi CSI ni
berubah bila saya belajar di peringkat yang lebih tinggi. Tambahan pula, bila
saya buat sedikit kajian dan pembacaan berkenaan bidang Sains Forensik ini di
Malaysia, saya dapati peluang pekerjaannya sangat sedikit!
Ada mahasiswa yang dah habis belajar di
bidang ini tapi tak boleh kerja sebagai CSI. Sebabnya sistem kemasukan yang
berbeza dengan negara luar. Setahu saya, kalau nak jadi ahli forensik, kena
masuk melalui Akademi Polis. Kebanyakan pelajar Sains pula berkaca mata. Orang yang
rabun langsung tidak layak untuk menganggotai pasukan polis, walaupun hanya
sebagai seorang ahli forensik.
Tapi itu cerita beberapa tahun dahulu. Saya
pun tak pasti sama ada ianya masih kekal begitu ataupun sudah dipinda.
Applied Chemistry vs Pure Chemistry
Secara mudah, Kimia Tulen lebih fokus terhadap
teori dalam Kimia manakala Kimia Gunaan lebih kepada aplikasi Kimia di
lapangan. Mudahnya, saya bagi satu analogi.
Ada dua orang yang bernama A dan B di satu
kedai makan. Mereka diberi semangkuk laksa dan diminta untuk menyediakan
semangkuk laksa yang sama. A tahu dan faham resepi dan cara penyediaannya, tapi
B tahu dan faham resepi dan cara penyediaannya serta mampu untuk memasak laksa
yang sama.
Peluang Pekerjaan
Berdasarkan maklumat dan perkongsian yang telah
diberikan oleh pensyarah-pensyarah dan senior-senior berpengalaman kepada kami,
peluang pekerjaan bagi bidang Kimia Gunaan ini sangat luas.
Pada masa sekarang, hampir kesemua industri
dan bidang yang ada di negara kita memerlukan khidmat profesional dalam bidang
Kimia. Contohnya, bidang perkapalan, perindustrian, pemakanan, pendidikan,
pertanian, perikanan, perhutanan, dan banyak lagi.
Jadi, peluang pekerjaannya sangat luas! InsyaAllah,
rezeki itu semuanya telah ditentukan olehNya. Kita hanyalah perlu berdoa dan
berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk masa depan kita.
Pesanan saya, kalau nak pilih bidang yang
hendak diceburi, pilihlah bidang yang paling diminati dan yakin boleh dibawa. Buat
sesuatu yang kita tak minat sangat membosankan, tapi buat sesuatu yang kita
suka dan minat sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika kita ikhlaskan niat
kerana Allah.
Selamat sore! (^_^)
10 comments:
wah,course yang menarik..
bagus sangat klu student2 skang ni membuka minda untuk melihat pelbagai lagi course yang kurang diceburi tapi agak penting pada amsa2 akan datang..
p/s: tabik ah,minat chemistry dr bio..sy mmg kureng chemistry nih..hihi
Assalamualaikum kak..sye mrupkan plajar sem 4 diploma sc uitm..sye brhasrat untk mlnjutkn plajaran dlm bdg kimia gunaan di uia kuantan. Soalan saye, adakah pelajar lepasan diploma sprti saye mmpnyai peluang yg besar untk mlnjutkan pelajaran di uia? Saya difhamkan uia kebiasaanya akan mgutamakan pelajar asasinya.
Assalamualaikum, kak
i really need ur help
saya dapat interview kos kimia gunaan saya perlu menghadiri ujian kelayakan. saya tak tahu what i need to know to seat that test. plis help me! ujian tu hari isnin ni!
Maaf sangat-sangat Fathimah Hawwa, saya ada kesulitan sedikit untuk menjawab soalan awak pada waktu tersebut. Saya doakan awak berjaya ya.
Tentang pemilihan pelajar, keutamaan pelajar asasi UIA memang ada tetapi ada juga pelajar lepasan diploma yang mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di UIA. Saranan saya, buat sahaja permohonan. InsyaAllah jika ada rezeki Allah perkenankan.
Assalamualaikum sis. Saya nak tanya, apa bezanya course pure chem, applied chem and chem (analysis forensic) ? Mohon pencerahan sis :)
Ada whatsapp tak? Klau bleh nk tanye lebih detail pasal Applied Chemistry.😀
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih atas soalan-soalan yang telah diberikan. Saya cuba menjawabnya.
1. Apakah perbezaan bidang Kimia Tulin, Kimia Gunaan, dan Kimia (Forensik)?
Sekadar pengetahuan saya, bidang-bidang ini hampir sama dari sudut subjek-subjek asas yang perlu diambil. Perbezaannya adalah pada subjek-subjek pengkhususan yang biasanya akan dipelajari pada tahun 2 ke atas di mana subjek bidang Kimia Gunaan lebih tertumpu kepada aplikasi Kimia dalam industri, penyelidikan, dan pengurusan makmal, manakala bidang Kimia (Forensik) akan lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan forensik. Begitu juga bidang-bidang Kimia yang lain seperti Food Chemistry, akan tertumpu kepada analisis atau penyelidikan yang berkaitan dengan makanan.
Sekiranya ada pertanyaan, emelkan ke hakimahismail92@gmail.com. InsyaAllah saya cuba menjawab soalan-soalan tersebut sekadar yang mampu. Terima kasih.
Salam sis, sy bakal student applied chem uia kuantan this Year..can i contact u for more info about this programme ?
Salam sis, sy bakal student applied chem uia kuantan this Year..can i contact u for more info about this programme ?
salam. lepasan dip bioteknologi boleh tak further degree kimia ni? mohon penjelasan
Post a Comment