2013/09/21

Kenapa Kimia Gunaan?

Selalunya, bila bersembang-sembang dengan senior yang ada di Kuantan ni, salah satu soalan yang menjadi suatu kemestian untuk ditanya ialah bidang yang saya ambil.

Course apa?”

Applied Chemistry.”

“Oh, course baru tu ea? Oh, batch korang dah bukak…”

“A’ah, first batch.”

“Oh… Best tak? Belajar apa ea?”

“Belajar Chemistry la. Organic Chemistry, Inorganic Chemistry, Mathematics, Physics…”

“Oh, bestnye!”

Kalau  ditanya tentang sebab mengapa kami memilih bidang ini, jawapan yang mungkin hadir hanya dua atau lebih.

  1. Sebab minat Chemistry.
  2. Sebab tak minat Biology.

Ops…betoi ka?

Kalau tanya saya, sebab yang pertama tu sangat valid. Sebab yang kedua tu pula agak kejam. Secara asasnya, saya bukanlah tidak meminati Bio, tapi kalau diberi peluang untuk memilih antara kedua-dua subjek ini, pastinya saya akan pilih Chemistry.

Dulu saya pernah bercita-cita nak jadi seorang ahli forensik. Maklumlah, banyak sangat tengok cerita CSI kat tv. Dan saya pernah suarakan hasrat saya ni pada mak saya. Pada mulanya dia macam berat nak benarkan sebab dalam tv tu asyik bekerja dengan mayat saja, tapi setelah saya menunjukkan minat saya yang betul-betul mendalam, barulah dia membenarkan.

Tapi, cita-cita saya nak jadi CSI ni berubah bila saya belajar di peringkat yang lebih tinggi. Tambahan pula, bila saya buat sedikit kajian dan pembacaan berkenaan bidang Sains Forensik ini di Malaysia, saya dapati peluang pekerjaannya sangat sedikit!

Ada mahasiswa yang dah habis belajar di bidang ini tapi tak boleh kerja sebagai CSI. Sebabnya sistem kemasukan yang berbeza dengan negara luar. Setahu saya, kalau nak jadi ahli forensik, kena masuk melalui Akademi Polis. Kebanyakan pelajar Sains pula berkaca mata. Orang yang rabun langsung tidak layak untuk menganggotai pasukan polis, walaupun hanya sebagai seorang ahli forensik.

Tapi itu cerita beberapa tahun dahulu. Saya pun tak pasti sama ada ianya masih kekal begitu ataupun sudah dipinda.

Applied Chemistry vs Pure Chemistry

Secara mudah, Kimia Tulen lebih fokus terhadap teori dalam Kimia manakala Kimia Gunaan lebih kepada aplikasi Kimia di lapangan. Mudahnya, saya bagi satu analogi.

Ada dua orang yang bernama A dan B di satu kedai makan. Mereka diberi semangkuk laksa dan diminta untuk menyediakan semangkuk laksa yang sama. A tahu dan faham resepi dan cara penyediaannya, tapi B tahu dan faham resepi dan cara penyediaannya serta mampu untuk memasak laksa yang sama.


Peluang Pekerjaan

Berdasarkan maklumat dan perkongsian yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah dan senior-senior berpengalaman kepada kami, peluang pekerjaan bagi bidang Kimia Gunaan ini sangat luas.

Pada masa sekarang, hampir kesemua industri dan bidang yang ada di negara kita memerlukan khidmat profesional dalam bidang Kimia. Contohnya, bidang perkapalan, perindustrian, pemakanan, pendidikan, pertanian, perikanan, perhutanan, dan banyak lagi.

Jadi, peluang pekerjaannya sangat luas! InsyaAllah, rezeki itu semuanya telah ditentukan olehNya. Kita hanyalah perlu berdoa dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk masa depan kita.

Pesanan saya, kalau nak pilih bidang yang hendak diceburi, pilihlah bidang yang paling diminati dan yakin boleh dibawa. Buat sesuatu yang kita tak minat sangat membosankan, tapi buat sesuatu yang kita suka dan minat sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika kita ikhlaskan niat kerana Allah.


Selamat sore! (^_^)

10 comments:

lightofourhope said...

wah,course yang menarik..
bagus sangat klu student2 skang ni membuka minda untuk melihat pelbagai lagi course yang kurang diceburi tapi agak penting pada amsa2 akan datang..

p/s: tabik ah,minat chemistry dr bio..sy mmg kureng chemistry nih..hihi

Anonymous said...

Assalamualaikum kak..sye mrupkan plajar sem 4 diploma sc uitm..sye brhasrat untk mlnjutkn plajaran dlm bdg kimia gunaan di uia kuantan. Soalan saye, adakah pelajar lepasan diploma sprti saye mmpnyai peluang yg besar untk mlnjutkan pelajaran di uia? Saya difhamkan uia kebiasaanya akan mgutamakan pelajar asasinya.

Unknown said...

Assalamualaikum, kak
i really need ur help
saya dapat interview kos kimia gunaan saya perlu menghadiri ujian kelayakan. saya tak tahu what i need to know to seat that test. plis help me! ujian tu hari isnin ni!

Cik Kim said...

Maaf sangat-sangat Fathimah Hawwa, saya ada kesulitan sedikit untuk menjawab soalan awak pada waktu tersebut. Saya doakan awak berjaya ya.

Tentang pemilihan pelajar, keutamaan pelajar asasi UIA memang ada tetapi ada juga pelajar lepasan diploma yang mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di UIA. Saranan saya, buat sahaja permohonan. InsyaAllah jika ada rezeki Allah perkenankan.

Anonymous said...

Assalamualaikum sis. Saya nak tanya, apa bezanya course pure chem, applied chem and chem (analysis forensic) ? Mohon pencerahan sis :)

Prototype said...

Ada whatsapp tak? Klau bleh nk tanye lebih detail pasal Applied Chemistry.😀

Cik Kim said...

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih atas soalan-soalan yang telah diberikan. Saya cuba menjawabnya.

1. Apakah perbezaan bidang Kimia Tulin, Kimia Gunaan, dan Kimia (Forensik)?
Sekadar pengetahuan saya, bidang-bidang ini hampir sama dari sudut subjek-subjek asas yang perlu diambil. Perbezaannya adalah pada subjek-subjek pengkhususan yang biasanya akan dipelajari pada tahun 2 ke atas di mana subjek bidang Kimia Gunaan lebih tertumpu kepada aplikasi Kimia dalam industri, penyelidikan, dan pengurusan makmal, manakala bidang Kimia (Forensik) akan lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan forensik. Begitu juga bidang-bidang Kimia yang lain seperti Food Chemistry, akan tertumpu kepada analisis atau penyelidikan yang berkaitan dengan makanan.


Sekiranya ada pertanyaan, emelkan ke hakimahismail92@gmail.com. InsyaAllah saya cuba menjawab soalan-soalan tersebut sekadar yang mampu. Terima kasih.

Unknown said...

Salam sis, sy bakal student applied chem uia kuantan this Year..can i contact u for more info about this programme ?

Unknown said...

Salam sis, sy bakal student applied chem uia kuantan this Year..can i contact u for more info about this programme ?

Anonymous said...

salam. lepasan dip bioteknologi boleh tak further degree kimia ni? mohon penjelasan